Jumaat, September 20, 2019

Daurah tafsir 2016 sesi 156 Ad dukhan 9-56

Daurah tafsir 2016 sesi 156 Ad dukhan 9-56
Ayat 8

لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ يُحْيِي وَيُمِيتُ ۖ
رَبُّكُمْ وَرَبُّ آبَائِكُمُ الْأَوَّلِينَ

Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia; Dia lah Yang menghidupkan dan Yang mematikan;
(Dia lah jua) Tuhan kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu.
👉Allah buktikan segala makhluk ini ciptaannya dan menyediakan segala2nya
Boleh sedar dan insaf ,tapi tidak.

Ayat 9
بَلْ هُمْ فِي شَكٍّ
يَلْعَبُونَl

(Mereka tidak meyakini kebenaran yang dijelaskan kepada mereka), bahkan mereka masih tenggelam dalam keraguan
sambil bermain-main dengan perkara ugama.
👉Sepatut mereka insaf ,tetapi tidak begitu.bahkan masih dlm keraguan.
Main2 sebab tak endahkan dan tak belajar untuk faham quran. يَلْعَبُونَ
Setiap hamba perlu tahu sebelum mati tentang quran.

Ayat 10
فَارْتَقِبْ
يَوْمَ تَأْتِي السَّمَاءُ بِدُخَانٍ مُبِينٍ

Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad)
semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat),
👉Takhwif duniawi.
Yg meliputi penduduk mekah.
Nabi saw doa laknat untuk penduduk mekah yg halau nabi keluar dr mekah.
Permulaan hijrah-8berlaku kemarau disebabkan nabi saw pernah berdoa.

Ayat 11
يَغْشَى النَّاسَ ۖ
هَٰذَا عَذَابٌ أَلِيمٌ

Yang akan menimpa seluruh keadaan manusia (yang kafir itu,
sehingga mereka akan berkata: "Ini adalah azab yang sungguh menyakitkan".
👉azab dimekah

Ayat 12
رَبَّنَا اكْشِفْ عَنَّا الْعَذَابَ
إِنَّا مُؤْمِنُونَ

(Pada saat itu mereka akan merayu dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Hapuskanlah azab ini dari kami, sesungguhnya kami akan beriman!".
👉Orang mekah berjanji seperti umat nabi musa.
Bermakna iman selepas hilang azab atau boleh dunia.
Ini bukan cara perjuangan  dapat agama atau bertaubat  dari kesalahan

Ayat 13
أَنَّىٰ لَهُمُ الذِّكْرَىٰ
وَقَدْ جَاءَهُمْ رَسُولٌ مُبِينٌ

Bagaimana mereka dapat beringat (menyempurnakan janji mereka hendak beriman itu)?
Pada hal mereka telah pun didatangi seorang Rasul yang memberi keterangan-keterangan (yang cukup untuk mereka beriman)!
👉Allah marah sebab berjanji shj.tapi tak buat.
Nabi telah Doa untuk istiskok(minta hujan) kerana kemarau.

Ayat 14
ثُمَّ تَوَلَّوْا عَنْهُ
وَقَالُوا مُعَلَّمٌ مَجْنُونٌ

Sekalipun demikian, mereka juga berpaling ingkar daripada menerima keterangannya sambil berkata (sesama sendiri):
"Dia seorang yang diajar (oleh bangsa asing), dia juga seorang yang gila!"
👉Orang yg Diajar ilmu مُعَلَّمٌ

Ayat 15
إِنَّا كَاشِفُو الْعَذَابِ قَلِيلًا ۚ
إِنَّكُمْ عَائِدُونَ

Sesungguhnya (kalaulah) kami hapuskan azab itu barang sedikitpun,
sudah tentu kamu akan kembali (kufur ingkar).
👉

Ayat 16
يَوْمَ نَبْطِشُ الْبَطْشَةَ الْكُبْرَىٰ
إِنَّا مُنْتَقِمُونَ

(Ingatlah! Kalau kamu ulangi keingkaran kamu, kamu akan dibinasakan) semasa Kami timpakan (kamu dengan) paluan yang besar (dari pihak lawan kamu); sesungguhnya Kami tetap akan menyeksa (dengan azab yang seberat-beratnya).
👉dlm perang badar.

Ayat 17
وَلَقَدْ فَتَنَّا قَبْلَهُمْ قَوْمَ فِرْعَوْنَ
وَجَاءَهُمْ رَسُولٌ كَرِيمٌ

Dan demi Sesungguhnya! Sebelum mereka, Kami telah menguji kaum Firaun,
dan merekapun telah didatangi oleh seorang Rasul (Nabi Musa) Yang mulia, -
👉Takhwif duniawi.
Kaum qibti.

Ayat 18
أَنْ أَدُّوا إِلَيَّ عِبَادَ اللَّهِ ۖ
إِنِّي لَكُمْ رَسُولٌ أَمِينٌ

(Yang memberitahu kepada mereka dengan katanya): Berikanlah kepadaku wahai hamba-hamba Allah (apa-apa yang menandakan kamu menerima kerasulanku); sesungguhnya aku ini seorang Rasul yang amanah, yang diutuskan kepada kamu.
👉Ajak kepada tauhid dan ajak kepada syariat.
Firaun menjadikan pendatang bani israel sebagai hamba abdi

Ayat 19
وَأَنْ لَا تَعْلُوا عَلَى اللَّهِ ۖ
إِنِّي آتِيكُمْ بِسُلْطَانٍ مُبِينٍ

"Dan janganlah kamu berlaku sombong takbur terhadap Allah;
sesungguhnya aku ada membawa kepada kamu mukjizat yang jelas nyata.
👉Hak allah
Perbetulkan aqidah dan syariat.

Ayat 20
وَإِنِّي عُذْتُ بِرَبِّي وَرَبِّكُمْ
أَنْ تَرْجُمُونِ

"Dan sesungguhnya aku telah memohon perlindungan kepada Tuhanku dan Tuhan kamu,
daripada kamu merejam (atau menyakiti) daku.
👉Keputusan firaun untuk bunuh nabi musa sama dgn musyrikin mekah.kisah nya sama yg berlaku pada nabi saw.
Bunuh cara hina تَرْجُمُونِ

Ayat 21
وَإِنْ لَمْ تُؤْمِنُوا لِي
فَاعْتَزِلُونِ

"Dan sekiranya kamu tidak juga mahu berimankan kerasulanku,
maka putuskanlah perhubungan kamu denganku (janganlah mengganggu daku)."
👉sekurang2nya.

Ayat 22
فَدَعَا رَبَّهُ
أَنَّ هَٰؤُلَاءِ قَوْمٌ مُجْرِمُونَ

(Setelah Nabi Musa berputus asa daripada iman mereka), maka ia pun merayu kepada Tuhannya lalu berkata:
"Sesungguhnya orang-orang ini adalah kaum yang berdosa, (yang telah sebati dengan kekufurannya, dan berhaklah mereka menerima balasan yang seburuk-buruknya)".
👉Doa nabi musa yg terakhir.
Allah nak ajar orang yg mengaji quran kekuatan hanya dgn berdoa.
Doa adalah kekuatan untuk orang yg beriman.

Ayat 23
فَأَسْرِ بِعِبَادِي لَيْلًا
إِنَّكُمْ مُتَّبَعُونَ

Lalu (diperintahkan kepadanya): "Bawalah hamba-hambaku (pengikut-pengikutmu) keluar pada waktu malam,
kerana sesungguhnya kamu akan dikejar (oleh Firaun dan orang-orangnya).
👉perintah mengasingkan bani israel dari rakyat jelata firaun.
Askar firaun lebih ramai dari bani israel.

Ayat 24
وَاتْرُكِ الْبَحْرَ رَهْوًا ۖ
إِنَّهُمْ جُنْدٌ مُغْرَقُونَ

"Dan tinggalkanlah laut itu dalam keadaan tenang - terbelah,
kerana sesungguhnya mereka (yang mengejarmu itu) ialah tentera yang akan ditenggelamkan (sehingga binasa)".
👉Idmasy.
Bani israel melebihkan aqal dari wahyu jadi keyakinanya lemah.
Dlm surah lain, bagi tau tentang
Ketuk laut,ini wahyu!walaupun aqal tak boleh terima ,ini wahyu.
Jika taat ,allah lahirkan qudrat.
Jika tak taat ,tiada qudrat dizahirkan.
Titahan allah kepada nabi musa.
Bani israel suruh nabi musa ketuk untuk tutup laut.
Kehebatan terletak pada ikut arahan allah.

Ayat 25
كَمْ تَرَكُوا مِنْ جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ

Banyak sungguh kebun-kebun dan matair, mereka tinggalkan,
👉

Ayat 26
وَزُرُوعٍ وَمَقَامٍ كَرِيمٍ

Dan juga berbagai jenis tanaman serta tempat-tempat kediaman yang indah - mulia,
👉

Ayat 27
وَنَعْمَةٍ
كَانُوا فِيهَا فَاكِهِينَ

Dan juga kemewahan hidup,
yang mereka sekian lama menikmatinya.
👉

Ayat 28
كَذَٰلِكَ ۖ
وَأَوْرَثْنَاهَا قَوْمًا آخَرِينَ

Demikianlah keadaannya (hukum Kami ke atas orang-orang yang derhaka);
dan Kami jadikan semua peninggalan Firaun dan orang-orangnya: milik kaum yang lain (kaum Bani Israil).
👉

Ayat 29
فَمَا بَكَتْ عَلَيْهِمُ السَّمَاءُ وَالْأَرْضُ
وَمَا كَانُوا مُنْظَرِينَ

Mereka (ketika dibinasakan) itu tidak ditangisi oleh langit dan bumi (atau penduduk keduanya)
dan mereka pula tidak diberi tempoh lagi.
👉Ini yg ke9,sudah tidak diberi peluang lagi

Ayat 30
وَلَقَدْ نَجَّيْنَا بَنِي إِسْرَائِيلَ
مِنَ الْعَذَابِ الْمُهِينِ

Dan demi sesungguhnya! Kami telah selamatkan kaum Bani Israil,
dari azab yang menghina,
👉Natijah orang beraqidah tauhid

Ayat 31
مِنْ فِرْعَوْنَ ۚ
إِنَّهُ كَانَ عَالِيًا مِنَ الْمُسْرِفِينَ

Dari penindasan Firaun,
sesungguhnya ia adalah seorang yang sombong takbur lagi terbilang dari orang-orang yang melampaui batas (dalam keganasan dan kekejamannya).
👉orang lain pun dia siksa الْمُسْرِفِينَkeran ikut syariat.

Ayat 32
وَلَقَدِ اخْتَرْنَاهُمْ
عَلَىٰ عِلْمٍ
عَلَى الْعَالَمِينَ

Dan demi sesungguhnya! Kami telah memilih mereka dengan berdasarkan pengetahuan (Kami)
menjadi lebih pangkatnya dari penduduk dunia (pada zaman itu),
👉Kelebihan bani israel,orang dipilih اخْتَرْنَاهُمْ

Ayat 33
وَآتَيْنَاهُمْ مِنَ الْآيَاتِ
مَا فِيهِ بَلَاءٌ مُبِينٌ

Dan Kami berikan kepada mereka (melalui Nabi Musa) berbagai mukjizat
yang mengandungi ujian yang jelas nyata (untuk melahirkan sikap mereka).
👉

Ayat 34
إِنَّ هَٰؤُلَاءِ
لَيَقُولُونَ

(Berbalik kepada kisah kaum musyrik penduduk Makkah, Allah berfirman): "Sesungguhnya mereka ini akan berkata (kepadamu - wahai Muhammad dan kepada pengikut-pengikutmu):
👉Syikayah.

Ayat 35
إِنْ هِيَ
إِلَّا مَوْتَتُنَا الْأُولَىٰ
وَمَا نَحْنُ بِمُنْشَرِينَ

"Mati, hanyalah mati kita yang pertama (di dunia),
dan kita tidak sekali-kali akan dibangkitkan hidup lagi (sesudah itu);
👉sebab azab yg  dirasakannya

Ayat 36
فَأْتُوا بِآبَائِنَا
إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ

"(Jika tidak) maka bawakanlah datuk nenek kami (yang telah mati) kalau betul kamu orang-orang yang benar!"
👉Cara2 orang mekah minta dari nabi saw(angkuh)

Ayat 37
أَهُمْ خَيْرٌ أَمْ قَوْمُ تُبَّعٍ
وَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ ۚ
أَهْلَكْنَاهُمْ ۖ
إِنَّهُمْ كَانُوا مُجْرِمِينَ

(Mengapa mereka masih berdegil dalam kekufurannya?) Adakah mereka yang lebih kekuatan dan kehandalannya atau kaum "Tubba'"
dan orang-orang yang terdahulu dari mereka?
Orang-orang itu semuanya Kami telah binasakan,
kerana sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berdosa
👉Raja تُبَّعٍ,selamat dan beriman ,raja dizaman nabi ibrahim memerintah kawasan yaman ,mekah madinah dan iraq
Kaum nya yg tak selamat.
Orang mekah tahu kisah ini kaum yg dihancurkan sebab tolak nabi.
Perangai kedua2(kaum tubba dan orang mekah) ini sama

Ayat 38
وَمَا خَلَقْنَا السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ
وَمَا بَيْنَهُمَا لَاعِبِينَ

Dan tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi
serta segala yang ada di antara keduanya,
secara main-main;
👉Kejadian ini bahan bukti dari allah.untuk patuh larangan dan suruhan allah.

Ayat 39
مَا خَلَقْنَاهُمَا إِلَّا بِالْحَقِّ
وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَهُمْ
لَا يَعْلَمُونَ

Tidaklah Kami menciptakan keduanya (serta segala yang ada di antaranya) melainkan kerana menzahirkan perkara-perkara yang benar;
akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).
👉

Ayat 40
إِنَّ يَوْمَ الْفَصْلِ
مِيقَاتُهُمْ أَجْمَعِينَ

Sesungguhnya hari pemutusan hukum untuk memberi balasan,
ialah masa untuk mereka semua berhimpun, -
👉Takhwif ukhrowi

Ayat 41
يَوْمَ لَا يُغْنِي مَوْلًى
عَنْ مَوْلًى شَيْئًا
وَلَا هُمْ يُنْصَرُونَ

Iaitu hari seseorang kerabat atau sahabat karib tidak dapat memberikan sebarang perlindungan kepada seseorang kerabat atau sahabat karibnya,
dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan (untuk menghapuskan azab itu),
👉Keadaan hari akhirat,
Sahabat yg sangat rapat مَوْلًىtidak boleh membantu.ibubapa biasanya tak akan tolong anak yg jahat.

Ayat 42
إِلَّا مَنْ رَحِمَ اللَّهُ ۚ
إِنَّهُ هُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ

Kecuali orang yang telah diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah jualah yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
👉iaitu orang beriman yg ikut nabi saw.

Ayat 43
إِنَّ شَجَرَتَ الزَّقُّومِ
(Ingatlah), sesungguhnya pokok Zaqqum, -
👉Azab tubuh badan(fizikal)selain azab rohani(perasaan)

Ayat 44
طَعَامُ الْأَثِيمِ

(Buahnya) menjadi makanan bagi orang yang berdosa (dalam neraka).
👉Kerana terlalu lapar

Ayat 45
كَالْمُهْل
ِيَغْلِي فِي الْبُطُونِ

(Makanan ini pula panas) seperti tembaga cair,
mendidih dalam perut, -
👉kerana terlalu  dahaga minum yg terlalu panas

Ayat 46
كَغَلْيِ الْحَمِيمِ
Seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya.
👉terlalu panas

Ayat 47
خُذُوهُ
فَاعْتِلُوهُ
إِلَىٰ سَوَاءِ الْجَحِيمِ

(Lalu diperintahkan kepada malaikat penjaga neraka): "Renggutlah orang yang berdosa itu
dan seretlah dia
ke tengah-tengah neraka.
👉Ini gambaran azab jiwa.
Sebab tak bersedia nak gi.

Ayat 48
ثُمَّ
صُبُّوا
فَوْقَ رَأْسِهِ
مِنْ عَذَابِ الْحَمِيمِ

"Kemudian
curahkanlah
di atas kepalanya - azab seksa -
dari air panas yang menggelegak".
👉

Ayat 49
ذُقْ
إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْكَرِيمُ

(Serta dikatakan kepadanya secara mengejek): "Rasalah azab seksa,
sebenarnya engkau adalah orang yang berpengaruh dan terhormat (dalam kalangan masyarakatmu)"
👉Sebutan sindiran(takzib rohani) untuk tambah siksaan.

Ayat 50
إِنَّ هَٰذَا مَا كُنْتُمْ بِهِ تَمْتَرُونَ

(Kemudian dikatakan kepada ahli neraka umumnya): "Sesungguhnya inilah dia (azab seksa) yang kamu dahulu ragu-ragu terhadapnya!"
👉Tak percaya atau tak yakin yg ditunjukan oleh amal

Ayat  51
إِنَّ الْمُتَّقِينَ
فِي مَقَامٍ
أَمِينٍ

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa (akan ditempatkan)
di tempat tinggal
yang aman sentosa.
👉Tabsyir
Orang bertaqwa adalah yg jaga aqidah dari terkena syirik
Aman perkara penting dlm kehidupan أَمِينٍ
Cerita rumah cina yg dijual potong harga dua pertiga sebab takut nak duduk ,tiada aman.

Ayat 52
فِي جَنَّاتٍ
وَعُيُونٍ
Ia itu di dalam beberapa taman Syurga,
dengan matair-matair terpancar padanya,
👉tempat rumah dlm syurga

Ayat 53
يَلْبَسُونَ
مِنْ سُنْدُسٍ
وَإِسْتَبْرَقٍ
مُتَقَابِلِينَ

Mereka memakai pakaian dari kain sutera yang halus dan kain sutera tebal yang bersulam;
(mereka duduk di tempat perhimpunan) sentiasa berhadap-hadapan (di atas pelamin masing-masing).
👉kalu pakistan seluar dan baju,kain sama.lain dr pakistan kain tak sama.

Ayat 54
كَذَٰلِكَ
وَزَوَّجْنَاهُمْ
بِحُورٍ عِينٍ

Demikianlah keadaannya;
dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya.
👉sebagai pasangan bukan kahwinkan

Ayat 55
يَدْعُونَ فِيهَا بِكُلِّ فَاكِهَةٍ
آمِنِينَ

Mereka meminta - di dalam Syurga itu - tiap-tiap jenis buah-buahan (yang mereka ingini),
dalam keadaan aman sentosa.
👉Arahan diberi buah.
Aman dari sakit,kena bayar, segala yg menyusahkan,bahaya dan kebimbangan atau  keseronokan.

Ayat 56
لَا يَذُوقُونَ فِيهَا الْمَوْتَ
إِلَّا الْمَوْتَةَ الْأُولَىٰ ۖ
وَوَقَاهُمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ

Mereka tidak merasai kematian dalam Syurga itu
selain daripada mati yang mereka rasai (di dunia) dahulu;
dan Allah selamatkan mereka dari azab neraka;
👉Mati hanya sekali tidak akan berulang lagi.

Ayat 57
فَضْلًا مِنْ رَبِّكَ ۚ
ذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

(Mereka diberikan semuanya itu) sebagai limpah kurnia dari Tuhanmu (wahai Muhammad);
yang demikian itulah kemenangan yang besar.
👉

Ayat 58
فَإِنَّمَا يَسَّرْنَاهُ بِلِسَانِكَ
لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ

Maka sesungguhnya tujuan Kami memudahkan Al-Quran dengan bahasamu (wahai Muhammad),
ialah supaya mereka (yang memahaminya) beringat dan insaf (untuk beriman dan mematuhinya)
👉Cara masuk syurga dan mudah.iaitu al quran.
Mudah difahami

Ayat 59
فَارْتَقِبْ
إِنَّهُمْ مُرْتَقِبُونَ

(Kiranya mereka tidak berbuat demikian) maka tunggulah (wahai Muhammad akan kesudahan mereka), sesungguhnya mereka juga menunggu (akan kesudahanmu).
👉semudah ini pun jika manusia berdegil ,tunggu la.
Takhwif duniawi.
Minat boleh menentukan tuhan nak kita jadi ahli syurga atau tidak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan