Daurah tafsir 2016 sesi 162 Muhamad 10-38
Surah muhamad ada 2bhg
Bhg satu1-19
Kandungan bhg ini
Perbezaan amalan dan perbezaan balasan 2kumpulan
Kumpulan tauhid
Hidup dia byk faedah
Dosa tukar jadi kebajikan
Jika Mati dlm perang mati syahid
Lawan dia ahli syirik
Amalan baik (buat baik pada ibubapa atau berbelanja untuk manusia2 tuhan hancurkan)sebab aqidah tak betul.
Aqidah berlainan ,natijah pun berlainan.
Bhg kedua 20-38akhir surah
Ayat 10
أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ
فَيَنْظُرُوا
كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ ۚ
دَمَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ ۖ
وَلِلْكَافِرِينَ أَمْثَالُهَا
Maka tidakkah mereka telah mengembara di muka bumi, serta mereka memerhatikan
bagaimana akibat orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka?
Allah telah menghancurkan orang-orang itu;
dan orang-orang kafir (yang menurut jejak mereka) akan beroleh akibat-akibat buruk yang seperti itu
👉Orang yg beraqidah syirik.
Begitu juga bg orang kafir dizaman manapun.
Ayat 11
ذَٰلِكَ
بِأَنَّ اللَّهَ مَوْلَى الَّذِينَ آمَنُوا
وَأَنَّ الْكَافِرِينَ
لَا مَوْلَىٰ لَهُمْ
Balasan yang demikian,
kerana sesungguhnya Allah menjadi Pelindung orang-orang yang beriman,
dan sesungguhnya orang-orang yang kafir:
tiada sesiapapun yang dapat memberikan perlindungan kepada mereka.
👉Targhib atau janji allah.
Ayat 12
إِنَّ اللَّهَ يُدْخِلُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ
جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ۖ
وَالَّذِينَ كَفَرُوا
يَتَمَتَّعُونَ
وَيَأْكُلُونَ
كَمَا تَأْكُلُ الْأَنْعَامُ
وَالنَّارُ مَثْوًى لَهُمْ
Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal-amal yang soleh - ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai;
dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir
menikmati kesenangan di dunia
serta mereka makan minum
sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka.
👉Tabsyir untuk orang yg beriman hasil aqidah yg betul
Takhwif ukhrowi
Ayat 13
وَكَأَيِّنْ مِنْ قَرْيَةٍ
هِيَ أَشَدُّ قُوَّةً
مِنْ قَرْيَتِكَ
الَّتِي أَخْرَجَتْكَ
أَهْلَكْنَاهُمْ
فَلَا نَاصِرَ لَهُمْ
Dan bukan sedikit (penduduk) negeri-negeri yang lebih kuat dari (penduduk) negerimu (wahai Muhammad)
yang telah memaksamu keluar (berhijrah) -
Kami binasakan mereka,
maka tiadalah sesiapa pun yang dapat membela mereka.
👉takhwif duniawi dan ada juga tasliyah
Ayat 14
أَفَمَنْ كَانَ عَلَىٰ بَيِّنَةٍ مِنْ رَبِّهِ
كَمَنْ زُيِّنَ لَهُ سُوءُ عَمَلِهِ
وَاتَّبَعُوا أَهْوَاءَهُمْ
Dengan yang demikian, adakah orang orang (yang beriman dan taat) yang keadaannya sentiasa berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhannya:
sama seperti orang-orang (yang ingkar - derhaka) yang telah diperhiaskan kepadanya (oleh Syaitan) akan kejahatan amalnya (sehingga dipandangnya baik),
dan yang telah menurut hawa nafsunya? (Sudah tentu tidak sama)!
👉
Ayat 15
مَثَلُ الْجَنَّةِ الَّتِي وُعِدَ الْمُتَّقُونَ ۖ
فِيهَا أَنْهَارٌ
مِنْ مَاءٍ غَيْرِ آسِنٍ
وَأَنْهَارٌ مِنْ لَبَنٍ
لَمْ يَتَغَيَّرْ طَعْمُهُ
وَأَنْهَارٌ مِنْ خَمْرٍ
لَذَّةٍ لِلشَّارِبِينَ
وَأَنْهَارٌ مِنْ عَسَلٍ مُصَفًّى ۖ
وَلَهُمْ فِيهَا
مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ
وَمَغْفِرَةٌ مِنْ رَبِّهِمْ ۖ
كَمَنْ هُوَ خَالِدٌ فِي النَّارِ
وَسُقُوا مَاءً
حَمِيمًا
فَقَطَّعَ أَمْعَاءَهُمْ
Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa (ialah seperti berikut):
ada padanya beberapa sungai dari air
yang tidak berubah (rasa dan baunya),
dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya,
serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya,
dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan,
serta keredaan dari Tuhan mereka.
(Adakah orang-orang yang tinggal kekal di dalam Syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka
dan diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (Sudah tentu tidak sama)!
👉Tabsyir untuk orang yg beriman.
Sungai Air yg tidak yg tidak berubah rasa dan bau
Susu mudah berubah.
Sungai Arak yg lazat
Sungai madu yg telah ditapis
Buah2an yg berbagai rasa.
Lambang kemewahan yg ada dalam syurga.
Juga keampunan allah
Bandingan
Air yg sangat panas
Ayat 16
وَمِنْهُمْ مَنْ يَسْتَمِعُ إِلَيْكَ
حَتَّىٰ إِذَا خَرَجُوا مِنْ عِنْدِكَ
قَالُوا لِلَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ
مَاذَا قَالَ آنِفًا ۚ
أُولَٰئِكَ الَّذِينَ طَبَعَ اللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ
وَاتَّبَعُوا أَهْوَاءَهُمْ
Dan di antara mereka (yang hadir di majlismu wahai Muhammad, ialah orang-orang munafik) yang mendengar ajaranmu (dengan sambil lewa),
sehingga apabila mereka keluar dari sisimu berkatalah mereka (secara mengejek-ejek) kepada orang-orang yang diberi ilmu (dari kalangan sahabat-sahabatmu yang setia):
"Apa yang dikatakan oleh Muhammad tadi?"
Mereka (yang munafik) itu ialah orang-orang yang telah dimeteraikan Allah atas hati mereka,
dan ialah orang-orang yang menurut hawa nafsunya.
👉Zajrun bg orang yg duduk dlm kalangan orang islam tapi tak percaya akhirat.
Zahir juga bg perhatian pada ucapan nabi tapi hati tidak tawajuh.
Hati munafik tidak akan dapat hidayah
Gelaran sahabat nabi لِلَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَahli ilmu.
Orang yg dikunci hatinya oleh allah,terus menerus ikut hawa nafsu.
Ayat 17
وَالَّذِينَ اهْتَدَوْا
زَادَهُمْ هُدًى
وَآتَاهُمْ تَقْوَاهُمْ
Dan (sebaliknya) orang-orang yang menerima petunjuk (ke jalan yang benar),
Allah menambahi mereka dengan hidayah petunjuk, serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertaqwa
👉 Jika ada Sifat nak baik ,akan berubah.
Pertambahan hidayah dan kefahaman serta ketaqwaan. dari allah.
Jika tak berubah langsung ,bahaya.
Ayat 18
فَهَلْ يَنْظُرُونَ
إِلَّا السَّاعَةَ أَنْ تَأْتِيَهُمْ بَغْتَةً ۖ
فَقَدْ جَاءَ أَشْرَاطُهَا ۚ
فَأَنَّىٰ لَهُمْ إِذَا جَاءَتْهُمْ ذِكْرَاهُمْ
(Kiranya golongan yang ingkar masih tidak mahu menerima peringatan yang diberi kepadanya) maka tidak Ada lagi yang mereka tunggu
melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut,
kerana sesungguhnya telah lahirlah tanda-tanda kedatangannya.
Kalaulah demikian,
maka bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan yang diberi kepada mereka - apabila saat kiamat itu datang kepada mereka?
👉takhwif duniawi.
Qiamat atau kematian.
Umur kita dlm genggaman allah
Ayat 19
فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ
وَاسْتَغْفِرْ لِذَنْبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ۗ
وَاللَّهُ يَعْلَمُ مُتَقَلَّبَكُمْ
وَمَثْوَاكُمْ
Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah,
dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan;
dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia)
dan keadaan penetapan kamu (di akhirat).
👉tujuan berperang dgn orang kafir sebab allah dan mempertahankan diri.
Sentiasa beristighifar kepada diri kita sendiri,mukmin lelaki dan wanita.
Allahumagfarlimukmimin nawal mukminat.musliminawalmuslimat...
Keampunan mengikut seramai mukmim dan mukminah
Bahagian ke2 surah.
Rungutan terhadap orang degil.
Ayat 20
وَيَقُولُ الَّذِينَ آمَنُوا لَوْلَا نُزِّلَتْ سُورَةٌ ۖ
فَإِذَا أُنْزِلَتْ سُورَةٌ
مُحْكَمَةٌ
وَذُكِرَ فِيهَا الْقِتَالُ ۙ
رَأَيْتَ الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ
مَرَضٌ يَنْظُرُونَ إِلَيْكَ
نَظَرَ الْمَغْشِيِّ عَلَيْهِ
مِنَ الْمَوْتِ ۖ
فَأَوْلَىٰ لَهُمْ
Dan (kerana gemarkan pahala berjuang menegakkan Islam) orang-orang yang beriman berkata:
"Alangkah baiknya sekiranya diturunkan satu surah (dari Al-Quran, yang memerintahkan kami berjuang)?"
Maka apabila diturunkan satu surah (dari Al-Quran) yang tegas keterangannya dan tersebut.
padanya hukum-hukum yang mewajibkan perang Jihad (menentang pencerobohan musuh),
sudah tentu engkau akan melihat orang-orang yang ada penyakit (kufur) dalam hatinya memandang kepadamu dengan terbeliak matanya kerana gerun takut menghadapi mati;
dengan yang demikian, maka kebinasaanlah lebih hampir kepada mereka.
👉kata orang lemah iman atau munafik
Ayat 21
طَاعَةٌ وَقَوْلٌ مَعْرُوفٌ ۚ
فَإِذَا عَزَمَ الْأَمْرُ
فَلَوْ صَدَقُوا اللَّهَ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ
(Mereka selalu berkata: "Pendirian kami) mematuhi perintah dan memperkatakan perkataan yang baik (yang diredhai Allah)".
Dalam pada itu, apabila perkara (peperangan Jihad) itu ditetapkan wajibnya, (mereka tidak menyukainya);
maka kalaulah mereka bersifat jujur kepada Allah (dengan mematuhi perintahNya), tentulah yang demikian itu amat baik bagi mereka.
👉minta taufik dari allah.
Ayat 22
فَهَلْ عَسَيْتُمْ
إِنْ تَوَلَّيْتُمْ أَنْ تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ
وَتُقَطِّعُوا أَرْحَامَكُمْ
(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan -
jika kamu dapat memegang kuasa - kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi,
dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat?
👉IIah dan sebab jihad,jaga hak allah dan jaga hak hamba allah atau manusia.
Jaga syariat,maka aman lah kehidupan manusia.
Ayat 23
أُولَٰئِكَ الَّذِينَ لَعَنَهُمُ اللَّهُ
فَأَصَمَّهُمْ
وَأَعْمَىٰ أَبْصَارَهُمْ
(Orang-orang yang melakukan perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah
serta ditulikan pendengaran mereka,
dan dibutakan penglihatannya
👉Natijah bg orang munafikin
Ayat 24
أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ
أَمْ عَلَىٰ قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا
(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran?
Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?
👉Teguran kepada golongan munafik yg jauhkan diri dr quran.
Baca dgn penuh teliti untuk mengetahui makna yg ada secara mendalam يَتَدَبَّرُونَ
Kesan laknat 1
Ayat 25
إِنَّ الَّذِينَ ارْتَدُّوا عَلَىٰ أَدْبَارِهِمْ
مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْهُدَى ۙ
الشَّيْطَانُ سَوَّلَ لَهُمْ
وَأَمْلَىٰ لَهُمْ
Sesungguhnya orang-orang yang telah berbalik kepada keingkaran mereka
sesudah terang nyata kepada mereka kebenaran petunjuk (yang dikemukakan kepadanya),
Syaitanlah yang memperdayakan mereka (berlaku demikian),
serta memanjangkan angan-angan mereka.
👉Syaitan memudahkan mereka buat benda buruk.
Ayat 26
ذَٰلِكَ
بِأَنَّهُمْ
قَالُوا لِلَّذِينَ كَرِهُوا
مَا نَزَّلَ اللَّهُ
سَنُطِيعُكُمْ فِي بَعْضِ الْأَمْرِ ۖ
وَاللَّهُ يَعْلَمُ إِسْرَارَهُمْ
Berlakunya yang demikian ialah:
kerana mereka
berkata kepada orang-orang yang tidak menyukai perkara yang diturunkan oleh Allah:
"Kami akan patuh kepada kamu pada setengah perkara (yang berhubung dengan menentang Muhammad dan pengikutnya) itu";
sedang Allah mengetahui segala (perkataan dan perbuatan) yang mereka sembunyikan.
👉Ketua2 munafik tak dtg jumpa nabi
Jadi mudahlah membuat amalan2 buruk.
Ayat 27
فَكَيْفَ
إِذَا تَوَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ
يَضْرِبُونَ وُجُوهَهُمْ
وَأَدْبَارَهُمْ
(Kalaulah mereka terlepas sekarang dari bencana kejahatan mereka) maka bagaimanakah (mereka dapat menolak azab seksa)
apabila malaikat mengambil nyawa mereka sambil memukul muka
dan punggung mereka?
👉Takhwif duniawi.
Ayat 28
ذَٰلِكَ
بِأَنَّهُمُ اتَّبَعُوا مَا أَسْخَطَ اللَّهَ
وَكَرِهُوا رِضْوَانَهُ
فَأَحْبَطَ أَعْمَالَهُمْ
(Kematian mereka dalam keadaan yang buruk) itu, kerana mereka menurut (serta melakukan) perkara-perkara yang menyebabkan kemurkaan Allah,
dan mereka pula membenci perkara-perkara yang diredhaiNya;
oleh itu, Allah gugurkan amal-amal mereka (yang baik, yang pernah mereka lakukan)
👉Ini sebab berlaku pukulan
Ayat 29
أَمْ حَسِبَ الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ
أَنْ لَنْ يُخْرِجَ اللَّهُ أَضْغَانَهُمْ
Patutkah orang-orang (munafik) yang ada penyakit (syak, ragu-ragu) dalam hatinya: menyangka
bahawa Allah tidak sekali-kali akan mendedahkan perasaan dendam dan hasad dengki mereka (terhadap Nabi Muhammad s.a.w dan umatnya)?
👉Zajrun
Konon seolah2 sembunyikan penyakit benci dan dengki. Kerana bila ada jihad dan infaq,penyakit itu boleh dilihat.
Ayat 30
وَلَوْ نَشَاءُ
لَأَرَيْنَاكَهُمْ فَلَعَرَفْتَهُمْ بِسِيمَاهُمْ ۚ
وَلَتَعْرِفَنَّهُمْ فِي لَحْنِ الْقَوْلِ ۚ
وَاللَّهُ يَعْلَمُ أَعْمَالَكُمْ
Dan sekiranya Kami kehendaki,
tentulah Kami akan memperkenalkan mereka kepadamu (wahai Muhammad),
lalu engkau tetap mengenalinya dengan tanda-tanda (yang menjadi sifat) mereka;
dan demi sesungguhnya, engkau akan mengenali mereka dari gaya dan tutur katanya.
Dan (ingatlah kamu masing-masing), Allah mengetahui segala yang kamu lakukan.
👉mungkin satu hari mereka akan jadi benar2 beriman
Sifat2 munafik boleh dikenali
Dlm surah nur,diberi tahu sifat zahir munafik bila jihad dan infaq.
Perkataan atau pertururan juga boleh dikenali.
Ayat 31
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّىٰ نَعْلَمَ الْمُجَاهِدِينَ مِنْكُمْ
وَالصَّابِرِينَ
وَنَبْلُوَ أَخْبَارَكُمْ
Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu
dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami);
dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.
👉Hikmat ayat sifat munafik,jgn menyangka kita mukmin sebenar.
Jihad dan infaq adalah ujian bg menentukan samada mempunyai sifat munafik
Mujahidin dan infaq harta hingga akhir hayat.
Ayat 32
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا
وَصَدُّوا عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ
وَشَاقُّوا الرَّسُولَ
مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْهُدَىٰ
لَنْ يَضُرُّوا اللَّهَ شَيْئًا
وَسَيُحْبِطُ أَعْمَالَهُمْ
Sesungguhnya orang-orang yang kafir
dan menghalangi (dirinya dan orang lain) dari jalan Allah, serta mereka memusuhi Rasul Allah setelah ternyata kepada mereka kebenaran petunjuk (yang dibawanya), mereka tidak sekali-kali akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun,
dan (sebaliknya) Allah akan menghampakan perbuatan dan amal-amal mereka.
👉Sifat musyrikin.
Walau seramai mana penentang agama allah ,agama allah tetap berkembang sebab ada pejuang2nya.
Penentang tak dapat mengalahkan islam kerana umat islam berusaha menegakan islam.
Jika tiada pejuang islam tetap berkubur walaupun tiada penentang.
Inilah pentingnya menyebarkan wahyu.
Quran akan dorong orang untuk berjuang.
Ayat 33
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
أَطِيعُوا اللَّهَ
وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ
وَلَا تُبْطِلُوا أَعْمَالَكُمْ
Wahai orang-orang yang beriman!
Taatlah kamu kepada Allah
dan taatlah kepada Rasul Allah, dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu!
👉 untuk dlm berjuang
Ayat 34
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا
وَصَدُّوا عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ
ثُمَّ مَاتُوا
وَهُمْ كُفَّارٌ
فَلَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَهُمْ
Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan menghalangi (dirinya dan orang lain) dari jalan Allah,
kemudian mereka mati dengan keadaan kafirnya,
maka Allah tidak sekali-kali akan mengampunkan mereka.
👉Kerugian akhirat bg orang kafir.
Ayat 35
فَلَا تَهِنُوا
وَتَدْعُوا إِلَى السَّلْمِ
وَأَنْتُمُ الْأَعْلَوْنَ
وَاللَّهُ مَعَكُمْ
وَلَنْ يَتِرَكُمْ أَعْمَالَكُمْ
(Apabila kamu telah mengetahui bahawa orang-orang kafir itu dihampakan amalnya dan diseksa oleh Allah) maka janganlah kamu (wahai orang-orang yang beriman) merasa lemah
dan mengajak (musuh yang menceroboh) untuk berdamai,
padahal kamulah orang-orang yang tertinggi keadaannya,
lagi pula Allah bersama-sama kamu (untuk membela kamu mencapai kemenangan), dan Ia tidak sekali-kali akan mengurangi (pahala) amal-amal kamu.
👉Pergerakan perjuangan akan dapat pertolongan allah dan sebab agama allah akan berkembang ,Jgn berhenti berjihad.
Ayat 36
إِنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ ۚ
وَإِنْ تُؤْمِنُوا
وَتَتَّقُوا
يُؤْتِكُمْ أُجُورَكُمْ
وَلَا يَسْأَلْكُمْ أَمْوَالَكُمْ
(Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan taqwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan;
dan jika kamu beriman serta bertaqwa,
Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu,
dan Ia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya).
👉Bila mendapat kebaikan dunia bila berjuang perlu diingat hakikat dunia ini.
Untuk dewasa وَلَهْوٌ
Ayat 37
إِنْ يَسْأَلْكُمُوهَا
فَيُحْفِكُمْ تَبْخَلُوا
وَيُخْرِجْ أَضْغَانَكُمْ
(Tabiat kamu wahai manusia) jika Tuhan meminta kepada kamu harta benda kamu
serta mendesak kamu memberikanNya,
nescaya kamu akan berlaku bakhil kedekut,
dan kebakhilan itu akan melahirkan kemarahan dan kebencian kamu.
👉allah hanya minta sedikit shj.seperti zakat yg wajib.
Ayat 38
هَا أَنْتُمْ هَٰؤُلَاءِ تُدْعَوْنَ لِتُنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ
فَمِنْكُمْ مَنْ يَبْخَلُ ۖ
وَمَنْ يَبْخَلْ
فَإِنَّمَا يَبْخَلُ عَنْ نَفْسِهِ ۚ
وَاللَّهُ الْغَنِيُّ وَأَنْتُمُ الْفُقَرَاءُ ۚ
وَإِنْ تَتَوَلَّوْا
يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ
ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُمْ
(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian - kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah,
maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil,
padahal sesiapa yang berlaku bakhil
maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri.
Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun),
sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal).
Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.
👉Ini teguran kepada munafik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan