Daurah tafsir 2016 sesi 171 At tur 1-31
052.Surah At tur
Nak sabitkan qiamat,allah bersumpah dgn dalil naqli
Ayat 1
وَالطُّورِ
Demi Gunung Tursina;
👉Lambang nabi musa.
Tempat nabi musa bermunajat dapat kitab taurat.
Kaedah dia ,
Zikrul makani Yuridubihi makiin.
sebut tempat yg dikehendaki dgn tempat itu adalah orang yg ada di tempat tu
Sebut gunung tur,orang yg duduk situ adalah nabi musa.
Ayat 2
وَكِتَابٍ مَسْطُورٍ
Dan demi Kitab yang tertulis dengan rapi -
Ayat 3
فِي رَقٍّ مَنْشُورٍ
Pada lembaran surat yang terbuka;
Ayat 4
وَالْبَيْتِ الْمَعْمُورِ
Dan demi "Al-Baitul Makmur";
👉Tempat tawaf malaikat.
Ayat 5
وَالسَّقْفِ الْمَرْفُوعِ
Dan demi bumbung yang tinggi;
👉Dalil aqli.
Ayat 6
وَالْبَحْرِ الْمَسْجُورِ
Dan demi laut yang penuh tepu (dengan kepanasan);
👉Pada hari qiamat
Ayat 7
إِنَّ عَذَابَ رَبِّكَ لَوَاقِعٌ
Sesungguhnya azab Tuhanmu tetap berlaku; -
👉5sumpah,balasan azab pasti berlaku.
Ayat 8
مَا لَهُ مِنْ دَافِعٍ
Tidak ada sesiapapun yang dapat menolaknya; -
Ayat 9
يَوْمَ تَمُورُ السَّمَاءُ مَوْرًا
Pada hari langit (dan segala isinya) bergegar dengan sekuat-kuatnya.
👉Takhwif ukhrowi
Ayat 10
وَتَسِيرُ الْجِبَالُ سَيْرًا
Dan gunung-ganang bergerak dari tempatnya dengan cara yang luar biasa.
👉Juga takhwif ikhrowi.
Ayat 11
فَوَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِلْمُكَذِّبِينَ
(Apabila berlaku yang demikian), maka kecelakaan dan kebinasaanlah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan kebenaran;
👉Celaka bg yg mendustakan wahyu allah.
Ayat 12
الَّذِينَ هُمْ فِي خَوْضٍ يَلْعَبُونَ
Iaitu orang-orang yang leka bermain-main dalam kesesatan.
👉Bila Tidak bercakap perkara benar maka dikira bermain2.
Ayat 13
يَوْمَ يُدَعُّونَ إِلَىٰ نَارِ جَهَنَّمَ دَعًّا
Pada hari mereka ditolak ke alam neraka Jahannam dengan penolakan yang sekasar-kasarnya,
👉
Ayat 14
هَٰذِهِ النَّارُ الَّتِي كُنْتُمْ بِهَا تُكَذِّبُونَ
(Dan dikatakan kepada mereka): "Inilah api neraka yang dahulu kamu mendustakannya.
👉
Ayat 15
أَفَسِحْرٌ هَٰذَا أَمْ أَنْتُمْ لَا تُبْصِرُونَ
"Maka adakah ini sihir juga (sebagaimana yang kamu katakan terhadap keterangan Rasul Kami dahulu?), atau kamu tidak nampak (kenyataannya sebagaimana kamu tidak nampak di dunia dahulu akan kebenaran Rasul Kami)?
👉
Ayat 16
اصْلَوْهَا فَاصْبِرُوا أَوْ لَا تَصْبِرُوا سَوَاءٌ عَلَيْكُمْ ۖ
إِنَّمَا تُجْزَوْنَ مَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ
"Rasalah bakarannya; kemudian sama ada kamu bersabar (menderita azabnya) atau tidak bersabar, sama sahaja (tidak ada faedahnya) kepada kamu,
kerana kamu tidak dibalas melainkan dengan apa yang kamu telah kerjakan".
👉ini tidak zalim tapi balasan yg setimpal.
Ayat 17
إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَنَعِيمٍ
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, di tempatkan dalam taman-taman Syurga dan nikmat kesenangan (yang tidak ada taranya).
👉
Ayat 18
فَاكِهِينَ بِمَا آتَاهُمْ رَبُّهُمْ
وَوَقَاهُمْ رَبُّهُمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ
Mereka bersenang lenang dengan apa yang dikurniakan oleh Tuhan mereka,
dan mereka dipelihara Tuhan dari azab neraka.
Ayat 19
كُلُوا وَاشْرَبُوا هَنِيئًا
بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ
(Dan dikatakan kepada mereka): "Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman yang lazat serta baik kesudahannya,
dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan".
👉Sebab zahiri masuk syurga.
Sebab hakikik taqdir allah.
Ayat 20
مُتَّكِئِينَ عَلَىٰ سُرُرٍ مَصْفُوفَةٍ ۖ
وَزَوَّجْنَاهُمْ بِحُورٍ عِينٍ
Mereka duduk berbaring di atas pelamin-pelamin yang berderet;
dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya.
Ayat 21
وَالَّذِينَ آمَنُوا
وَاتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتُهُمْ بِإِيمَان
ٍ أَلْحَقْنَا بِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ
وَمَا أَلَتْنَاهُمْ مِنْ عَمَلِهِمْ مِنْ شَيْءٍ ۚ
كُلُّ امْرِئٍ بِمَا كَسَبَ رَهِينٌ
Dan orang-orang yang beriman
yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman,
Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga);
dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka;
tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya.
👉Darjat tinggi didarjat yg tinggi walaupun duduk dlm kawasan yg sama.
Ayat 22
وَأَمْدَدْنَاهُمْ بِفَاكِهَةٍ
وَلَحْمٍ مِمَّا يَشْتَهُونَ
Dan (penduduk Syurga itu) Kami tambahi mereka (dari semasa ke semasa), dengan buah-buahan
dan daging dari berbagai jenis yang mereka ingini.
👉Buah yg dimakan untuk seronok بِفَاكِهَةٍ
Ayat 23
يَتَنَازَعُونَ فِيهَا كَأْسًا
لَا لَغْوٌ فِيهَا وَلَا تَأْثِيمٌ
Mereka di dalam Syurga itu (kerana melahirkan kemesraan antara satu dengan yang lain): berebut-rebut mengambil piala yang berisi arak
yang tidak menyebabkan timbul (dari peminumnya) perkara yang sia-sia dan tidak pula menyebabkan (peminumnya menanggung) dosa.
👉berebut2 secara seronok.
Ayat 24
وَيَطُوفُ عَلَيْهِمْ غِلْمَانٌ لَهُمْ
كَأَنَّهُمْ لُؤْلُؤٌ مَكْنُونٌ
Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang sentiasa beredar di sekitar mereka,
(yang cantik parasnya) seolah-olah anak-anak muda itu mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
👉
Ayat 25
وَأَقْبَلَ بَعْضُهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ يَتَسَاءَلُونَ
Dan (dengan berada dalam nikmat itu) mereka berhadap-hadapan satu sama lain sambil bertanya-tanya.
👉keadaan disyurga.
Ayat 26
قَالُوا إِنَّا كُنَّا قَبْلُ فِي أَهْلِنَا مُشْفِقِينَ
Mereka berkata: "Sesungguhnya kami dahulu, semasa berada dalam kalangan keluarga kami - selalu merasa cemas takut (daripada berlaku derhaka kepada Allah),
👉
Ayat 27
فَمَنَّ اللَّهُ عَلَيْنَا وَوَقَانَا عَذَابَ السَّمُومِ
"Maka Allah mengurniakan kami (rahmat dan taufiqNya), serta memelihara kami dari azab neraka
👉angin yg panas السَّمُومِ
Ayat 28
إِنَّا كُنَّا مِنْ قَبْلُ نَدْعُوهُ ۖ
إِنَّهُ هُوَ الْبَرُّ الرَّحِيمُ
"Sesungguhnya kami dahulu tetap menyembahNya (dan memohon pertolonganNya).
Kerana sesungguhnya Dia lah sahaja yang sentiasa melimpahkan ihsanNya, lagi Yang Maha Mengasihani
👉
Ayat 29
فَذَكِّرْ
فَمَا أَنْتَ بِنِعْمَتِ رَبِّكَ بِكَاهِنٍ
وَلَا مَجْنُونٍ
Maka hendaklah engkau (wahai Muhammad) tetap tekun memberi peringatan (dengan ajaran-ajaran Al-Quran yang diturunkan kepadamu, dan janganlah dihiraukan golongan yang ingkar),
kerana engkau dengan nikmat Tuhanmu (yang dilimpahkanNya kepadamu itu) bukanlah seorang pawang
dan bukan pula seorang gila.
👉
Ayat 30
أَمْ يَقُولُونَ شَاعِرٌ
نَتَرَبَّصُ بِهِ رَيْبَ الْمَنُونِ
(Mereka menuduh Nabi Muhammad dengan yang bukan-bukan), bahkan mereka mengatakan: "(Muhammad) itu seorang penyair
yang kami tunggu-tunggu saat kebinasaannya".
👉Syikayah lagi
Ayat 31
قُلْ تَرَبَّصُوا فَإِنِّي مَعَكُمْ مِنَ الْمُتَرَبِّصِينَ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Tunggulah kamu (akan apa yang kamu tuduh itu), maka sesungguhnya aku juga dari orang-orang yang menunggu bersama-sama kamu (akan apa yang dijanjikan oleh Allah Taala)".
👉Jawab syikayah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan