Jumaat, September 20, 2019

Daurah tafsir 2016 sesi 186 al munafikun 1-11

Daurah tafsir 2016 sesi 186 al munafikun 1-11
063.Surah Al munafikun.
Ayat ni turun semasa nabi saw balik dari tabuk.
Munafikin tak senang hati kejayaan Islam.
Sehingga munafikin kata orang mulia akan keluarkan orang yg hina(nabi saw).
Perbuatan dan perbualan ini telah didengari oleh seorang sahabat nabi dan bercadang untuk bg tau kepada nabi saw.
Nabi panggil tetapi mereka munafik telah menafikan sekeras2nya.
Lalu allah turun surah ini.

Ayat 1
إِذَا جَاءَكَ الْمُنَافِقُونَ
قَالُوا نَشْهَدُ إِنَّكَ لَرَسُولُ اللَّهِ ۗ
وَاللَّهُ يَعْلَمُ
إِنَّكَ لَرَسُولُهُ
وَاللَّهُ يَشْهَدُ
إِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَكَاذِبُونَ

Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad),
mereka berkata: "Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau - sebenar-benarnya Rasul Allah".
Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya,
serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.
👉itu perkataan lidah shj.tetapi hati mereka bohong dan allah saksi.

Ayat 2
اتَّخَذُوا أَيْمَانَهُمْ جُنَّةً
فَصَدُّوا عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ۚ
إِنَّهُمْ سَاءَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Mereka menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas),
lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah.
Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan.
👉

Ayat 3
ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ آمَنُوا
ثُمَّ كَفَرُوا
فَطُبِعَ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ
فَهُمْ لَا يَفْقَهُونَ

(Perbuatan buruk) yang demikian kerana mereka mengaku beriman (di hadapan orang-orang Islam) kemudian mereka tetap kafir sesama sendiri,
maka dengan sebab itu dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami (yang mana benar dan yang mana salah).
👉buruk sebab beriman hanya secara zahir shj.

Ayat 4
وَإِذَا رَأَيْتَهُمْ تُعْجِبُكَ أَجْسَامُهُمْ ۖ
وَإِنْ يَقُولُوا تَسْمَعْ لِقَوْلِهِمْ ۖ
كَأَنَّهُمْ خُشُبٌ مُسَنَّدَةٌ ۖ
يَحْسَبُونَ كُلَّ صَيْحَةٍ عَلَيْهِمْ ۚ
هُمُ الْعَدُوُّ
فَاحْذَرْهُمْ ۚ
قَاتَلَهُمُ اللَّهُ ۖ
أَنَّىٰ يُؤْفَكُونَ

Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelalukannya);
dan apabila mereka berkata-kata,
engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih.
Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki).
Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka.
Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka.
Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya.
(Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya - dari kebenaran)?
👉seperti kayu yg disandar=kayu untuk dibakar dan tiada guna
Ilmu dan pemikiran tiada .

Ayat 5
وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ
تَعَالَوْا يَسْتَغْفِرْ لَكُمْ رَسُولُ اللَّهِ
لَوَّوْا رُءُوسَهُمْ
وَرَأَيْتَهُمْ يَصُدُّونَ
وَهُمْ مُسْتَكْبِرُونَ

Dan apabila dikatakan kepada mereka:
" Marilah (bertaubat) supaya Rasulullah meminta ampun (kepada Allah) untuk kamu",
mereka (enggan sambil) menggeleng-gelengkan kepalanya;
dan engkau melihat mereka berpaling (dari bertaubat) serta mereka berlaku sombong angkuh.
👉memalingkan kerana tak ingin menerima nasihat

Ayat 6
سَوَاءٌ عَلَيْهِمْ
أَسْتَغْفَرْتَ لَهُمْ
أَمْ لَمْ تَسْتَغْفِرْ لَهُمْ
لَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَهُمْ ۚ
إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ

(Tidak ada faedahnya) kepada mereka, sama ada engkau meminta ampun untuk mereka
atau engkau tidak meminta ampun, Allah tidak sekali-kali akan mengampunkan mereka.
Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik.
👉

Ayat 7
هُمُ الَّذِينَ يَقُولُونَ
لَا تُنْفِقُوا عَلَىٰ مَنْ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ
حَتَّىٰ يَنْفَضُّوا ۗ
وَلِلَّهِ خَزَائِنُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
وَلَٰكِنَّ الْمُنَافِقِينَ
لَا يَفْقَهُونَ

Merekalah yang mengatakan (kepada orang-orang Islam di Madinah yang menolong Rasulullah dan orang-orang Muhajirin):
"Janganlah kamu membelanjakan harta kamu kepada orang-orang yang ada bersama-sama Rasulullah supaya mereka bersurai (meninggalkannya)".
Padahal bagi Allah jualah perbendaharaan langit dan bumi, (tiada sesiapapun yang dapat memberi
atau menyekat sebarang pemberian
melainkan dengan kehendakNya);
akan tetapi orang-orang yang munafik itu tidak memahami (hakikat yang sebenarnya).
👉jawab Syikayah

Ayat 8
يَقُولُونَ
لَئِنْ رَجَعْنَا إِلَى الْمَدِينَةِ
لَيُخْرِجَنَّ الْأَعَزُّ مِنْهَا الْأَذَلَّ ۚ
وَلِلَّهِ الْعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِ وَلِلْمُؤْمِنِينَ
وَلَٰكِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَا يَعْلَمُونَ

Mereka berkata lagi: " Demi sesungguhnya! Jika kita kembali ke Madinah (dari medan perang),
sudah tentu orang-orang yang mulia lagi kuat (pihak kita) akan mengusir keluar dari Madinah orang-orang yang hina lagi lemah (pihak Islam)".
Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya
serta bagi orang-orang yang beriman;
akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
👉 Syikayah ke2

Ayat 9
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ ۚ
وَمَنْ يَفْعَلْ ذَٰلِكَ
فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ

Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya).
Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian,
maka mereka itulah orang-orang yang rugi.
👉Ayat tagrib kepada infaq.
Mengingati allah = semua amalan agama.

Ayat 10
وَأَنْفِقُوا مِنْ مَا رَزَقْنَاكُمْ
مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ
فَيَقُولَ رَبِّ
لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَىٰ أَجَلٍ قَرِيبٍ
فَأَصَّدَّقَ وَأَكُنْ مِنَ الصَّالِحِينَ

Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya:
" Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi,
supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ".
👉Untuk hilangkan kelalaian.

Ayat 11
وَلَنْ يُؤَخِّرَ اللَّهُ نَفْسًا
إِذَا جَاءَ أَجَلُهَا ۚ
وَاللَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya;
dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.
👉Allah bg tau .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan