Jumaat, September 20, 2019

Daurah tafsir 2016 sesi 149 syura  16-27

Daurah tafsir 2016 sesi 149 syura  16-27
Cara atasi manusia yg tersasar jauh dari wahyu.aajak mereka supaya mempelajari wahyu.
Wahyu ada nur cahaya yg menerangi kegelapan rohani
Mata cerah dan matahari ada.matahati yg gelap.
Wahyu allah yg akan menerangi hati .

Ayat 16
وَالَّذِينَ يُحَاجُّونَ فِي اللَّهِ
مِنْ بَعْدِ مَا اسْتُجِيبَ لَهُ
حُجَّتُهُمْ دَاحِضَةٌ
عِنْدَ رَبِّهِمْ
وَعَلَيْهِمْ غَضَبٌ
وَلَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ

Dan orang-orang yang berhujah menyangkal dan membantah tentang kebenaran ugama Allah
sesudah disambut dan diterima ugamaNya itu - bantahan (dan tuduhan palsu) mereka itu sia-sia belaka di sisi Tuhan mereka.
Dan mereka pula ditimpa kemurkaan (dari Allah)
serta mereka beroleh azab seksa yang seberat-beratnya.
👉Jawapan soalan muqaddar.
Manusia yg ikut kitab2 yg direka atau palsu, mengatakan tak mereka salah sebab niat asal dah nak belajar.,
Kesilapan ilmiah,tersilap baca kitab .
Ini  elah pertama.

Ayat 17
اللَّهُ الَّذِي أَنْزَلَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ
وَالْمِيزَانَ ۗ
وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّ السَّاعَةَ قَرِيبٌ

Allah yang menurunkan Kitab Suci dengan membawa kebenaran,
dan menurunkan keterangan yang menjadi neraca keadilan.
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? Boleh jadi hari kiamat itu sudah hampir (masa datangnya).
👉Ini elah ke2.
Kitab fikh hanafi boleh tolak,tapi quran tidak boleh tolak.
Talaqi bc quran boleh selesai memahami quran.
Kegelapan akhirat  kerana tiada ilmu wahyu.
Permulaan akhirat setelah mati.
Nabi tak tahu perkara itu يُدْرِيكَ

Ayat 18
يَسْتَعْجِلُ بِهَا الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِهَا ۖ
وَالَّذِينَ آمَنُوا
مُشْفِقُونَ مِنْهَا
وَيَعْلَمُونَ أَنَّهَا الْحَقُّ ۗ
أَلَا إِنَّ الَّذِينَ يُمَارُونَ فِي السَّاعَةِ لَفِي ضَلَالٍ بَعِيدٍ

Orang-orang yang tidak beriman kepada hari kiamat itu meminta (secara mengejek-ejek) supaya disegerakan kedatangannya,
dan (sebaliknya) orang-orang yang beriman merasa takut ngeri kepadanya
serta mereka mengetahui dengan yakin bahawa ia adalah benar.
Ketahuilah! Sesungguhnya orang-orang yang membantah mengenai hari kiamat itu, tetap berada dalam kesesatan yang jauh terpesong.
👉orang tidak belajar wahyu tidak dapat terima walaupun perkara yakin seperti keyakinan hari qiamat.
Orang yakin akhirat ,amal2nya zahir mengambarkan dia yakin hari akhirat

Ayat 19
اللَّهُ لَطِيفٌ بِعِبَادِهِ
يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ ۖ
وَهُوَ الْقَوِيُّ الْعَزِيزُ

Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya;
Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan),
dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
👉Wahyu,rezeki rohani.

Ayat 20
مَنْ كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الْآخِرَةِ
نَزِدْ لَهُ فِي حَرْثِهِ ۖ
وَمَنْ كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الدُّنْيَا
نُؤْتِهِ مِنْهَا
وَمَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِنْ نَصِيبٍ

Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat,
Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya;
dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata,
Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan),
dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.
👉Taghrib.
Infaq harta adalah simpan diakhirat.
Akan diGanda lagi didunia.
Ambillah kesempatan semasa hidup.
Keperluan hidup dunia boleh ambil.
Tujuan hidup dunia adalah belajar ilmu wahyu.
Kafir mewah,azab kekal dan lebih teruk
Kafir kebulur,azab kekal dan kurang teruk

Ayat 21
أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ
شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ
مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ ۚ
وَلَوْلَا كَلِمَةُ الْفَصْلِ
لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ ۗ
وَإِنَّ الظَّالِمِينَ
لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan -
mana-mana bahagian dari ugama mereka -
sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah?
Dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah, untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu),
tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian).
Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim
itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
👉Tak belajar ilmu wahyu dan sesat
Bhg ke2 maksud surah ni.
Siapa yg ajar bg orang tak belajar wahyu?
Tuhan yg bukan allah taala.
Zalim syirik الظَّالِمِينَ

Ayat 22
تَرَى الظَّالِمِينَ مُشْفِقِينَ
مِمَّا كَسَبُوا
وَهُوَ وَاقِعٌ بِهِمْ ۗ
وَالَّذِينَ آمَنُوا
وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ
فِي رَوْضَاتِ الْجَنَّاتِ ۖ
لَهُمْ مَا يَشَاءُونَ
عِنْدَ رَبِّهِمْ ۚ
ذَٰلِكَ هُوَ الْفَضْلُ الْكَبِيرُ

(Pada hari kiamat) engkau akan melihat orang-orang yang zalim takut ngeri (akan balasan buruk)
bagi kejahatan-kejahatan yang mereka telah lakukan, sedang azab seksa itu tetap menimpa mereka.
Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh (bersenang-lenang) dalam taman-taman Syurga;
mereka beroleh apa sahaja yang mereka ingini
di sisi Tuhan mereka;
yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar.
👉Takhwif ukhrowi
Syurga:
Air
Pokok
Rumah
Pasangan.
Orang syurga tiada disoal dipadang mashyar ,terus dimasukan berbeza orang yg ke neraka.
Semasa didunia,ahli neraka  ikut kehendak sendiri diakhirat kena ikut allah.
Syurga pemberian yg besar

Ayat 23
ذَٰلِكَ الَّذِي يُبَشِّرُ اللَّهُ عِبَادَهُ
الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ ۗ
قُلْ لَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ أَجْرًا
إِلَّا الْمَوَدَّةَ فِي الْقُرْبَىٰ ۗ
وَمَنْ يَقْتَرِفْ حَسَنَةً
نَزِدْ لَهُ فِيهَا حُسْنًا ۚ
إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ شَكُورٌ

(Limpah kurnia yang besar) itulah yang Allah gembirakan (dengannya):
hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah tentang ajaran Islam yang aku sampaikan itu,
(yang aku minta) hanyalah kasih mesra (kamu terhadapku) disebabkan pertalian kerabat (yang menghubungkan daku dengan kamu supaya aku tidak disakiti)".
Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu perkara yang baik,
Kami tambahi kebaikan baginya (dengan menggandakan pahala) kebaikannya itu.
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya).
👉Tabsyir يُبَشِّرُ
Allah ingin wahyu disampaikan  secara percuma .
قُلْ لَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ أَجْرًا
Sifat anakberanak bukan saja orang mekah shj.
Sifat anakberanak akan lebih perihatin dan kasihsayang.
Minta kasih pada ahli bait adalah salah dan tiada tafsir dari nabi dan sahabat seperti ini.
Ikut syariat dan hampir dgn allah.
Buat kebajikan akan ditambah kebajikan lain lagi dr allah.
Alamat allah nak bg keuntungan غَفُورٌ

Ayat 24
أَمْ يَقُولُونَ افْتَرَىٰ عَلَى اللَّهِ كَذِبًا ۖ
فَإِنْ يَشَإِ اللَّهُ
يَخْتِمْ عَلَىٰ قَلْبِكَ ۗ
وَيَمْحُ اللَّهُ الْبَاطِلَ
وَيُحِقُّ الْحَقَّ بِكَلِمَاتِهِ ۚ
إِنَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ

(Orang-orang kafir tidak mengakui kerasulan Nabi Muhammad) bahkan mereka mengatakan: "Ia telah mereka-reka perkara dusta terhadap Allah"
(Sebenarnya tidak patut mereka berkata demikian) kerana Allah berkuasa - jika Ia menghendaki - menutup hatimu (dan ingatanmu daripada menyatakan apa yang engkau telah nyatakan itu, tetapi Allah tidak menghendaki yang demikian, bahkan Ia memberi kuasa menyampaikan perintahNya, maka semua kenyataan yang engkau sampaikan adalah benar belaka).
Dan sememangnya Allah tetap menghapuskan perkara yang salah
serta Ia menetapkan yang benar dengan kalimah-kalimah wahyuNya dan keputusanNya.
Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.
👉Syikayah degil hambanya.
Dah la jahil dan tuduh sesat pula.
Juga bermaksud tanda2 kebesaran بِكَلِمَاتِهِ

Ayat 25
وَهُوَ الَّذِي يَقْبَلُ التَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِ
وَيَعْفُو عَنِ السَّيِّئَاتِ
وَيَعْلَمُ مَا تَفْعَلُونَ

Dan Dia lah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hambaNya (yang bertaubat)
serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan);
dan Ia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan.
👉Ada perkaitan dgn penurunan wahyu.
Taubat dari syirik
Taubat dari dosa besar
Taubat dari dosa kecil
Dgn amal,istighafar dan kurniaan وَيَعْفُو عَنِ السَّيِّئَاتِ
Amal ada dua
Amal taat
Amal sabar terhadap ujian.
Amal yg menggugurkan dosa.

Ayat 26
وَيَسْتَجِيبُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ
وَيَزِيدُهُمْ مِنْ فَضْلِهِ ۚ
وَالْكَافِرُونَ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ

Dan Ia memperkenankan doa permohonan orang-orang yang beriman serta beramal soleh,
dan Ia menambahi mereka dari limpah kurniaNya (selain dari yang mereka pohonkan).
Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir, disediakan bagi mereka azab seksa yang seberat-beratnya.
👉tabsyir.
Taubat,paling mudah hamba buat adalah doa.
Doa yg diajar nabi adalah dgn bersungguh2.
Yakhwif ukhrowi وَالْكَافِرُونَ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ

Ayat 27
وَلَوْ بَسَطَ اللَّهُ الرِّزْقَ لِعِبَادِهِ
لَبَغَوْا فِي الْأَرْضِ
وَلَٰكِنْ يُنَزِّلُ بِقَدَرٍ مَا يَشَاءُ ۚ
إِنَّهُ بِعِبَادِهِ خَبِيرٌ بَصِيرٌ

Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya,
nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana);
akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata.
👉Hikmah allah terhadap pemberian rezeki.
Sebab tu allah tak bg rezeki pada semua orang dgn kadar yg sama.
Nabi penerima wahyu pertama tapi paling susah.
Ukuran atau Akal Manusia nilai senang  pada bukan wahyu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan