Jumaat, September 20, 2019

Daurah tafsir 2016 sesi 155 Ad dukhan 1-8

Daurah tafsir 2016 sesi 155 Ad dukhan 1-8
044.Surah Ad dukhan
Minta bantuan dan pertolongan hanya kepada allah.
Menyuruh orang berdoa dan
kita sendiri tidak berdoa,ini salah.
Agama selain islam ,Ketua agama diupah.
Dalam Islam berdoa mesti secara langsung.
Meminta,Ingati saya dlm doamu,ini sunnah.
Seruan kepada  yg sudah mati,sia2.
Alam jaga dan alam tidur sudah berbeza.
Begitu juga beza antara alam hidup dan alam mati.Tidak boleh ada hubungan antara orang mati dgn orang hidup.
Bahkan pernah ada larangan pergi ke kubur kerana pergi seru orang yg telah mati.selepas belajar ,baru larangan ditarik balik.
Hampir sama dgn syiah.taqqiyah.sembunyi ,takut diketahui orang.
Kesufian  malas belajar, balaghah (kesusasteraan arab untuk faham quran)..maulana ayub

Da'wa atau maksud penting surah ini.
Ayat 6
رَحْمَةً مِنْ رَبِّكَ ۚ
إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

(Untuk menyampaikan) rahmat dari Tuhanmu (kepada umat manusia);
sesungguhnya Allah Jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui (akan segala keadaan hamba-hambaNya).
👉Allah shj yg Maha Mendengar.
Maha mengetahui hajat2 kita.
Jgn seru yg lain.

Ayat 1
حم
Haa, Miim.

Ayat 2
وَالْكِتَابِ الْمُبِينِ
Demi Al-Quran Kitab yang menerangkan kebenaran.
👉Sifat quran,

Ayat 3
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ ۚ
إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat;
(Kami berbuat demikian) kerana
sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).
👉Takhwif duniawi

Ayat 4
فِيهَا
يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ

(Kami menurunkan Al-Quran pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu,
dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar).
👉

Ayat 5
أَمْرًا مِنْ عِنْدِنَا ۚ
إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ

Iaitu perkara-perkara yang terbitnya dari hikmat kebijaksanaan Kami;
sesungguhnya telah menjadi adat Kami mengutus Rasul.
👉

Ayat 6
رَحْمَةً مِنْ رَبِّكَ ۚ
إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

(Untuk menyampaikan) rahmat dari Tuhanmu (kepada umat manusia);
sesungguhnya Allah Jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui (akan segala keadaan hamba-hambaNya).
👉maha mendengar rayuan hamba,jadi serulah allah sahaja.

Ayat 7
رَبِّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
وَمَا بَيْنَهُمَا ۖ
إِنْ كُنْتُمْ مُوقِنِينَ

Tuhan (yang mencipta dan mentadbirkan keadaan) langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; kalau betul kamu orang-orang yang yakin (akan hakikat itu,
maka terimalah sahaja apa yang diutuskan kepada kamu).
👉

Ayat 8
لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ يُحْيِي وَيُمِيتُ ۖ
رَبُّكُمْ وَرَبُّ آبَائِكُمُ الْأَوَّلِينَ

Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia; Dia lah Yang menghidupkan dan Yang mematikan; (Dia lah jua) Tuhan kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan