Jumaat, September 20, 2019

Daurah tafsir 2016 sesi 150 Syura 28-53

Daurah tafsir 2016 sesi 150 Syura 28-53
Ayat 28
وَهُوَ الَّذِي يُنَزِّلُ الْغَيْثَ
مِنْ بَعْدِ مَا قَنَطُوا
وَيَنْشُرُ رَحْمَتَهُ ۚ
وَهُوَ الْوَلِيُّ الْحَمِيدُ

Dan Dia lah yang menurunkan hujan
setelah mereka berputus asa,
dan Ia pula menyebarkan rahmatNya merata-rata.
Dan (ingatlah) Dia lah pengawal (yang melimpahkan ihsanNya), lagi Yang Maha Terpuji.
👉Ayat yg ada hubungan qudrat dgn wahyu.
Air tawar yg boleh menumbuhkan tumbuh2an.

Ayat 29
وَمِنْ آيَاتِهِ
خَلْقُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
وَمَا بَثَّ فِيهِمَا مِنْ دَابَّةٍ ۚ
وَهُوَ عَلَىٰ جَمْعِهِمْ إِذَا يَشَاءُ قَدِيرٌ

Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya
ialah kejadian langit dan bumi
serta segala yang Ia biakkan pada keduanya dari makhluk-makhluk yang melata;
dan Ia Maha Kuasa menghimpunkan mereka semuanya apabila Ia kehendaki (melakukannya).
👉juga persiapan untk makhluk kembali keakhirat .

Ayat 30
وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ
وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ

Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa);
dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.
👉untuk selamat hidup didunia adalah juga dgn menjauhi dosa.
Musibah dikawasan orang islam,jadi tak boleh tunjuk pada orang kafir.
Amalan 3 serangkai yg menyebabkan bala datang.
Syirik(zalim besar)
Zalim sesama insan
Tidak buat baik sesama insan.(tidak ajak kepada tauhid dan ajak kepada taat kepada allah)
Kalu penduduk beriman dan bertaqwa,allah buka langit untuk turun rahmat.

Ayat 31
وَمَا أَنْتُمْ بِمُعْجِزِينَ فِي الْأَرْضِ ۖ
وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ
مِنْ وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ

Dan kamu tidak akan dapat melemahkan kuasa Allah (daripada menimpakan kamu dengan bala bencana, walaupun kamu melarikan diri di mana sahaja) di muka bumi (atau di langit);
dan kamu juga tidak akan beroleh sesiapapun yang lain dari Allah. - sebagai pelindung atau pemberi pertolongan
👉seluruh manusia derhaka,tidak akan menjejaskan allah

Ayat 32
وَمِنْ آيَاتِهِ
الْجَوَارِ فِي الْبَحْرِ
كَالْأَعْلَامِ

Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya
ialah kapal-kapal (yang besar tinggi) seperti gunung, belayar laju merempuh lautan.
👉Takhwif duniawi
Cara2 untuk menghukum adalah pelbagai.

Ayat 33
إِنْ يَشَأْ يُسْكِنِ الرِّيحَ
فَيَظْلَلْنَ رَوَاكِدَ عَلَىٰ ظَهْرِهِ ۚ
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ
لِكُلِّ صَبَّارٍ شَكُورٍ

Jika Ia kehendaki, Ia menghentikan tiupan angin,
maka tinggalah kapal-kapal itu terapung-apung di muka lautan.
Sesungguhnya yang demikian mengandungi tanda-tanda (yang besar pengajarannya)
bagi tiap-tiap seorang (mukmin) yang sentiasa bersikap sabar, lagi sentiasa bersyukur.
👉ini kapal layar.contoh mudah.alamat qudrat allah.
Perjalanan angin tiada kuasa lain.

Ayat 34
أَوْ يُوبِقْهُنَّ
بِمَا كَسَبُوا
وَيَعْفُ عَنْ كَثِيرٍ

Atau (jika Ia kehendaki) Ia binasakan kapal-kapal itu disebabkan dosa-dosa yang dilakukan oleh orang-orangnya,
(lalu setengahnya dibiarkan mati lemas)
dan (setengahnya diselamatkan dengan jalan) Ia memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa mereka.
👉Mukoddar satu kalimah
Bagaimana pun jika tak berlaku bukan bererti  tidak akan dihukum nanti.

Ayat 35
وَيَعْلَمَ
الَّذِينَ يُجَادِلُونَ فِي آيَاتِنَا
مَا لَهُمْ مِنْ مَحِيصٍ

(Berlakunya yang demikian supaya nyata kekuasaan Kami) dan supaya
orang-orang yang membantah ayat-ayat keterangan Kami mengetahui,
bahawa mereka tidak akan dapat jalan melepaskan diri (dari azab seksa).
👉jumlah takliliyah
Ayat 32-35 ini ayat takhwif duniawi

Ayat 36
فَمَا أُوتِيتُمْ مِنْ شَيْءٍ
فَمَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ
وَمَا عِنْدَ اللَّه خَيْرٌ
وَأَبْقَىٰ
لِلَّذِينَ آمَنُوا
وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

Oleh itu, apa jua yang diberikan kepada kamu,
maka ia hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja,
dan (sebaliknya) apa yang ada di sisi Allah (dari pahala hari akhirat) adalah lebih baik
dan lebih kekal
bagi orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya;
👉tazhidunminadunia ,kurang minat tentang dunia kerana janji syurga dr allah.
Siapa yg tawajuh akhirat,dunia akan rosak
Siapa yg tawajuh dunia,akhirat akan rosak
Ini nabi bg tau utamakan yg kekal.
Iman yg sempurna آمَنُواbaru selamat dr neraka.
Tawakal setelah melakukan taat.

Ayat 37
وَالَّذِينَ يَجْتَنِبُونَ كَبَائِرَ الْإِثْمِ
وَالْفَوَاحِشَ
وَإِذَا مَا غَضِبُوا هُمْ يَغْفِرُونَ

Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar
serta perbuatan-perbuatan yang keji;
dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya;
👉Sifat yg ke3,boleh meninggalkan dosa besar.
Iman yg Boleh memberhentikan anggota dr dosa besar yg memalukan dr hawa nafsu
Yg ke5 ,boleh memaafkan.

Ayat 38
وَالَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِرَبِّهِمْ
وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ
وَأَمْرُهُمْ شُورَىٰ بَيْنَهُمْ
وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ

Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut
dan menyambut perintah Tuhannya
serta mendirikan sembahyang dengan sempurna;
dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka;
dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya;
👉yg ke6,meninggalkannsyirik
Ke 7.Mendirikan solat
Ke8.Sentiasa bermesyuarat agar aman dan tiada kezaliman@istikharat untuk individu.
Ke9.

Ayat 39
وَالَّذِينَ إِذَا أَصَابَهُمُ الْبَغْيُ
هُمْ يَنْتَصِرُونَ

Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang apabila ditimpa sesuatu perbuatan secara zalim, mereka hanya bertindak membela diri (sepadan dan tidak melampaui batas).
👉Ke10.
Dibenarkan bela diri.

Ayat 40
وَجَزَاءُ سَيِّئَةٍ سَيِّئَةٌ مِثْلُهَا ۖ
فَمَنْ عَفَا
وَأَصْلَحَ
فَأَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ ۚ
إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ

Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya;
dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang)
dan berbuat baik (kepadanya),
maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya).
Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim.
👉sebutan sama سَيِّئَةٍ سَيِّئَةٌtapi tak sama makna.kerana balasan atas kejahatan adalah keadilan.undang2 balasan.
Takut pada kezaliman adalah orang yg bertaqwa.
Maaf dalam hati dan zahir buat baik.
Ini10 undang2,Balasannya syurga

Ayat 41
وَلَمَنِ انْتَصَرَ بَعْدَ ظُلْمِهِ
فَأُولَٰئِكَ
مَا عَلَيْهِمْ مِنْ سَبِيلٍ

Dan sesungguhnya orang yang bertindak membela diri setelah ia dizalimi,
maka mereka yang demikian keadaannya,
tidak ada sebarang jalan hendak menyalahkan mereka.
👉Sekadar bela diri ,tidak berdosa dan
tidak zalim.itu keadilan
Orang taqwa sangat takut zalim pada orang.

Ayat 42
إِنَّمَا السَّبِيلُ عَلَى الَّذِينَ يَظْلِمُونَ النَّاسَ
وَيَبْغُونَ فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ ۚ
أُولَٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang-orang yang melakukan kezaliman kepada manusia
dan bermaharajalela di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar.
Mereka itulah orang-orang yang beroleh azab seksa yang tidak berperi sakitnya.
👉Takhwif ukhrowi.

Ayat 43
وَلَمَنْ صَبَرَ وَغَفَرَ
إِنَّ ذَٰلِكَ لَمِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ

Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).
👉Menghilangkan kezaliman ,sabar dan memaafkan.

Ayat 44
وَمَنْ يُضْلِلِ اللَّهُ
فَمَا لَهُ مِنْ وَلِيٍّ مِنْ بَعْدِهِ ۗ
وَتَرَى الظَّالِمِينَ
لَمَّا رَأَوُا الْعَذَابَ
يَقُولُونَ
هَلْ إِلَىٰ مَرَدٍّ مِنْ سَبِيلٍ

Dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah,
maka tidak ada baginya sesudah itu sesiapapun yang dapat menolongnya.
Dan engkau akan melihat orang-orang yang zalim semasa mereka menyaksikan azab (pada hari kiamat) berkata:
"Adakah sebarang jalan untuk kami kembali ke dunia?"
👉mengenai perkara2 yg bercanggah dgn wahyu.
Kata dgn penuh penyesalan.
Dunia akan dihancurkan.
Peluang hanya sebelum mati shj.

Ayat 45
وَتَرَاهُمْ يُعْرَضُونَ عَلَيْهَا
خَاشِعِينَ
مِنَ الذُّلِّ
يَنْظُرُونَ مِنْ طَرْفٍ خَفِيٍّ ۗ
وَقَالَ الَّذِينَ آمَنُوا
إِنَّ الْخَاسِرِينَ
الَّذِينَ خَسِرُوا أَنْفُسَهُمْ
وَأَهْلِيهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۗ
أَلَا إِنَّ الظَّالِمِينَ فِي عَذَابٍ مُقِيمٍ

Dan engkau juga akan melihat mereka didedahkan kepada neraka
dalam keadaan tunduk membisu
dengan sebab kehinaan (yang mereka rasai)
sambil memandang (ke neraka itu) hanya dengan mengerling (kerana gerun takut).
Dan orang-orang yang beriman pula berkata: "Sesungguhnya orang-orang yang rugi (dengan sebenar-benarnya)
ialah mereka yang merugikan dirinya sendiri
dan pengikut-pengikutnya pada hari kiamat (dengan sebab mereka memilih perbuatan derhaka di dunia). Ingatlah! Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu berada dalam azab seksa yang kekal".
👉Takhwif ukhrowi.
Contoh dikejar dr orang yg ingin membunuhnya,curi tengok shj.Atau ada orang yg membunuh akan sampai gilirannya selepas itu ْ طَرْفٍ خَفِيٍّ

Ayat 46
وَمَا كَانَ لَهُمْ مِنْ أَوْلِيَاءَ
يَنْصُرُونَهُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ ۗ
وَمَنْ يُضْلِلِ اللَّهُ
فَمَا لَهُ مِنْ سَبِيلٍ

Dan tiadalah bagi mereka sebarang penolong - yang lain dari Allah -
yang dapat memberikan pertolongan kepada mereka; dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (disebabkan pilihannya yang salah) maka tidak ada baginya sebarang jalan (untuk mendapat hidayah petunjuk).
👉nafi syafaat

Ayat 47
اسْتَجِيبُوا لِرَبِّكُمْ
مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَ يَوْمٌ لَا مَرَدَّ لَهُ مِنَ اللَّهِ ۚ
مَا لَكُمْ مِنْ مَلْجَإٍ يَوْمَئِذٍ
وَمَا لَكُمْ مِنْ نَكِيرٍ

Sahut dan sambutlah seruan Tuhan kamu (yang mengajak kamu beriman),
sebelum datangnya dari Allah - hari yang tidak dapat ditolak; pada hari itu tidak ada bagi kamu tempat berlindung (dari azabNya),
dan tidak ada pula bagi kamu sebarang alasan untuk menafikan (kesalahan yang kamu telah lakukan).
👉Orang yg tolak wahyu

Ayat 48
فَإِنْ أَعْرَضُوا
فَمَا أَرْسَلْنَاكَ عَلَيْهِمْ حَفِيظًا ۖ
إِنْ عَلَيْكَ إِلَّا الْبَلَاغُ ۗ
وَإِنَّا إِذَا أَذَقْنَا الْإِنْسَانَ مِنَّا رَحْمَةً فَرِحَ بِهَا ۖ
وَإِنْ تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ
فَإِنَّ الْإِنْسَانَ كَفُورٌ

Oleh itu, jika mereka berpaling ingkar,
maka Kami tidak mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai pengawas terhadap mereka;
tugasmu tidak lain hanyalah menyampaikan (apa yang diperintahkan kepadamu).
Dan (ingatlah) sesungguhnya apabila Kami memberi manusia merasai sesuatu rahmat dari Kami,
ia bergembira dengannya;
dan (sebaliknya) jika mereka ditimpa sesuatu kesusahan disebabkan dosa-dosa yang mereka lakukan,
maka (mereka segera membantah
serta melupakan rahmat yang mereka telah menikmatinya, kerana)
sesungguhnya manusia itu sangat tidak mengenang nikmat-nikmat Tuhannya.
👉Natijah.
Quran adalah 80%untuk baiki aqidah
Sampaikan الْبَلَاغُdan tunjuk cara menghayati wahyu
Oarng kafir الْإِنْسَانَ

Ayat 49
لِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ
يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ ۚ
يَهَبُ لِمَنْ يَشَاءُ إِنَاثًا
وَيَهَبُ لِمَنْ يَشَاءُ الذُّكُورَ

Bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan di bumi;
Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya;
Ia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakiNya,
dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendakiNya.
👉Dalil aqli

Ayat 50
أَوْ يُزَوِّجُهُمْ ذُكْرَانًا وَإِنَاثًا ۖ
وَيَجْعَلُ مَنْ يَشَاءُ عَقِيمًا ۚ
إِنَّهُ عَلِيمٌ قَدِيرٌ

Atau Ia mengurniakan mereka kedua-duanya - anak-anak lelaki dan perempuan,
dan Ia juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya: mandul.
Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.
👉Mandul nabi yahya.

Ayat 51
وَمَا كَانَ لِبَشَرٍ أَنْ يُكَلِّمَهُ اللَّهُ
إِلَّا وَحْيًا
أَوْ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ
أَوْ يُرْسِلَ رَسُولًا فَيُوحِيَ بِإِذْنِهِ مَا يَشَاءُ ۚ
إِنَّهُ عَلِيٌّ حَكِيمٌ

Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan jalan wahyu
(dengan diberi ilham atau mimpi),
atau dari sebalik dinding (dengan mendengar suara sahaja),
atau dengan mengutuskan utusan (malaikat) lalu utusan itu menyampaikan wahyu kepadanya dengan izin Allah akan apa yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Bijaksana.
👉Manusia sombong tak mahu belajar dr nabi sebab zahir nabi saw lemah,tiada harta benda dan keluarga tiada.

Ayat 52
وَكَذَٰلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُوحًا مِنْ أَمْرِنَا ۚ
مَا كُنْتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلَا الْإِيمَانُ
وَلَٰكِنْ جَعَلْنَاهُ نُورًا نَهْدِي بِهِ مَنْ نَشَاءُ مِنْ عِبَادِنَا ۚ
وَإِنَّكَ لَتَهْدِي إِلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) - Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati perintah Kami;
engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu;
akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi,
Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami.
Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus,
👉Orang jadi baik dgn wahyu shj.bukan dgn kebendaan.
Manusia kenal allah ,dia tak akan zalim.
Hakikat iman ,dia akan berusaha agar orang lain jadi baik.
Cahaya ilmu,cahaya iman dan amal.
Jalan yg lurus=syariat.

Ayat 53
صِرَاطِ اللَّهِ الَّذِي لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ
أَلَا إِلَى اللَّهِ تَصِيرُ الْأُمُورُ

Iaitu jalan Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
Ingatlah! Kepada Allah jualah kembali segala urusan.
👉

Tiada ulasan:

Catat Ulasan