Jumaat, September 20, 2019

Daurah tafsir 2016 sesi 163 Al fath 1-21

Daurah tafsir 2016 sesi 163 Al fath 1-21
048.Surah Al fath
Sebelumnya surah qital.
Ini pula surah kemenangan.
Ahli hak diminta berjuang dan kemenangan  akan diberi pada ahli hak.
Nabi bermimipi tawaf bersama sahabat 1,400 orang pada tahun 6h  nabi saw pergi menunaikan umrah tapi dihalang oleh musyrikin mekah.
Mimpi nabi adalah wahyu.
Jika umar dipilih,orang yg menghalang akan menerima padah dr umar.
Jadi usman telah dipilih sebagai wakil untuk menemui musyrikin mekah .
Berita tersebar ,usman dibunuh.
Nabi saw dan sahabat berjanji setia untuk membela kematian usman.
Rupanya usman tidak dibunuh tetapi nabi dan umat islam diminta balik pada tahun itu dan boleh buat umrah pada tahun berikutnya sahaja.
Munafikin dok mempersenda orang beriman.
Baiah untuk mati,tak jadi maka seolah mengalah.
Seolah islam tunduk pada orang kafir.
Tapi bg nabi saw agama tersebar.
Tahun 8hijrah semua orang mekah masuk islam
Tahun 10hijrah semakin ramai memeluk islam
Dgn itu penganut islam bertambah ramai dan ini tidak dapat difikir oleh sahabat nabi.
Kita orang yg akan ikut wahyu...abu bakar
Perjanjian hudaibiyah.tahun 8h.sahabat tak berapa bersedia.
Umat yg tidak mendengar arahan nabi,Nabi sendiri cukur bertahalul..nasihat ummu salamah.
Berbaiah=janji setia untuk mati.
Dlm perang khaibar hanya 1,400 orang shj yg boleh pergi,munafik tak dibenarkan pergi.
Tahun 9h ,buat iklan,golongan syirik sudah tidak boleh datang lagi ke Mekah.
Tahun 11hijrah nabi wafat.

Ayat 1
إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُبِينًا

Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata,
👉anugerah allah

Ayat 2
لِيَغْفِرَ لَكَ اللَّهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ
وَيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ
وَيَهْدِيَكَ صِرَاطًا مُسْتَقِيمًا

Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian,
dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu,
serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).
👉ini untuk nabi.
Rupa dosa tapi bukan dosa.

Ayat 3
وَيَنْصُرَكَ اللَّهُ نَصْرًا عَزِيزًا

Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepunuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya).
👉Golongan yg sentiasa akan dapat kemenangan

Ayat 4
هُوَ الَّذِي أَنْزَلَ السَّكِينَةَ
فِي قُلُوبِ الْمُؤْمِنِينَ
لِيَزْدَادُوا إِيمَانًا مَعَ إِيمَانِهِمْ ۗ
وَلِلَّهِ جُنُودُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ
وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا

(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram
ke dalam hati orang-orang yang beriman
(semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka);
dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
👉Berita gembira untuk sahabat2 nabi.
Bila ikut wahyu akan bertambah lagi keimanan
Dulu dah ada iman dan ditambah lagi setelah menekan nafsu.
Jumlah muktaridoh وَلِلَّهِ جُنُودُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ

Ayat 5
لِيُدْخِلَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ
جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ
خَالِدِينَ فِيهَا
وَيُكَفِّرَ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ ۚ
وَكَانَ ذَٰلِكَ عِنْدَ اللَّهِ
فَوْزًا عَظِيمًا

(Allah melakukan yang demikian) supaya ia memasukkan orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan - ke dalam Syurga
yang mengalir di bawahnya beberapa sungai;
dengan keadaan kekal mereka di dalamnya,
serta menghapuskan dosa-dosa mereka;
dan adalah yang demikian itu pada sisi Allah merupakan kejayaan yang besar (untuk mereka);
👉Keberkatan taat.
Taat,sakinah dan pertambahan iman.
Dapat syurga dan dosa ditutup ,kemenangan yg besar.

Ayat 6
وَيُعَذِّبَ الْمُنَافِقِينَ وَالْمُنَافِقَاتِ
وَالْمُشْرِكِينَ وَالْمُشْرِكَاتِ
الظَّانِّينَ بِاللَّهِ ظَنَّ السَّوْءِ ۚ
عَلَيْهِمْ دَائِرَةُ السَّوْءِ ۖ
وَغَضِبَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ
وَلَعَنَهُمْ
وَأَعَدَّ لَهُمْ جَهَنَّمَ ۖ
وَسَاءَتْ مَصِيرًا

Dan supaya Ia menyeksa orang-orang munafik - lelaki dan perempuan,
dan orang-orang musyrik - lelaki dan perempuan,
yang menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang buruk (bahawa Ia akan mengecewakan RasulNya).
Atas merekalah tertimpanya bala bencana yang dibawa oleh peredaran zaman;
dan (selain itu) Allah murkai mereka dan melaknatkan mereka
serta menyediakan untuk mereka neraka Jahannam; sedang neraka Jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.
👉Orang yg melawan.
Mereka ada pegangan lain

Ayat 7
وَلِلَّهِ جُنُودُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ
وَكَانَ اللَّهُ عَزِيزًا حَكِيمًا

Dan Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menyeksa orang-orang yang derhaka);
dan Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
👉Iyadah yg ke2.
Allah sangat berkuasa.

Ayat 8
إِنَّا أَرْسَلْنَاكَ
شَاهِدًا
وَمُبَشِّرًا
وَنَذِيرًا

Sesungguhnya Kami telah mengutusmu (wahai Muhammad)
sebagai Rasul yang menjadi saksi (yang diterima keterangannya),
dan sebagai pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman),
serta pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar).
👉Tugas kenabian dan Maksud bg surah al fath.

Ayat 9
لِتُؤْمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ
وَتُعَزِّرُوهُ
وَتُوَقِّرُوهُ
وَتُسَبِّحُوهُ
بُكْرَةً وَأَصِيلًا

(Kami mengutusmu wahai Muhammad) supaya engkau dan umatmu beriman kepada Allah dan RasulNya,
dan supaya kamu kuatkan ugamaNya
serta memuliakanNya,
dan supaya kamu beribadat kepadaNya
pada waktu pagi dan petang.
👉Untuk umat
Asal Menyebut kesucian وَتُسَبِّحُوهُ

Ayat 10
إِنَّ الَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ
إِنَّمَا يُبَايِعُونَ اللَّهَ
يَدُ اللَّهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ ۚ
فَمَنْ نَكَثَ فَإِنَّمَا يَنْكُثُ عَلَىٰ نَفْسِهِ ۖ
وَمَنْ أَوْفَىٰ بِمَا عَاهَدَ عَلَيْهُ اللَّهَ
فَسَيُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا

Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad - untuk berjuang menentang musuh),
mereka hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah;
Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk membalasnya).
Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya
maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya;
dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah,
maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar.
👉tagrib kepada jihad.
Alla suka sebab dah nak ikut perintahnya tapi allah tak luluskan peperangan.

Ayat 11
سَيَقُولُ لَكَ الْمُخَلَّفُونَ مِنَ الْأَعْرَابِ
شَغَلَتْنَا أَمْوَالُنَا وَأَهْلُونَا فَاسْتَغْفِرْ لَنَا ۚ
يَقُولُونَ بِأَلْسِنَتِهِمْ مَا لَيْسَ فِي قُلُوبِهِمْ ۚ
قُلْ فَمَنْ يَمْلِكُ لَكُمْ مِنَ اللَّهِ شَيْئًا
إِنْ أَرَادَ بِكُمْ ضَرًّا أَوْ أَرَادَ بِكُمْ نَفْعًا ۚ
بَلْ كَانَ اللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا

Orang-orang "A'raab" (kaum Arab Badwi) yang ketinggalan tidak turut (bersama-sama denganmu ke Hudaibiyah),
akan berkata kepadamu (wahai Muhammad): "Kami telah dihalangi oleh urusan menjaga keselamatan harta benda dan anak isteri kami;
oleh itu, pohonkanlah ampun kepada Allah untuk kami". Mereka berkata dengan lidahnya apa yang tidak ada dalam hatinya.
Katakanlah (wahai Muhammad: "Jika demikian sebab ketinggalan kamu) maka adakah sesiapa yang berkuasa mempertahankan kamu daripada terkena atau menerima sesuatu ketetapan dari Allah jika Ia tetapkan kamu ditimpa bahaya atau beroleh manfaat?
(Tidak ada sesiapapun, dan apa yang kamu katakan itu bukanlah menjadi sebab)
bahkan Allah adalah Maha Mendalam pengetahuanNya tentang sebab ketinggalan yang kamu lakukan itu (dan Ia akan membalasnya).
👉Teguran kepada munafikin.
Alasan keduniaan dr munafikin.
Sebenarnya kamu tidak ingin menyertai.

Ayat 12
بَلْ ظَنَنْتُمْ أَنْ لَنْ يَنْقَلِبَ الرَّسُولُ
وَالْمُؤْمِنُونَ إِلَىٰ أَهْلِيهِمْ أَبَدًا
وَزُيِّنَ ذَٰلِكَ فِي قُلُوبِكُمْ
وَظَنَنْتُمْ ظَنَّ السَّوْءِ
وَكُنْتُمْ قَوْمًا بُورًا

"(Itu bukanlah sebabnya) bahkan sebabnya kamu telah menyangka bahawa Rasulullah
dan orang-orang yang beriman (yang pergi berperang akan binasa semuanya dan) tidak akan kembali lagi kepada akan isteri dan keluarga masing-masing selama-lamanya;
dan sangkaan yang demikian itu diperelokkan (oleh Syaitan) di dalam hati kamu (serta menerimanya);
dan lagi kamu telah menyangka berbagai-bagai sangkaan yang buruk (terhadap ugama Allah yang dibawa oleh RasulNya);
dan (dengan itu) menjadilah kamu kaum yang rosak binasa".
👉Mereka sangka  nabi dan mukmin tidak akan kembali buat selama kerana dibunuh oleh orang mekah.

Ayat 13
وَمَنْ لَمْ يُؤْمِنْ بِاللَّهِ
وَرَسُولِهِ
فَإِنَّا أَعْتَدْنَا لِلْكَافِرِينَ سَعِيرًا

Dan (ingatlah bahawa) sesiapa yang tidak beriman kepada Allah
dan RasulNya,
maka sesungguhnya Kami sediakan bagi orang-orang kafir itu api neraka yang menjulang-julang.
👉Takhwif ukhrowi.

Ayat 14
وَلِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ
يَغْفِرُ لِمَنْ يَشَاءُ
وَيُعَذِّبُ مَنْ يَشَاءُ ۚ
وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا

Dan (ingatlah juga bahawa) kuasa pemerintahan langit dan bumi adalah hak kepunyaan Allah,
Ia berkuasa mengampunkan sesiapa yang dikehendakiNya,
dan Ia juga berkuasa menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya;
dan Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
👉Semua milik allah.

Ayat 15
سَيَقُولُ الْمُخَلَّفُونَ
إِذَا انْطَلَقْتُمْ
إِلَىٰ مَغَانِمَ
لِتَأْخُذُوهَا ذَرُونَا نَتَّبِعْكُمْ ۖ
يُرِيدُونَ أَنْ يُبَدِّلُوا كَلَامَ اللَّهِ ۚ
قُلْ لَنْ تَتَّبِعُونَا
كَذَٰلِكُمْ
قَالَ اللَّهُ مِنْ قَبْلُ ۖ
فَسَيَقُولُونَ بَلْ تَحْسُدُونَنَا ۚ
بَلْ كَانُوا لَا يَفْقَهُونَ إِلَّا قَلِيلًا

Orang-orang (munafik) yang tidak turut berjuang (bersama-sama kamu) akan berkata semasa kamu pergi (mengepong musuh serta) mendapat harta rampasan perang:
Biarkanlah kami turut serta dengan kamu!"
Mereka (dengan itu) hendak mengubah janji Allah (yang menentukan hanya orang-orang yang turut hadir di Hudaibiyah sahaja yang berhak mendapat harta rampasan perang itu).
Katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu tidak dibenarkan sama sekali turut serta dengan kami;
demikianlah Allah menegaskan (larangan itu) semenjak dahulu lagi".
Mereka akan berkata pula: "(Bukan Tuhan yang melarang) bahkan kamu dengki kepada kami",
(apa yang mereka katakan itu tidaklah benar),
bahkan mereka tidak faham kecuali sedikit sahaja; (mereka hanya faham tentang kehidupan dan kesenangan dunia semata-mata).
👉Zajrun kepada munafikin.
Dari madinah ke khaibar
Harta ghanimah

Ayat 16
قُلْ لِلْمُخَلَّفِينَ مِنَ الْأَعْرَابِ
سَتُدْعَوْنَ إِلَىٰ قَوْمٍ أُولِي بَأْسٍ شَدِيدٍ
تُقَاتِلُونَهُمْ
أَوْ يُسْلِمُونَ ۖ
فَإِنْ تُطِيعُوا
يُؤْتِكُمُ اللَّهُ أَجْرًا حَسَنًا ۖ
وَإِنْ تَتَوَلَّوْا
كَمَا تَوَلَّيْتُمْ مِنْ قَبْلُ
يُعَذِّبْكُمْ عَذَابًا أَلِيمًا

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tidak turut berjuang (bersama-samamu) dari kalangan kaum-kaum Arab Badwi:
"Kamu akan diajak menentang satu kaum (penceroboh) yang sangat kuat gagah supaya kamu memeranginya, atau mereka menurut perintah Islam (secara damai).
Jika kamu taat (menjalankan perintah Allah ini),
Allah akan mengurniakan kamu dengan balasan yang baik (di dunia dan akhirat),
dan kalau kamu berpaling ingkar seperti keingkaran dahulu,
nescaya Allah akan menyeksa kamu dengan azab yang tidak terperi sakitnya".
👉jawapan ke2
Perang rom dgn parsi dizaman umar.

Ayat 17
لَيْسَ عَلَى الْأَعْمَىٰ حَرَجٌ
وَلَا عَلَى الْأَعْرَجِ حَرَجٌ
وَلَا عَلَى الْمَرِيضِ حَرَجٌ ۗ
وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ
يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ۖ
وَمَنْ يَتَوَلَّ يُعَذِّبْهُ عَذَابًا أَلِيمًا

Tidaklah menjadi salah kepada orang buta, dan tidaklah menjadi salah kepada orang tempang, dan tidaklah menjadi salah kepada orang sakit (tidak turut berperang, kerana masing-masing ada uzurnya).
Dan (ingatlah), sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya,
akan dimasukkanNya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai;
dan sesiapa yang berpaling ingkar, akan diseksaNya dengan azab yang tidak terperi sakitnya.
👉Tidak berjihad ada 2
1.yg ada sebab syarie
2.tiada sebab syarie
Ini sebab syarie tidak pergi berjihad.
Khalifah dilantik untuk sebar quran

Ayat 18
لَقَدْ رَضِيَ اللَّهُ عَنِ الْمُؤْمِنِينَ
إِذْ يُبَايِعُونَكَ تَحْتَ الشَّجَرَةِ
فَعَلِمَ مَا فِي قُلُوبِهِمْ
فَأَنْزَلَ السَّكِينَةَ عَلَيْهِمْ
وَأَثَابَهُمْ فَتْحًا قَرِيبًا

Demi sesungguhnya! Allah reda akan orang-orang yang beriman,
ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiyah);
maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahuiNya tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati mereka,
lalu Ia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka,
dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya;
👉allah zahirkan keredaan terhadap sahabat nabi saw di hudaibiyah.
Perang tiada tapi perasaan ada.
Allah sendiri bg tau apa yg ada dlm hati sahabat.

Ayat 19
وَمَغَانِمَ كَثِيرَةً يَأْخُذُونَهَا ۗ
وَكَانَ اللَّهُ عَزِيزًا حَكِيمًا

Dan juga dengan banyak harta rampasan perang, yang mereka akan dapat mengambilnya.
Dan (ingatlah), Allah adalah Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana.
👉Harta selepas peperangan وَمَغَانِمَ

Ayat 20
وَعَدَكُمُ اللَّهُ مَغَانِمَ كَثِيرَةً
تَأْخُذُونَهَا
فَعَجَّلَ لَكُمْ هَٰذِهِ
وَكَفَّ أَيْدِيَ النَّاسِ عَنْكُمْ
وَلِتَكُونَ آيَةً لِلْمُؤْمِنِينَ
وَيَهْدِيَكُمْ صِرَاطًا مُسْتَقِيمًا

(Sebagai memuliakan orang-orang yang memberi pengakuan taat setianya di Hudaibiyah,
Tuhan menujukan firmannya kepada mereka): Allah menjanjikan kepada kamu harta rampasan yang banyak yang kamu akan mengambilnya,
lalu Ia menyegerakan untuk kamu harta rampasan perang ini,
serta Ia telah menahan tangan manusia (pihak musuh di situ) daripada menyerang kamu;
(Allah melakukan yang demikian supaya kamu beroleh manfaat)
dan supaya menjadi tanda (yang membuktikan kebenaran janjiNya) bagi orang-orang yang beriman,
dan juga supaya Ia menambahkan kamu hidayah ke jalan yang lurus.
👉Janji allah untuk umat islam.
Allah akan zahirkan satu persatu.

Ayat 21
وَأُخْرَىٰ لَمْ تَقْدِرُوا عَلَيْهَا
قَدْ أَحَاطَ اللَّهُ بِهَا ۚ
وَكَانَ اللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرًا

Dan ada lagi harta rampasan lain yang kamu belum dapat menguasainya,
(tetapi) Allah telah memelihara harta itu dengan kekuasaanNya (untuk kamu mendapatnya);
dan (ingatlah), Allah adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
👉Allah kumpulan kemenangan untuk diberi kepada umat islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan