Daurah tafsir 2016 sesi 160 Al Ahqaf 17-35
Ayat 17
وَالَّذِي قَالَ لِوَالِدَيْهِ
أُفٍّ
لَكُمَا
أَتَعِدَانِنِي
أَنْ أُخْرَجَ
وَقَدْ خَلَتِ الْقُرُونُ مِنْ قَبْلِي
وَهُمَا يَسْتَغِيثَانِ اللَّهَ
وَيْلَكَ
آمِنْ
إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ
فَيَقُولُ مَا هَٰذَا إِلَّا أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ
Dan (sebaliknya amatlah derhakanya)
orang yang berkata kepada kedua ibu bapanya (ketika mereka mengajaknya beriman):
"Ah! Bosan
perasaanku terhadap kamu berdua!
Patutkah kamu menjanjikan kepadaku
bahawa aku akan dibangkitkan keluar dari kubur,
padahal berbagai umat sebelumku telah berlalu (masih lagi belum kembali)?
" Sambil mendengar kata-katanya itu - ibu bapanya merayu memohon pertolongan Allah (menyelamatkan anak mereka)
serta berkata (kepada anaknya yang ingkar itu): "Selamatkanlah dirimu!
Berimanlah (tentang hidup semula menerima balasan amal)!
Sesungguhnya janji Allah tetap benar".
Lalu ia menjawab (dengan angkuhnya):
"Semuanya itu hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala!"
👉Takhwif ukhrowi ,amal manusia yg salah dari aqidah yg salah.
Zalim dgn hamba allah sehingga dgn ibubapanya.
Punca tidak beriman kerana tidak percaya hari akhirat.
Ibubapa yg islam dan mempunyai tanggungjawab untuk memberitahu tentang iman termasuk mempercayainhari akhirat.
Kalimah paling ringan tapi menyakiti أُفٍّ
Penderhakaan ke2 فَيَقُولُ مَا هَٰذَا إِلَّا أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ
Perkara yg tak perlu diambil kira أَسَاطِيرُ
Ayat 18
أُولَٰئِكَ الَّذِينَ حَقَّ عَلَيْهِمُ الْقَوْلُ
فِي أُمَمٍ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِمْ
مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ ۖ
إِنَّهُمْ كَانُوا خَاسِرِينَ
Mereka (yang ingkar derhaka seperti itu) ialah orang-orang yang tetap menerima hukuman (azab)
bersama-sama dengan umat-umat yang terdahulu daripada mereka -
dari kalangan jin dan manusia; kerana
sesungguhnya mereka telah menyebabkan diri mereka menjadi orang-orang yang rugi.
👉Menyia2kan hidup dunia tanpa ambil kesempatan untuk selamat dr neraka atau berikhtuar yg betul.
Ayat 19
وَلِكُلٍّ دَرَجَاتٌ مِمَّا عَمِلُوا ۖ
وَلِيُوَفِّيَهُمْ
أَعْمَالَهُمْ
وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ
Dan bagi mereka masing-masing (dari puak jin dan manusia - yang berbuat baik dan yang berbuat jahat) disediakan berbagai peringkat (balasan) yang sesuai dengan apa yang mereka telah kerjakan,
dan (ketetapan yang demikian ialah) supaya Allah menyempurnakan bagi mereka
balasan amal-amal mereka,
sedang mereka tidak dirugikan (sedikitpun).
👉lalu allah bg tau,balasan mengikut amalan masing2.
Ayat 20
وَيَوْمَ يُعْرَضُ الَّذِينَ كَفَرُوا عَلَى النَّارِ
أَذْهَبْتُمْ طَيِّبَاتِكُمْ فِي حَيَاتِكُمُ الدُّنْيَا
وَاسْتَمْتَعْتُمْ بِهَا
فَالْيَوْمَ تُجْزَوْنَ عَذَابَ الْهُونِ
بِمَا كُنْتُمْ تَسْتَكْبِرُونَ فِي الْأَرْضِ
بِغَيْرِ الْحَقِّ
وَبِمَا كُنْتُمْ تَفْسُقُونَ
Dan (ingatlah), semasa orang-orang kafir didedahkan kepada neraka
(serta dikatakan kepada mereka): "Kamu telah habiskan nikmat-nikmat kesenangan kamu dalam kehidupan dunia kamu,
dan kamu telah bersenang-senang menikmatinya;
maka pada hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghina
kerana kamu berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tidak berdasarkan alasan yang benar,
dan kerana kamu sentiasa berlaku fasik"
👉Azab yg macam mana?
Azab yg ditentukan oleh Allah.
Bakar يُعْرَضُ
Sombong dgn wahyu Allah.
Sombong biasanya dia dah tahu sedikit.
Fasik sebab tak menepati syariat
,walau amal yg besar amal kebajikan tapi tak ikhlas dikira fasik
Ayat 21
وَاذْكُرْ أَخَا عَادٍ
إِذْ أَنْذَرَ قَوْمَهُ بِالْأَحْقَافِ
وَقَدْ خَلَتِ النُّذُرُ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ
أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا اللَّهَ
إِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ عَظِيمٍ
Dan ingatlah peristiwa (Nabi Hud) saudara kaum Aad, ketika ia memberi amaran kepada kaumnya yang tinggal di lembah "Al-Ahqaaf", -
sedang (amarannya itu samalah seperti) amaran-amaran yang telah diberikan oleh Rasul-rasul yang terdahulu daripadanya dan yang datang sesudahnya - (dengan berkata): "
Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari yang besar (huru-haranya)".
👉Dalil naqli nabi hud
Sembah=seru
Tak ngaji quran ,mudah direbahkan oleh syaitan.
Bermula dgn amalan yg kecil2 seperti buat bidah.
Buat dosa besar,tolak sunnah murtad.
Kholasah ajaran nabi hud.
Cuba tegur amalan bidah,tentu yg ditegur akan disalahkan.
Ayat 22
قَالُوا أَجِئْتَنَا لِتَأْفِكَنَا
عَنْ آلِهَتِنَا
فَأْتِنَا
بِمَا تَعِدُنَا
إِنْ كُنْتَ مِنَ الصَّادِقِينَ.
Mereka menjawab: "Adakah engkau datang kepada kami untuk memesongkan kami
dari menyembah tuhan-tuhan kami?
Maka bawalah azab seksa yang engkau janjikan kepada kami itu jika betul engkau dari orang-orang yang benar!"
👉Memesongkan لِتَأْفِكَنَا
Ayat 23
قَالَ إِنَّمَا الْعِلْمُ عِنْدَ اللَّهِ
وَأُبَلِّغُكُمْ مَا أُرْسِلْتُ بِهِ
وَلَٰكِنِّي أَرَاكُمْ قَوْمًا تَجْهَلُونَ
Nabi Hud berkata: "Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang kedatangan azab itu) hanya ada di sisi Allah, dan (tugasku hanya) menyampaikan kepada kamu apa yang aku diutuskan membawanya,
tetapi aku lihat kamu satu kaum yang jahil (akan tugas Rasul)!"
👉Nabi hud bg tau.
Lafaz jahil تَجْهَلُونَ quran adalah neraka.
Malu dan azab
Buat2 tidak tahu.
Ayat 24
فَلَمَّا رَأَوْهُ
عَارِضًا
مُسْتَقْبِلَ أَوْدِيَتِهِمْ
قَالُوا هَٰذَا عَارِضٌ مُمْطِرُنَا ۚ
بَلْ هُوَ مَا اسْتَعْجَلْتُمْ بِهِ ۖ
رِيحٌ فِيهَا عَذَابٌ أَلِيمٌ
Maka apabila mereka melihat azab itu
sebagai awan
yang menghala ke lembah-lembah mereka,
mereka berkata: "Ini ialah awan yang akan membawa hujan kepada kita!"
(Mendengarkan kata-kata yang demikian, Nabi Hud berkata):
"Tidak! Bahkan itulah (azab) yang kamu minta disegerakan kedatangannya,
iaitu angin yang membawa azab seksa yang tidak terperi sakitnya;
👉Datangnya azab.
Doa dan airmata besar malam hari sangat tepat dan tidak tersasar.
Ayat 25
تُدَمِّرُ كُلَّ شَيْءٍ بِأَمْرِ رَبِّهَا
فَأَصْبَحُوا لَا يُرَىٰ إِلَّا مَسَاكِنُهُمْ ۚ
كَذَٰلِكَ نَجْزِي الْقَوْمَ الْمُجْرِمِينَ
"Yang menghancur leburkan segala-galanya dengan izin Tuhannya".
(Setelah azab itu menimpa mereka) maka menjadilah mereka (punah ranah) - tidak ada yang kelihatan melainkan tempat-tempat tinggal mereka.
Demikianlah Kami membalas kaum yang berdosa.
👉Hancur apa yg diarah oleh allah تُدَمِّرُ
Beginilah cara كَذَٰلِكَatas kesalahan aqidah.
Ayat 26
وَلَقَدْ مَكَّنَّاهُمْ
فِيمَا
إِنْ مَكَّنَّاكُمْ فِيهِ
وَجَعَلْنَا لَهُمْ سَمْعًا
وَأَبْصَارًا
وَأَفْئِدَةً
فَمَا أَغْنَىٰ عَنْهُمْ سَمْعُهُمْ
وَلَا أَبْصَارُهُمْ
وَلَا أَفْئِدَتُهُمْ مِنْ شَيْءٍ
إِذْ كَانُوا يَجْحَدُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ
وَحَاقَ بِهِمْ مَا كَانُوا بِهِ يَسْتَهْزِئُونَ
Dan demi sesungguhnya! Kami telah meneguhkan kedudukan mereka
(dengan kekuasaan dan kemewahan)
yang tidak Kami berikan kamu menguasainya (wahai kaum musyrik Makkah),
dan Kami telah jadikan bagi mereka pendengaran
dan penglihatan
serta hati;
dalam pada itu, pendengaran dan penglihatan serta hati mereka tidak memberikan faedah sedikitpun kepada mereka,
kerana mereka sentiasa mengingkari ayat-ayat keterangan Allah;
dan (dengan yang demikian) mereka diliputi oleh azab yang mereka telah ejek-ejek itu.
👉Ayat yg dituju kepada orang mekah.
Ayat 27
وَلَقَدْ أَهْلَكْنَا
مَا حَوْلَكُمْ
مِنَ الْقُرَىٰ
وَصَرَّفْنَا الْآيَاتِ
لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
Dan demi sesungguhnya! Kami telah binasakan
negeri-negeri yang ada di sekeliling (negeri) kamu (wahai kaum musyrik Makkah),
dan Kami telah menerangkan tanda-tanda (kekuasaan Kami) dengan berbagai cara,
supaya mereka kembali (bertaubat).
👉Takhwif duniawi
Kembali kepada tauhid dan meninggalkan syirik لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
Ayat 28
فَلَوْلَا نَصَرَهُمُ الَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِ اللَّهِ قُرْبَانًا آلِهَةً ۖ
بَلْ ضَلُّوا عَنْهُمْ ۚ
وَذَٰلِكَ إِفْكُهُمْ
وَمَا كَانُوا يَفْتَرُونَ
Maka sepatutnya mereka dibela oleh segala yang mereka sembah yang lain dari Allah sebagai penyembahan untuk mendekatkan diri (kepada Allah)? (Tetapi tidak),
bahkan segala yang mereka sembah itu telah hilang lenyap dari mereka.
Dan demikianlah akibat penyelewengan mereka
dan kepercayaan yang mereka telah ada-adakan.
👉
Ayat 29
وَإِذْ صَرَفْنَا إِلَيْكَ نَفَرًا مِنَ الْجِنِّ
يَسْتَمِعُونَ الْقُرْآنَ
فَلَمَّا حَضَرُوهُ قَالُوا أَنْصِتُوا ۖ
فَلَمَّا قُضِيَ
وَلَّوْا إِلَىٰ قَوْمِهِمْ مُنْذِرِينَ
Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin
datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran;
setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain):
"Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya!"
Kemudian setelah selesai bacaan itu,
kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran.
👉Ayat 29-32 cerita jin.
Jin dari Iraq.
Datang secara kebetulan
Datang secara terus.
Datang dengar ayat quran.
Jin ini yahudi sebab ada malumat dr taurat.
Datang dgn sebab mukjizat dan atas dasar keagamaan bukan sebab dunia.
Dengar dgn penuh perhatian يَسْتَمِعُونَsebab nak faham.
Dengar sebab tak tuli ,yasmau.يسمع
Jangan keluar suara أَنْصِتُوا
Ayat 30
قَالُوا يَا قَوْمَنَا إِنَّا سَمِعْنَا كِتَابًا
أُنْزِلَ مِنْ بَعْدِ مُوسَىٰ
مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ
يَهْدِي إِلَى الْحَقِّ
وَإِلَىٰ طَرِيقٍ مُسْتَقِيمٍ
Mereka berkata: "Wahai kaum kami! Sesungguhnya kami telah mendengar Kitab (Al-Quran)
yang diturunkan (oleh Allah) sesudah Nabi Musa,
yang menegaskan kebenaran Kitab-kitab Suci yang terdahulu daripadanya, lagi,
memandu kepada kebenaran (tauhid) dan ke jalan yang lurus (ugama Islam)
👉Ini bila jin balik kepada kaumnya.
Ayat 31
يَا قَوْمَنَا
أَجِيبُوا دَاعِيَ اللَّهِ
وَآمِنُوا بِهِ
يَغْفِرْ لَكُمْ مِنْ ذُنُوبِكُمْ
وَيُجِرْكُمْ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ
"Wahai kaum kami!
Sahutlah (seruan) Rasul (Nabi Muhammad) yang mengajak ke jalan Allah,
serta berimanlah kamu kepadanya,
supaya Allah mengampunkan sebahagian dari dosa-dosa kamu,
dan menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
👉Tidak hanya dengar dan kena ambil quran
Ayat 32
وَمَنْ لَا يُجِبْ دَاعِيَ اللَّهِ
فَلَيْسَ بِمُعْجِزٍ فِي الْأَرْضِ
وَلَيْسَ لَهُ مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءُ ۚ
أُولَٰئِكَ فِي ضَلَالٍ مُبِينٍ
"Dan sesiapa tidak menyahut (seruan) Rasul yang mengajaknya ke jalan Allah,
maka ia tidak akan dapat melepaskan diri (dari balasan azab walau ke mana sahaja ia melarikan diri) di bumi, dan ia tidak akan beroleh sesiapapun - yang lain dari Allah - sebagai pelindung-pelindung yang membelanya; mereka (yang demikian sifatnya) adalah dalam kesesatan yang nyata".
👉tagrib
Wahai orang mekah,tengok ini jin dan ada kitab kitab taurat
Ayat 33
أَوَلَمْ يَرَوْا
أَنَّ اللَّهَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ
وَلَمْ يَعْيَ بِخَلْقِهِنَّ
بِقَادِرٍ عَلَىٰ أَنْ يُحْيِيَ الْمَوْتَىٰ ۚ
بَلَىٰ إِنَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Masihkah mereka ingkar dan tidak mahu memikir serta mengetahui bahawa sesungguhnya Allah yang telah menciptakan langit dan bumi
dengan tidak mengalami kesukaran dalam menciptakannya -
berkuasa menghidupkan makhluk-makhluk yang telah mati? Sudah tentu berkuasa!
Sesungguhnya Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
👉Dalil aqli tentang qiamat
Ayat 34
وَيَوْمَ يُعْرَضُ الَّذِينَ كَفَرُوا عَلَى النَّارِ
أَلَيْسَ هَٰذَا بِالْحَقِّ ۖ
قَالُوا بَلَىٰ وَرَبِّنَا ۚ
قَالَ فَذُوقُوا الْعَذَابَ
بِمَا كُنْتُمْ تَكْفُرُونَ
Dan (ingatlah) hari orang-orang yang kafir didedahkan kepada neraka, (lalu dikatakan kepada mereka): "Bukankah (azab) neraka ini benar?"
Mereka menjawab: "Ya, benar, demi Tuhan kami!" (Setelah itu) dikatakan lagi (kepada mereka): "Maka sekarang rasalah azab seksa
dengan sebab kamu kufur ingkar di dunia dahulu. "
👉Takhwif ukhrowi.
Ayat 35
فَاصْبِرْ
كَمَا صَبَرَ أُولُو الْعَزْمِ مِنَ الرُّسُلِ
وَلَا تَسْتَعْجِلْ لَهُمْ ۚ
كَأَنَّهُمْ يَوْمَ يَرَوْن
َمَا يُوعَدُونَ لَمْ يَلْبَثُوا
إِلَّا سَاعَةً مِنْ نَهَارٍ ۚ
بَلَاغٌ ۚ
فَهَلْ يُهْلَكُ إِلَّا الْقَوْمُ الْفَاسِقُونَ
(Jika demikian akibat orang-orang kafir yang menentangmu wahai Muhammad) maka bersabarlah engkau
sebagaimana sabarnya Rasul-rasul "Ulil-Azmi" (yang mempunyai keazaman dan ketabahan hati) dari kalangan Rasul-rasul (yang terdahulu daripadamu);
dan janganlah engkau meminta disegerakan azab untuk mereka (yang menentangmu itu).
Sesungguhnya keadaan mereka semasa melihat azab yang dijanjikan kepada mereka,
merasai seolah-olah mereka tidak tinggal (di dunia)
melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari.
(Penerangan yang demikian) cukuplah menjadi pelajaran (bagi orang-orang yang mahu insaf).
Maka (ingatlah) tidak dibinasakan melainkan kaum yang fasik - derhaka.
👉Tasliyah kepada nabi
Patut disampaikan بَلَاغٌ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan