Jumaat, September 20, 2019

Daurah tafsir 2016 sesi 152  Az zukhruf 26-35

Daurah tafsir 2016 sesi 152  Az zukhruf 26-35
Ayat 57
وَلَمَّا ضُرِبَ ابْنُ مَرْيَمَ مَثَلًا
إِذَا قَوْمُكَ مِنْهُ يَصِدُّونَ

Dan ketika (nabi Isa) anak Maryam dikemukakan sebagai satu misal perbandingan,
(untuk membantahmu wahai Muhammad), tiba-tiba kaummu bersorak-sorak kesukaan terhadapnya (kerana menyangka bahawa mereka telah menang).
👉
Ayat 57 Ada hubungan rapat dgn ayat 45
وَاسْأَلْ مَنْ أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ مِنْ رُسُلِنَا أَجَعَلْنَا مِنْ دُونِ الرَّحْمَٰنِ آلِهَةً يُعْبَدُونَ

Dan bertanyalah kepada umat mana-mana Rasul yang Kami telah utuskan sebelummu; pernahkah Kami memberi hukum menetapkan sebarang tuhan untuk disembah, selain dari Allah Yang Maha Pemurah.

Ayat 26
وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ
لِأَبِيهِ وَقَوْمِهِ
إِنَّنِي بَرَاءٌ مِمَّا تَعْبُدُونَ

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya dan kaumnya:
"Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu sembah -
👉 Dalil naqli tafsili nabi ibrahim untuk nabi muhamad,b bukan dia sj yg menghadapi ujian ketika mengajak kepada tauhid.
Tolak بَرَاءٌ

Ayat 27
إِلَّا الَّذِي فَطَرَنِي
فَإِنَّهُ سَيَهْدِينِ

"Yang lain dari Tuhan yang menciptakan daku,
kerana sesungguhnya Ia tetap memberi hidayah petunjuk kepadaku".
👉

Ayat 28
وَجَعَلَهَا كَلِمَةً بَاقِيَةً
فِي عَقِبِهِ
لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

Dan Nabi Ibrahim menjadikan kalimah tauhid itu tetap kekal
pada keturunannya,
supaya mereka kembali (kepada tauhid itu, jika ada yang menyeleweng kepada syirik).
👉Ajaran كَلِمَةًajaran yg berkekalan.
Matan alfiyoh:kadang2 kalimah diqasad qolam.

Ayat 29
بَلْ مَتَّعْتُ هَٰؤُلَاءِ وَآبَاءَهُمْ
حَتَّىٰ جَاءَهُمُ الْحَقُّ وَرَسُولٌ مُبِينٌ

(Kebanyakan mereka tidak kembali kepada tauhid, dan Aku pula tidak segerakan azab mereka) bahkan Aku memberikan mereka dan datuk nenek mereka menikmati kesenangan hidup,
sehingga datanglah kepada mereka kebenaran (Al-Quran), dan seorang Rasul yang menerangkan tauhid.
👉Silap faham ,sehingga tolak kebenaran sedang hidup senang lenang.

Ayat 30
وَلَمَّا جَاءَهُمُ الْحَقُّ
قَالُوا هَٰذَا سِحْرٌ
وَإِنَّا بِهِ كَافِرُونَ

Dan ketika kebenaran (Al-Quran) itu disampaikan kepada mereka,
berkatalah mereka: "Sesungguhnya ini adalah sihir,
dan sesungguhnya kami tetap mengingkarinya".
👉Menghina alquran dgn tak belajar kerana hidup telah senang bergelumang dgn syirik.
Al quran bukan untuk tidak diketahui.
Perbuatan seolah2 sihir atau meletakan quran seolah2 sihirtak mahu belajar.
Membiarkan diri jahil alquran,m enyebabkan aqidah rosak.

Ayat 31
وَقَالُوا
لَوْلَا نُزِّلَ هَٰذَا الْقُرْآنُ عَلَىٰ رَجُلٍ مِنَ الْقَرْيَتَيْنِ عَظِيمٍ

Dan (kerana mereka mencemuh Nabi Muhammad) mereka berkata:
"(Kalaulah Al-Quran ini menjadi bukti kenabian seseorang, maka) sepatutnya Al-Quran ini diturunkan kepada seorang besar (yang kaya dan berpengaruh) dari salah sebuah dua bandar yang (terkenal) itu?"
👉Rugutan kejahilan tak mahu belajar dgn nabi yg miskin
Penghinaan kepada nabi saw

Ayat 32
أَهُمْ يَقْسِمُونَ رَحْمَتَ رَبِّكَ ۚ
نَحْنُ قَسَمْنَا بَيْنَهُمْ مَعِيشَتَهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۚ
وَرَفَعْنَا بَعْضَهُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجَاتٍ
لِيَتَّخِذَ بَعْضُهُمْ بَعْضًا سُخْرِيًّا ۗ
وَرَحْمَتُ رَبِّكَ خَيْرٌ مِمَّا يَجْمَعُونَ

(Mengapa pemberian Kami itu mereka ingkarkan?) Adakah mereka berkuasa membahagi-bahagikan (perkara-perkara keruhanian dan keugamaan yang menjadi sebesar-besar) rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad, seolah-olah Kami hanya berkuasa dalam perkara kebendaan dan keduniaan sahaja?
Mereka tidak ingkarkan):
Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita);
dan juga Kami telah menjadikan darjat setengah mereka tertinggi dari darjat setengahnya yang lain;
(semuanya itu) supaya sebahagian dari mereka senang mendapat kemudahan menjalankan kehidupannya dari (bantuan) setengahnya yang lain.
Dan lagi rahmat Tuhanmu (yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat) adalah lebih baik dari kebendaan dan keduniaan semata-mata yang mereka kumpulkan.
👉 Allah jawap syikayah ini,penghinaan terhadap nabi saw dan quran.
Wahyu adalah rahmat allah
Rezeki juga rahmat allah yg kecil begitu rahmat allah yg besar wahyu allah,manusia tidak berhak mengatur .
Dgn hikmat allahlah manusia boleh hidup secara harmoni,hidup miskin dan kaya.
Hidup orang kaya tidak senang tanpa pertolongan orang miskin.

Ayat 33
وَلَوْلَا أَنْ يَكُونَ النَّاسُ أُمَّةً وَاحِدَةً
لَجَعَلْنَا لِمَنْ يَكْفُرُ بِالرَّحْمَٰنِ
لِبُيُوتِهِمْ سُقُفًا مِنْ فِضَّةٍ
وَمَعَارِجَ عَلَيْهَا يَظْهَرُونَ

Dan kalaulah tidak kerana manusia akan menjadi umat yang satu (dalam kekufuran),
nescaya Kami jadikan bagi orang-orang yang kufur ingkar kepada Tuhan Yang Maha Pemurah,
bumbung rumah-rumah mereka dari perak, dan tangga-tangga yang mereka naik turun di atasnya (dari perak juga),
👉allah bg tahu,harta hanya akan jadi baik bila ada hubungan dgn agama

Ayat 34
وَلِبُيُوتِهِمْ أَبْوَابًا
وَسُرُرًا
عَلَيْهَا يَتَّكِئُونَ

Dan juga pintu-pintu rumah mereka (dari perak juga),
dan kerusi-kerusi panjang
yang mereka berbaring di atasnya (dari perak juga),
👉

Ayat 35
وَزُخْرُفًا ۚ
وَإِنْ كُلُّ ذَٰلِكَ لَمَّا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۚ
وَالْآخِرَةُ عِنْدَ رَبِّكَ لِلْمُتَّقِينَ

Serta berbagai barang perhiasan (keemasan).
Dan (ingatlah), segala yang tersebut itu tidak lain hanyalah merupakan kesenangan hidup di dunia;
dan (sebaliknya) kesenangan hari akhirat di sisi hukum Tuhanmu adalah khas bagi orang-orang yang bertaqwa.
👉Jaga aqidah dari syirik dan jaga amal daripada derhaka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan