Jumaat, September 20, 2019

Daurah tafsir 2016 sesi 161 Muhamad 1-9

Daurah tafsir 2016 sesi 161 Muhamad 1-9
047.Surah Muhamad
Haamin 7, huraian iyyakanastain
Surah Azzumar ,huraian iyyakanakbudu
Ini kesimpulan penting dlm quran.
Tauhid dlm ibadah dan tauhid seruan dlm berdoa
Orang degil mesti diperangi.
Surah ini surah qital.
Nak fikir,boleh dan kena bayar jizyah.
Jika jizyah tak bayar tak boleh.
Peperangan antara ahli hak dan ahli batil.
Surah Fath makna kemenangan.
Setelah menang ,orang syirik jadi orang tauhid.
Jumlah umat islam jadi ramai.
Tentu berhajat kepada peraturan hidup.
Hujurat surah nak ajar cara2 hidup.
Semua tentang undang2 ,yg tak banyak hanya dasar2 umum.
Kumpulan yg hak(benar) lawan kumpulan batil.
Kumpulan batil pula ada 2
1.Musuh terang2 perangi islam
2.Musuh yg munafik
Kesudahan orang yg berperang ,ahli tauhid ,masuk syurga dan ahli syirik keneraka

Ayat 1
الَّذِينَ كَفَرُوا
وَصَدُّوا
عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ
أَضَلَّ أَعْمَالَهُمْ

Orang-orang yang kafir
serta menghalangi (dirinya dan orang lain)
dari jalan Allah,
Allah sia-siakan segala amal mereka.
👉halang orang lain وَصَدُّوا
Duduk didunia sekadar hidup menghabiskan masa semata2

Ayat 2
وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ
وَآمَنُوا بِمَا نُزِّلَ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ
وَهُوَ الْحَقُّ مِنْ رَبِّهِمْ
ۙكَفَّرَ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ
وَأَصْلَحَ بَالَهُمْ

Dan (sebaliknya) orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh
serta beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad (s.a.w) -
yang ialah kebenaran dari Tuhan mereka, -
Allah mengampunkan dosa-dosa mereka,
dan menjayakan keadaan mereka (di dunia dan di akhirat).
👉orang betul2 beriman dan dapat melakukan amal soleh menepati syariat dan sunnah.
Ahli kitab boleh jadi beriman tetapi dgn al quran tidak berapa berat.

Ayat 3
ذَٰلِكَ
بِأَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا اتَّبَعُوا الْبَاطِلَ
وَأَنَّ الَّذِينَ آمَنُوا
اتَّبَعُوا الْحَقَّ مِنْ رَبِّهِمْ ۚ
كَذَٰلِكَ يَضْرِبُ اللَّهُ لِلنَّاسِ أَمْثَالَهُمْ

Berlakunya yang demikian,
kerana sesungguhnya orang-orang yang kafir menurut perkara yang salah,
dan sesungguhnya orang-orang yang beriman menurut perkara yang benar dari Tuhan mereka.
Demikianlah Allah menerangkan kepada umat manusia akan sifat dan akibat bawaan mereka masing-masing.
👉Beza yg diikut akan membezakan natijah.
Kafir ikut batil atau nafsu
Beriman ikut kebenaran atau wahyu.

Ayat 4
فَإِذَا لَقِيتُمُ الَّذِينَ كَفَرُوا
فَضَرْبَ الرِّقَابِ
حَتَّىٰ إِذَا أَثْخَنْتُمُوهُمْ فَشُدُّوا الْوَثَاقَ
فَإِمَّا مَنًّا بَعْدُ
وَإِمَّا فِدَاءً
حَتَّىٰ تَضَعَ الْحَرْبُ أَوْزَارَهَا ۚ
ذَٰلِكَ وَلَوْ يَشَاءُ اللَّهُ لَانْتَصَرَ مِنْهُمْ
وَلَٰكِنْ لِيَبْلُوَ بَعْضَكُمْ بِبَعْضٍ ۗ
وَالَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ
فَلَنْ يُضِلَّ أَعْمَالَهُمْ

Dengan yang demikian, apabila kamu berjuang menentang orang-orang kafir (dalam peperangan jihad) maka pancunglah lehernya,
sehingga apabila kamu dapat membunuh mereka dengan banyaknya (serta mengalahkannya)
maka tawanlah (mana-mana yang hidup)
dan ikatlah mereka dengan kukuhnya.
Setelah selesai pertempuran itu maka (terserahlah kepada kamu)
sama ada hendak memberi kebebasan (kepada orang-orang tawanan itu dengan tiada sebarang penebusnya)
atau membebaskan mereka dengan mengambil penebusnya.
(Bertindaklah demikian terhadap golongan kafir yang menceroboh)
sehinggalah berakhir peperangan jihad itu (dan lenyaplah sebab-sebab yang menimbulkannya). Demikianlah (diperintahkan kamu melakukannya).
Dan sekiranya Allah menghendaki, tentulah Ia membinasakan mereka (dengan tidak payah kamu memeranginya);
tetapi Ia (perintahkan kamu berbuat demikian) kerana hendak menguji kesabaran kamu menentang golongan yang kufur ingkar (yang mencerobohi kamu).
Dan orang-orang yang telah berjuang serta gugur syahid pada jalan Allah (mempertahankan ugamanya),
maka Allah tidak sekali kali akan mensia-siakan amal-amal mereka.
👉allah ajar pancung فَضَرْبَ الرِّقَابِ
musuh islam tak kenal allah,tapi ia boleh takut kepada orang yg ingin membunuhnya.

Ayat 5
سَيَهْدِيهِمْ وَيُصْلِحُ بَالَهُمْ

Allah akan memimpin mereka yang berjuang (ke jalan mendapat sebaik-baik balasan) dan menjadikan keadaan mereka baik dan berguna (di dunia dan di akhirat)
👉Berita gembira untuk orang yg berjuang serta gugur syahid

Ayat 6
وَيُدْخِلُهُمُ الْجَنَّةَ
عَرَّفَهَا لَهُمْ

Serta memasukkan mereka ke dalam Syurga yang telah dijanjikan dan diterangkan sifat-sifatnya kepada mereka.
👉ayat ini Huraian bg سَيَهْدِيهِمْ
2terjemahan
Syurga yg diperkenal dalam quran
Syurga yg diwangikan sebelum mereka masuk

Ayat 7
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ
وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ

Wahai orang-orang yang beriman,
kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.
👉Hidup berjuang menolong agama allah.
Sebar wahyu allah.
Allah akan tolong kamu.

Ayat 8
وَالَّذِينَ كَفَرُوا
فَتَعْسًا لَهُمْ
وَأَضَلَّ أَعْمَالَهُمْ

Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka, dan (Allah) mensia-siakan amal-amal mereka.
👉Yg melawan wahyu yg disampaikan ,Hidupnya yg sia2 dgn umur dan kelebihan yg allah berikan juga sia2.

Ayat 9
ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ كَرِهُوا مَا أَنْزَلَ اللَّهُ
فَأَحْبَطَ أَعْمَالَهُمْ

Berlakunya yang demikian, kerana sesungguhnya mereka tidak menyukai apa yang diturunkan oleh Allah (mengenai ajaran tauhid dan hukum-hukum syarak yang diterangkan di dalam Al-Quran),
lalu Allah menggugurkan amal-amal mereka.
👉Sebab mereka jadi sia2 kerana tidak suka kepada wahyu yg telah allah turunkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan