Jumaat, September 20, 2019

Daurah tafsir 2016 sesi 172 At tur 32-49

Daurah tafsir 2016 sesi 172 At tur 32-49
Ayat 32
أَمْ تَأْمُرُهُمْ أَحْلَامُهُمْ بِهَٰذَا ۚ
أَمْ هُمْ قَوْمٌ طَاغُونَ

Adakah mereka disuruh oleh akal fikiran mereka melemparkan tuduhan-tuduhan yang sedemikian itu, atau sememangnya mereka suatu kaum yang melampaui batas (dalam keingkaran dan kedegilannya)?
👉syikayah ,sifat degil orang mekah.
Tuduh nabi kahin ,bomoh ,pawang ,gila dan ahli sihir
Bahkan أَمْ

Ayat 33
أَمْ يَقُولُونَ تَقَوَّلَهُ ۚ
بَلْ لَا يُؤْمِنُونَ

(Bukan sahaja mereka ingkar dan degil) bahkan mereka berkata: "Dia (Muhammad) telah mereka-reka Al-Quran itu".
(Tuduhan mereka yang demikian tidak berasas) bahkan mereka sengaja tidak mahu beriman!
👉Syikayah lagi.

Ayat 34
فَلْيَأْتُوا بِحَدِيثٍ
مِثْلِهِ إِنْ كَانُوا صَادِقِينَ

(Kalau tidak) maka hendaklah mereka membuat dan mendatangkan kata-kata (yang fasih dan indah)
seperti Al-Quran itu, jika betul mereka orang-orang yang benar dakwaannya.
👉juga ayat syikayah,Jika benar dakwaan mereka bawakan satu perkataan

Ayat 35
أَمْ خُلِقُوا مِنْ غَيْرِ شَيْءٍ
أَمْ هُمُ الْخَالِقُونَ

(Mengapa mereka tidak beriman?) Adakah mereka telah tercipta dengan tiada yang menciptanya,
atau adakah mereka yang mencipta diri mereka sendiri?
👉Zajrun.
2terjemahan.
Dicipta dr tiada langsung?
Adakah mereka dicipta tanpa sebarang maksud?
Sekurang2nya tahu maksud kenapa manusia diciptakan dan buatlah sesuatu mengikut petunjuk allah.

Ayat 36
أَمْ خَلَقُوا السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۚ
بَلْ لَا يُوقِنُونَ

Adakah mereka yang mencipta langit dan bumi itu? (Sudah tentu tidak!)
Bahkan mereka adalah orang-orang yang tidak meyakini (kebenaran apa yang mereka pernah mengakuinya).
👉mereka tak peduli.

Ayat 37
أَمْ عِنْدَهُمْ خَزَائِنُ رَبِّكَ
أَمْ هُمُ الْمُصَيْطِرُونَ

Adakah pada tangan mereka perbendaharaan Tuhanmu (sehingga mereka boleh memberi atau menahan sesuatu nikmat atau pangkat),
atau merekalah yang berkuasa mentadbirkan segala-galanya?
👉Zajrun lagi.
Arahan yg ada pada nabi adalah dari allah

Ayat 38
أَمْ لَهُمْ سُلَّمٌ يَسْتَمِعُونَ فِيهِ ۖ
فَلْيَأْتِ مُسْتَمِعُهُمْ بِسُلْطَانٍ مُبِينٍ

Adakah mereka mempunyai tangga (untuk naik ke langit), yang dengannya mereka dapat mendengar (apa yang diperintahkan dan ditetapkan oleh Allah?
Jika ada)
maka biarlah orang mereka yang mendengar itu membawa sesuatu bukti yang menyatakan kebenarannya.
👉Zajrun lagi,mereka tiada apa modal(tiada wahyu) tapi nak menentang wahyu.

Ayat 39
أَمْ لَهُ الْبَنَاتُ وَلَكُمُ الْبَنُونَ

Adilkah (kamu sediakan) bagi Allah - anak-anak perempuan (yang kamu benci),
dan untuk kamu - anak-anak lelaki (yang kamu sukai)?
👉Zajrun lagi,malaikat anak perempuan allah,pemahaman orang mekah sangat teruk ,dia ada anak lelaki allah ada anak perempuan

Ayat 40
أَمْ تَسْأَلُهُمْ أَجْرًا
فَهُمْ مِنْ مَغْرَمٍ مُثْقَلُونَ

Pernahkah engkau (wahai Muhammad) meminta sebarang bayaran kepada mereka (mengenai ajaran Islam yang engkau sampaikan),
lalu mereka merasa berat menanggung bayaran itu (sehingga menjauhkan diri daripada menyahut seruanmu)?
👉Zajrun lagi

Ayat 41
أَمْ عِنْدَهُمُ الْغَيْبُ
فَهُمْ يَكْتُبُونَ

Adakah pada sisi mereka (Lauh Mahfuz yang mengandungi) perkara-perkara yang ghaib,
lalu mereka menyalin (daripadanya untuk menentang ajaran dan peringatanmu)?
👉zajrun lagi tentang akhirat

Ayat 42
أَمْ يُرِيدُونَ كَيْدًا ۖ
فَالَّذِينَ كَفَرُوا هُمُ الْمَكِيدُونَ

(Mereka tidak cukup dengan kata-kata dan tuduhan-tuduhan yang buruk sahaja) bahkan mereka hendak melakukan rancangan jahat (terhadapmu wahai Muhammad; tetapi mereka tidak akan berjaya)
kerana orang-orang yang kafir itulah yang akan ditimpa balasan rancangan jahatnya.
👉Allah bg tahu mereka yg tertipu.

Ayat 43
أَمْ لَهُمْ إِلَٰهٌ غَيْرُ اللَّهِ ۚ
سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ

(Apabila datangnya balasan rancangan jahat itu maka) adakah bagi mereka Tuhan (yang dapat menyelamatkan mereka) selain dari Allah?
Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan itu.
👉Zajrun tentang tauhid.

Ayat 44
وَإِنْ يَرَوْا كِسْفًا مِنَ السَّمَاءِ سَاقِطًا
يَقُولُوا سَحَابٌ مَرْكُومٌ

Dan kiranya mereka melihat sepotong besar dari langit gugur (untuk menimpa mereka),
mereka akan berkata: "(Itu adalah) awan yang bertompok - berlapis-lapis!"
👉Zajrun

Ayat 45
فَذَرْهُمْ
حَتَّىٰ
يُلَاقُوا يَوْمَهُمُ الَّذِي فِيهِ يُصْعَقُونَ

(Kalau keingkaran dan kedegilan mereka sampai begitu sekali) maka biarkanlah mereka (wahai Muhammad,
dan janganlah dihiraukan) sehingga
mereka menemui hari yang padanya mereka akan binasa -
👉Tasliyah

Ayat 46
يَوْمَ لَا يُغْنِي عَنْهُمْ كَيْدُهُمْ شَيْئًا
وَلَا هُمْ يُنْصَرُونَ

(Iaitu) hari segala rancangan jahat dan tipu daya mereka tidak dapat mendatangkan sebarang faedah kepada mereka,
dan mereka pula tidak diberikan pertolongan.
👉Semasa didunia.

Ayat 47
وَإِنَّ لِلَّذِينَ ظَلَمُوا عَذَابًا
دُونَ ذَٰلِكَ
وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa
selain dari azab yang tersebut,
akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
👉

Ayat 48
وَاصْبِرْ لِحُكْمِ رَبِّكَ فَإِنَّكَ بِأَعْيُنِنَا ۖ
وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ
حِينَ تَقُومُ

Dan (dengan yang demikian) bersabarlah (wahai Muhammad) menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada mereka), kerana sesungguhnya engkau tetap terselamat dalam pemuliharaan serta pengawasan Kami;
dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu
semasa engkau bangun.
👉Tasliyah kepada nabi .

Ayat 49
وَمِنَ اللَّيْلِ
فَسَبِّحْهُ وَإِدْبَارَ النُّجُومِ

Dan juga hendaklah engkau bertasbih kepadaNya pada waktu malam,
dan ketika bintang-bintang tenggelam (pada waktu subuh).
👉Waktu2 nabi kita disurun allah untuk sibuk memuji dan memuja allah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan