Daurah tafsir 2016 sesi 153 Az zukhruf 36-73
Ayat 36
وَمَنْ يَعْشُ عَنْ ذِكْرِ الرَّحْمَٰنِ
نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ
Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya),
lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.
👉Keadaan seperti telur نُقَيِّضْ
Ayat 37
وَإِنَّهُمْ لَيَصُدُّونَهُمْ عَنِ السَّبِيلِ
وَيَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ مُهْتَدُونَ
Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar,
sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
👉ini keadaan mereka didunia,masih berfahaman syaitan tapi sangka diatas jalan yg betul.
terutama dlm perkara aqidah.
Aqidah yg telah terseleweng.
Boleh jadi keadaan ini akan sampai ke mati.
Ayat 38
حَتَّىٰ إِذَا جَاءَنَا
قَالَ يَا لَيْتَ بَيْنِي وَبَيْنَكَ
بُعْدَ الْمَشْرِقَيْنِ
فَبِئْسَ الْقَرِينُ
Sehingga apabila ia (yang terjerumus dalam kesesatan itu) datang kepada Kami (pada hari kiamat),
berkatalah ia (kepada Syaitannya): "Alangkah baiknya (kalau di dunia dahulu ada sekatan yang memisahkan) antaraku denganmu sejauh timur dengan barat!
Kerana (engkau) adalah sejahat-jahat teman".
👉Ini tentang mereka yg dipesong oleh fahaman bisikan syaitan diakhirat.
Yg belajar quran akan dapat keyakinan dan boleh buat persiapan.
Beraqidah dgn aqidah bisikan syaitan.
Alamat jauh dari quran dekat dgn syaitan.
Teman rapat dtg sebab tak peduli quran.
Dan alamat jauh dari syaitan dekat dgn quran.
Sedar hanya diakhirat nanti.
Orang beriman sudah cukup dgn pemberitahuan al quran.
Ayat 39
وَلَنْ يَنْفَعَكُمُ الْيَوْمَ
إِذْ ظَلَمْتُمْ
أَنَّكُمْ فِي الْعَذَابِ مُشْتَرِكُونَ
(Lalu dikatakan kepada mereka): "Pada hari ini,
setelah nyata bahawa kamu telah menganiaya diri sendiri,
(maka apa yang kamu cita-citakan itu) tidak sekali-kali akan memberi faedah kepada kamu,
kerana sesungguhnya kamu dan teman-teman kamu itu tetap menderita bersama-sama di dalam azab".
👉kesesatan balasan azab diakhirat.menyesal tapi tiada faedah.
Ayat 40
أَفَأَنْتَ تُسْمِعُ الصُّمَّ
أَوْ تَهْدِي الْعُمْيَ
وَمَنْ كَانَ فِي ضَلَالٍ مُبِينٍ
Maka (mengapa engkau berdukacita wahai Muhammad) adakah engkau berkuasa menjadikan orang-orang yang pekak mendengar,
atau menunjuk jalan kepada orang-orang yang buta (mata hatinya),
dan juga orang-orang yang berada dalam kesesatan yang nyata?
👉zajrun atau teguran.
Manusia yg dikawal oleh syaitan =orang yg pekak asli.
Suara nabi saw pun tidak mampu mengajaknya meninggalkan kedegilan.
Ayat 41
فَإِمَّا نَذْهَبَنَّ بِكَ
فَإِنَّا مِنْهُمْ مُنْتَقِمُونَ
Oleh itu (bertenanglah engkau, kerana) kalaulah Kami wafatkan engkau (sebelum Kami perlihatkan kepadamu azab yang akan menimpa mereka),
maka sesungguhnya Kami tetap menyeksakan mereka
👉Takhwif duniawi.
Tiada masalah kamu tengok atau tidak mereka tetap akan ditimpakan jika mereka masih berdegil.
Ayat 42
أَوْ نُرِيَنَّكَ الَّذِي وَعَدْنَاهُمْ
فَإِنَّا عَلَيْهِمْ مُقْتَدِرُونَ
Atau sekiranya Kami (hendak) memperlihatkan kepadamu apa yang Kami janjikan kepada mereka (dari azab seksa itu),
maka Kami tetap berkuasa terhadap mereka.
👉Jika derhaka akan dapat balasan azab pasti.
Ayat 43
فَاسْتَمْسِكْ بِالَّذِي أُوحِيَ إِلَيْكَ ۖ
إِنَّكَ عَلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ
Dengan yang demikian, berpegang teguhlah engkau kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana
sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus.
👉dalil wahyu.nabi saw terima wahyu dan sampaikan.allah akan bg kekuatan dan pertolongan.
Iman nabi sentiasa meningkat tidak sebagaimana umatnya.
Ayat 44
وَإِنَّهُ لَذِكْرٌ لَكَ
وَلِقَوْمِكَ ۖ
وَسَوْفَ تُسْأَلُونَ
Dan sesungguhnya Al-Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad)
dan kepada kaummu;
dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan).
👉kemuliaan hanya ada pada quran samada semasa hidup atau mati. Dan kemuliaan bersama quran ini kepada sesiapa shj.(seperti para sahabat)
Ayat 45
وَاسْأَلْ
مَنْ أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ مِنْ رُسُلِنَا
أَجَعَلْنَا مِنْ دُونِ الرَّحْمَٰن ِآلِهَةً يُعْبَدُونَ
Dan bertanyalah kepada umat
mana-mana Rasul yang Kami telah utuskan sebelummu;
pernahkah Kami memberi hukum menetapkan sebarang tuhan untuk disembah, selain dari Allah Yang Maha Pemurah.
👉dalil naqli secara ijmali.
Cara allah memperkenalkan.
Sembah selain allah adalah bisikan syaitan.
Ayat 46
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا مُوسَىٰ بِآيَاتِنَا
إِلَىٰ فِرْعَوْنَ
وَمَلَئِهِ
فَقَالَ إِنِّي رَسُولُ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Nabi Musa dengan membawa mukjizat-mukjizat Kami,
kepada Firaun
dan kaumnya,
lalu ia berkata: "Sesungguhnya aku ini ialah Rasul dari Tuhan sekalian alam".
👉dalil naqli tafsili dr nabi musa.
Allah pilih nabi musa jumpa firaun ,haman dan qarun
Nabi musa dgn mereka mana lebih kaya?
Ayat ini berkait dgn ayat 31yg sebelum ini
وَقَالُوا لَوْلَا نُزِّلَ هَٰذَا الْقُرْآنُ عَلَىٰ رَجُلٍ مِنَ الْقَرْيَتَيْنِ عَظِيمٍ
Dan (kerana mereka mencemuh Nabi Muhammad) mereka berkata: "(Kalaulah Al-Quran ini menjadi bukti kenabian seseorang, maka) sepatutnya Al-Quran ini diturunkan kepada seorang besar (yang kaya dan berpengaruh) dari salah sebuah dua bandar yang (terkenal) itu?"
Nabi musa memperkenalkan kerasulannya.
Ayat 47
فَلَمَّا جَاءَهُمْ بِآيَاتِنَا
إِذَا هُمْ مِنْهَا يَضْحَكُونَ
Maka apabila ia datang kepada mereka dengan membawa tanda-tanda kekuasaan Kami,
mereka dengan serta-merta mencemuh dan menggelakkan (apa yang dibawanya) itu.
👉bila nabi musa bawa dalil dan bukti .
Langsung atau terus إِذَاmemperlekehkan.
Ayat 48
وَمَا نُرِيهِمْ مِنْ آيَةٍ
إِلَّا هِيَ أَكْبَرُ مِنْ أُخْتِهَا ۖ
وَأَخَذْنَاهُمْ بِالْعَذَابِ
لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
Dan tidaklah Kami memperlihatkan kepada mereka sesuatu tanda kebenaran Nabi Musa
melainkan tanda itu adalah lebih terang dari yang terdahulu daripadanya;
Dan Kami timpakan mereka dengan berbagai azab (bala bencana),
supaya mereka kembali (bertaubat).
👉Penyiksaan 9kali atau azab duniawi
Makin lama makin besar atau sama kuat tapi tetap tak diendahkan .
Yg ke9 baru tenggelam dalam laut.
Ayat 49
وَقَالُوا
يَا أَيُّهَ السَّاحِرُ
ادْعُ لَنَا رَبَّكَ
بِمَا عَهِدَ عِنْدَكَ
إِنَّنَا لَمُهْتَدُونَ
Dan (apabila bala bencana itu menimpa mereka), mereka merayu kepada Nabi Musa dengan berkata:
"Wahai orang yang bijak pandai,
pohonkanlah kepada Tuhanmu keselamatan untuk kami dengan (kemuliaan) pangkat Nabi yang diberikan kepadamu;
sesungguhnya kami (sesudah itu) akan patuh beriman".
👉Azab Darah ,katak,jumpa nabi musa.
Nama baik atau orang yg terpilih السَّاحِرُ
Pelari azab baru nak beriman.
Janji tapi tak buat.
Simpan azam dlm hati.
Lafaz itu sudah hampir nazar
Agama kena duk darjat paling tinggi.
Kalu letak agama nombor,allah tidak akan zahirkan pertolongan.
Agama allah jgn diletak nombor dua.
Ayat 50
فَلَمَّا كَشَفْنَا عَنْهُمُ الْعَذَابَ
إِذَا هُمْ يَنْكُثُونَ
Setelah Kami hapuskan azab itu daripada mereka, mereka terus mencabuli janjinya.
👉
Ayat 51
وَنَادَىٰ فِرْعَوْنُ فِي قَوْمِهِ
قَالَ يَا قَوْمِ
أَلَيْسَ لِي مُلْكُ مِصْرَ
وَهَٰذِهِ الْأَنْهَارُ تَجْرِي مِنْ تَحْتِي ۖ
أَفَلَا تُبْصِرُونَ
Dan Firaun pula menyeru (dengan mengisytiharkan) kepada kaumnya,
katanya: "Wahai kaumku!
Bukankah kerajaan negeri Mesir ini - akulah yang menguasainya,
dan sungai-sungai ini mengalir di bawah (istana) ku? Tidakkah kamu melihatnya?
👉Kesombongan firaun.
Dalil dgn kuasa dan harta.
Ayat 52
أَمْ أَنَا خَيْرٌ مِنْ هَٰذَا الَّذِي هُوَ مَهِينٌ
وَلَا يَكَادُ يُبِينُ
"Bahkan bukankah aku lebih baik daripada orang yang hina keadaannya ini,
dan yang hampir-hampir tidak dapat menjelaskan perkataannya?
👉Hina مَهِينٌ
Ayat 53
فَلَوْلَا أُلْقِيَ عَلَيْهِ أَسْوِرَةٌ مِنْ ذَهَبٍ
أَوْ جَاءَ مَعَهُ الْمَلَائِكَةُ مُقْتَرِنِينَ
"(Kalau betul ia seorang Rasul) maka sepatutnya ia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang emas (yang menandakan ia seorang pemimpin),
atau datang malaikat bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)?"
👉Orang mesir yg kaya mesti mempunyai emas.
Ayat 54
فَاسْتَخَفَّ قَوْمَهُ فَأَطَاعُوهُ ۚ
إِنَّهُمْ كَانُوا قَوْمًا فَاسِقِينَ
(Dengan yang demikian), maka Firaun memperbodohkan kaumnya, lalu mereka mematuhinya;
sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasik - derhaka.
👉Mudah berubah keasalnya kembali.
Ayat 55
فَلَمَّا آسَفُونَا
انْتَقَمْنَا مِنْهُمْ
فَأَغْرَقْنَاهُمْ أَجْمَعِينَ
Setelah mereka menyebabkan kemurkaan Kami (dengan perbuatan derhaka itu),
Kami menyeksa mereka, iaitu menenggelamkan mereka semuanya di laut (sehingga binasa).
👉Orang yg melawan tuhan ,bukan hanya lawan rasul.
Golongan firaun adalah dgn mematikan dgn memaku tangan dan kaki.firaun sangat ditakuti.
Ayat 56
فَجَعَلْنَاهُمْ
سَلَفًا وَمَثَلًا لِلْآخِرِينَ
Maka kami jadikan mereka
contoh dan pengajaran bagi orang-orang yang datang kemudian.
👉sejarah firaun
Ayat 57
وَلَمَّا ضُرِبَ ابْنُ مَرْيَمَ مَثَلًا
إِذَا قَوْمُكَ مِنْهُ يَصِدُّونَ
Dan ketika (nabi Isa) anak Maryam dikemukakan sebagai satu misal perbandingan,
(untuk membantahmu wahai Muhammad),
tiba-tiba kaummu bersorak-sorak kesukaan terhadapnya (kerana menyangka bahawa mereka telah menang).
👉dali naqli tafsili nabi isa ada kaitan dgn ayat 45
Isa tiada ayah,menyebabkan kaum nya sembah nabi isa.syaitan ambil kesempatan atas kejadian luarbiasa nabi isa.
Ayat 58
وَقَالُوا أَآلِهَتُنَا خَيْرٌ أَمْ هُوَ ۚ
مَا ضَرَبُوهُ لَكَ إِلَّا جَدَلًا ۚ
بَلْ هُمْ قَوْمٌ خَصِمُونَ
Dan mereka berkata lagi: "Manakah yang lebih baik, benda-benda yang kami sembah atau Isa?"
Dan (sebenarnya) mereka tidak mengemukakan perbandingan itu kepadamu (wahai Muhammad) melainkan kerana membantah semata-mata (bukan kerana mencari kebenaran);
bahkan mereka itu adalah kaum yang suka sekali mengemukakan bantahan.
👉
Ayat 59
إِنْ هُوَ إِلَّا عَبْدٌ
أَنْعَمْنَا عَلَيْهِ
وَجَعَلْنَاهُ مَثَلًا
لِبَنِي إِسْرَائِيلَ
Nabi Isa itu tidak lain hanyalah seorang hamba yang telah Kami kurniakan nikmat kepadanya (dengan pangkat Nabi),
dan Kami jadikan dia satu contoh (kekuasaan kami yang menakjubkan)
bagi kaum Bani Israil.
👉Takhwif duniawi
Ayat 60
وَلَوْ نَشَاءُ لَجَعَلْنَا مِنْكُمْ مَلَائِكَةً
فِي الْأَرْضِ يَخْلُفُونَ
Dan kalaulah kami kehendaki, kami berkuasa melahirkan daripada kamu (wahai kaum lelaki):
malaikat mengganti kamu (menjalankan urusan) di muka bumi.
👉Allah boleh buat.tapi itu bukan kehendak allah.
Ayat 61
وَإِنَّهُ لَعِلْمٌ لِلسَّاعَةِ
فَلَا تَمْتَرُنَّ بِهَا
وَاتَّبِعُونِ ۚ
هَٰذَا صِرَاطٌ مُسْتَقِيمٌ
Dan sesungguhnya Nabi Isa menjadi tanda kedatangan hari kiamat,
maka janganlah kamu ragu-ragu tentang (hari kiamat) itu, dan turutlah (petunjukKu);
inilah jalan yang lurus.
👉Tanda qiamat sangat dekat,turunnya nabi isa.
Jalan tauhid ,jln yg lurus.
Ayat 62
وَلَا يَصُدَّنَّكُمُ الشَّيْطَانُ ۖ
إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ
Dan janganlah Syaitan menghalang kamu (daripada menurut jalan yang benar);
sesungguhnya Syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu.
👉Syaitan ada ditepi jln lurus.
Belajar wahyu tahu jln lurus akan jelas.
Bagaimana boleh ikut syaitan yg merupakan makhluk yg tak boleh dilihat?
Sebab manusia mengenepikan wahyu yg merupakan benteng syaitan.
Ayat 63
وَلَمَّا جَاءَ عِيسَىٰ بِالْبَيِّنَاتِ
قَالَ
قَدْ جِئْتُكُمْ بِالْحِكْمَةِ
وَلِأُبَيِّنَ لَكُمْ بَعْضَ الَّذِي تَخْتَلِفُونَ فِيهِ ۖ
فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطِيعُونِ
Dan ketika Nabi Isa datang (kepada kaumnya) dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata, berkatalah ia:
"Sesungguhnya aku datang kepada kamu dengan membawa hikmat (ajaran Tuhan),
dan untuk menerangkan kepada kamu: sebahagian dari (perkara-perkara ugama) yang kamu berselisihan padanya.
Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku.
👉Syariat nabi isa juga al quran
Ayat 64
إِنَّ اللَّهَ هُوَ رَبِّي وَرَبُّكُمْ
فَاعْبُدُوهُ
هَٰذَا صِرَاطٌ مُسْتَقِيمٌ
"Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, maka sembahlah kamu akan Dia;
inilah jalan yang lurus".
👉Doa dan seru hanya pada allah.
Ini ajaran nabi isa ,bukannya sembah allah.
Ayat 65
فَاخْتَلَفَ الْأَحْزَابُ مِنْ بَيْنِهِمْ ۖ
فَوَيْلٌ
لِلَّذِينَ ظَلَمُوا
مِنْ عَذَابِ يَوْمٍ أَلِيمٍ
Kemudian, golongan-golongan (dari kaumnya) itu berselisihan sesama sendiri.
Maka kecelakaan dan kebinasaanlah
bagi orang-orang yang zalim itu,
dari (paluan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya, pada hari pembalasan.
👉Takhwif ukhrowi
Ayat 66
هَلْ يَنْظُرُون
َ إِلَّا السَّاعَة
َ أَنْ تَأْتِيَهُمْ بَغْتَةً
وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ
(Mereka yang menentang Nabi Muhammad) tidak ada lagi yang mereka tunggu
melainkan saat kiamat
yang akan datang kepada mereka secara mengejut,
dan dalam keadaan mereka lalai leka dengan perkara-perkara keduniaan.
👉 Takhwif ukhrowi
Mati mengejut.
Sakit alamat tak lama lagi akan mati.
Yg degil tak juga insaf dgn sakit.
Ayat 67
الْأَخِلَّاءُ يَوْمَئِذٍ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ
إِلَّا الْمُتَّقِينَ
Pada hari itu sahabat-sahabat karib:
setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain,
kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).
👉Keseronokan dunia bersama sahabat atau teman yg melekakan.
Ahli tauhid الْمُتَّقِينَ
Ayat 68
يَا عِبَادِ
لَا خَوْفٌ عَلَيْكُمُ الْيَوْمَ
وَلَا أَنْتُمْ تَحْزَنُونَ
(Mereka - yang bertaqwa - itu, diberi penghormatan serta diseru oleh Allah Taala dengan firmanNya): "Wahai hamba-hambaku!
Pada hari ini kamu tidak akan merasai sebarang kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik);
dan kamu pula tidak akan berdukacita".
👉Tabsyir.
Kesusahan menukar kehidupan akan diberi balasan baik dari allah
Ayat 69
الَّذِينَ آمَنُوا بِآيَاتِنَا
وَكَانُوا مُسْلِمِينَ
(Mereka itu ialah) orang-orang yang beriman akan ayat-ayat keterangan Kami,
serta mereka menjadi orang-orang Islam yang taat patuh,
👉
Ayat 70
ادْخُلُوا الْجَنَّةَ
أَنْتُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ تُحْبَرُونَ
(Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka): "Masuklah kamu ke dalam Syurga bersama-sama isteri-isteri kamu (yang beriman), dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan".
👉Balasan nikmat
Ayat 71
يُطَافُ عَلَيْهِمْ بِصِحَافٍ مِنْ ذَهَبٍ وَأَكْوَابٍ ۖ
وَفِيهَا مَا تَشْتَهِيهِ الْأَنْفُسُ وَتَلَذُّ الْأَعْيُنُ ۖ
وَأَنْتُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari emas;
dan di dalam Syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu
serta di pandang indah oleh mata;
dan (dikatakan kepada mereka): "Kamu adalah tetap kekal di dalamnya".
👉Nikmat yg berkekalan
Ayat 72
وَتِلْكَ الْجَنَّةُ الَّتِي أُورِثْتُمُوهَا
بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ
Dan (dikatakan lagi kepada mereka): "Inilah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya,
disebabkan apa yang kamu telah kerjakan".
👉Amalan2 kamu yg menepati syariat.
Ayat 73
لَكُمْ فِيهَا فَاكِهَةٌ كَثِيرَةٌ مِنْهَا تَأْكُلُونَ
"Kamu beroleh di dalamnya berbagai jenis buah-buahan, untuk kamu makan daripadanya".
👉Musim tiada dan tuan pun tiada,sentiasa ada dan boleh dimiliki
Tiada ulasan:
Catat Ulasan