Jumaat, September 20, 2019

Daurah tafsir 2016 sesi 185 al jumaah 1-11

Daurah tafsir 2016 sesi 185 al jumaah 1-11
062..Surah Al Jumaah.
Golongan yg allah pilih untuk menghidupkan ugama adalah mujahidin yg pertama dan yg ke2 adalah ulamak
Ini Penjelasan khusus tentang ulamak.

Ayat 1
يُسَبِّحُ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ
الْمَلِكِ الْقُدُّوس
ِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah Yang Menguasai (sekalian alam),
Yang Maha Suci,
Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
👉

Ayat 2
هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ
رَسُولًا مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ
وَيُزَكِّيهِمْ
وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ
وَالْحِكْمَةَ
وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ

Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin,
seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri,
yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya),
dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran)
dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak).
Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.
👉Asal tugas2 ulamak adalah tugas nabi dan rasul.
Ada 4 tugas utamanya
1. membacakan ayat2 wahyu
2. membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat),
3. mengajarkan mereka Kitab Allah(asas2 agama) dan
4. hikmah atau sunnah(cara penghayatan)

Ayat 3
وَآخَرِينَ مِنْهُمْ
لَمَّا يَلْحَقُوا بِهِمْ ۚ
وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Dan juga (telah mengutuskan Nabi Muhammad kepada) orang-orang yang lain dari mereka,
yang masih belum (datang lagi dan tetap akan datang) menghubungi mereka;
dan (ingatlah), Allah jualah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
👉

Ayat 4
ذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّهِ
يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ ۚ
وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ

(Pengutusan Nabi Muhammad s.a.w, kepada umat manusia seluruhnya) itu (yang menjadi rahmat) adalah limpah kurnia Allah,
diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya;
dan sememangnya Allah mempunyai limpah kurnia yang besar.
👉

Ayat 5
مَثَلُ الَّذِينَ حُمِّلُوا التَّوْرَاةَ
ثُمَّ لَمْ يَحْمِلُوهَا كَمَثَلِ الْحِمَارِ
يَحْمِلُ أَسْفَارًا ۚ
بِئْسَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِ اللَّهِ ۚ
وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

(Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam Kitab Taurat
tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat,
kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu,
samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya).
Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah;
dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.
👉

Ayat 6
قُلْ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ هَادُوا
إِنْ زَعَمْتُمْ أَنَّكُمْ أَوْلِيَاءُ لِلَّهِ
مِنْ دُونِ النَّاسِ
فَتَمَنَّوُا الْمَوْتَ
إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai orang-orang yang berugama Yahudi,
kalau kamu anggap bahawa kamulah sahaja orang-orang yang dikasihi Allah
tidak termasuk umat-umat manusia yang lain,
maka bercita-citalah hendakkan mati (dengan meminta kepada Allah supaya kamu dimatikan sekarang juga),
jika betul kamu orang-orang yang benar!"
👉ayat mubahalah untuk orang yahudi.

Ayat 7
وَلَا يَتَمَنَّوْنَهُ أَبَدًا
بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ ۚ
وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِالظَّالِمِينَ

Dan (sudah tentu) mereka tidak akan bercita-cita hendakkan mati itu selama-lamanya,
dengan sebab dosa-dosa yang mereka telah lakukan; dan Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim itu.
👉sebab mereka tiada persiapan untuk menghadapi kematian.

Ayat 8
قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ
فَإِنَّهُ مُلَاقِيكُمْ ۖ
ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَىٰ عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ
فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu,
tetaplah ia akan menemui kamu;
kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata,
lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)".
👉

Ayat 9
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ
فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّهِ
وَذَرُوا الْبَيْعَ ۚ
ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ
إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat,
maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat)
dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu);
yang demikian adalah baik bagi kamu,
jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),
👉Tanggungjawab belajar dan tabligh zikrulillah.

Ayat 10
فَإِذَا قُضِيَتِ الصَّلَاةُ
فَانْتَشِرُوا
فِي الْأَرْضِ
وَابْتَغُوا مِنْ فَضْلِ اللَّهِ
وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Kemudian setelah selesai sembahyang,
maka bertebaranlah kamu
di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing),
dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah,
serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan),
supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)
👉Arahan selepas larangan ,hukumnya harus.

Ayat 11
وَإِذَا رَأَوْا تِجَارَةً
أَوْ لَهْوًا
انْفَضُّوا إِلَيْهَا
وَتَرَكُوكَ قَائِمًا ۚ
قُلْ مَا عِنْدَ اللَّهِ خَيْرٌ مِنَ اللَّهْوِ وَمِنَ التِّجَارَةِ ۚ
وَاللَّهُ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baharu tiba)
atau (mendengar) sesuatu hiburan,
mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya
dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar - berkhutbah).
Katakanlah (wahai Muhammad:" Pahala - balasan) yang ada di sisi Allah,
lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu;
dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki.
👉Teguran kepada pelajar.
Rombongan peniagaan dari syam dan yaman datang dibuat paluan kompang.
Mendengar khutbat pada masa itu adalah sunat pada ketika itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan