Daurah tafsir 2016 sesi 188 At talaq 1-12
065.Surah At talaq.
Ummul munzimmah bg ahli tauhid dlm penceraian.
Bercerai adalah darurat.
Ada jumlah iza.
Pernikahan adalah sunat.
Digalakan berkahwin .
Aqad untuk seumur hidup
Bercerai adalah darurat.
Jika tak boleh patuh syariat dibolehkan bercerai.
Ayat 1
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِذَا طَلَّقْتُمُ النِّسَاءَ
فَطَلِّقُوهُنَّ لِعِدَّتِهِنَّ
وَأَحْصُوا الْعِدَّةَ ۖ
وَاتَّقُوا اللَّهَ رَبَّكُمْ ۖ
لَا تُخْرِجُوهُنَّ مِنْ بُيُوتِهِنَّ
وَلَا يَخْرُجْنَ إِلَّا أَنْ يَأْتِينَ بِفَاحِشَةٍ مُبَيِّنَةٍ ۚ
وَتِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ ۚ
وَمَنْ يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ فَقَدْ ظَلَمَ نَفْسَهُ ۚ
لَا تَدْرِي لَعَلَّ اللَّهَ يُحْدِثُ بَعْدَ ذَٰلِكَ أَمْرًا
Wahai Nabi! Apabila kamu - (engkau dan umatmu) - hendak menceraikan isteri-isteri (kamu),
maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan idahnya,
dan hitunglah masa idah itu (dengan betul),
serta bertaqwalah kepada Allah, Tuhan kamu.
Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai idahnya),
dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ),
kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata.
Dan itulah aturan-aturan hukum Allah (maka janganlah kamu melanggarnya); dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepada dirinya.
(Patuhilah hukum-hukum itu, kerana) engkau tidak mengetahui boleh jadi Allah akan mengadakan, sesudah itu, sesuatu perkara (yang lain).
Ayat 2
فَإِذَا بَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ
فَأَمْسِكُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ
أَوْ فَارِقُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ
وَأَشْهِدُوا ذَوَيْ عَدْلٍ مِنْكُمْ
وَأَقِيمُوا الشَّهَادَةَ لِلَّهِ ۚ
ذَٰلِكُمْ يُوعَظُ بِهِ
مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ
وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا
Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya,
maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik,
atau lepaskan mereka dengan cara yang baik;
dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau melepaskannya);
dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata.
Dengan hukum-hukum yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat;
dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya),
nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
👉
Hukum ke6
Hanya yg bertaqwa boleh jaga syariat ketika berkahwin dan juga ketika bercerai.
faedah takut pada allah.
Ayat 3
وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ
وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ ۚ
إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ ۚ
قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.
Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah,
maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).
Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya.
Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
👉faedah yg ke2,rezeki.
Cabang ke2 setelah jaga syariat.
setelah Jaga syariat,selepas itu baru tawakal apa yg akan berlaku setelah bercerai.
Allah tidak zahirkan lagi taqdirnya.
Lambat atau cepat adalah taqdir allah
Ayat 4
وَاللَّائِي يَئِسْنَ مِنَ الْمَحِيضِ مِنْ نِسَائِكُم
ْ إِنِ ارْتَبْتُمْ
فَعِدَّتُهُنَّ ثَلَاثَةُ أَشْهُرٍ
وَاللَّائِي لَمْ يَحِضْنَ ۚ
وَأُولَاتُ الْأَحْمَالِ
أَجَلُهُنَّ أَنْ يَضَعْنَ حَمْلَهُنَّ ۚ
وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ
يَجْعَلْ لَهُ مِنْ أَمْرِهِ يُسْرًا
Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haid,
jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh idah mereka) maka idahnya ialah tiga bulan;
dan (demikian) juga idah perempuan-perempuan yang tidak berhaid.
Dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh idahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya.
Dan (ingatlah), sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya.
👉
Ayat 5
ذَٰلِكَ أَمْرُ اللَّهِ أَنْزَلَهُ إِلَيْكُمْ ۚ
وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ
يُكَفِّرْ عَنْهُ سَيِّئَاتِهِ
وَيُعْظِمْ لَهُ أَجْرًا
Peraturan-peraturan yang demikian adalah hukum-hukum Allah yang diturunkan dan diterangkanNya kepada kamu;
dan (ingatlah), sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahannya, dan akan membesarkan pahala balasannya.
👉
Ayat 6
أَسْكِنُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ سَكَنْتُمْ مِنْ وُجْدِكُمْ
وَلَا تُضَارُّوهُنَّ لِتُضَيِّقُوا عَلَيْهِنَّ ۚ
وَإِنْ كُنَّ أُولَاتِ حَمْلٍ
فَأَنْفِقُوا عَلَيْهِنَّ
حَتَّىٰ يَضَعْنَ حَمْلَهُنَّ ۚ
فَإِنْ أَرْضَعْنَ لَكُمْ فَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ ۖ
وَأْتَمِرُوا بَيْنَكُمْ بِمَعْرُوفٍ ۖ
وَإِنْ تَعَاسَرْتُمْ
فَسَتُرْضِعُ لَهُ أُخْرَىٰ
Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu;
dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu).
Dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung,
maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya;
kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya;
dan berundinglah di antara kamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik.
Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya.
👉Hukum ke4
Ayat 7
لِيُنْفِقْ ذُو سَعَةٍ مِنْ سَعَتِهِ ۖ
وَمَنْ قُدِرَ عَلَيْهِ رِزْقُهُ
فَلْيُنْفِقْ مِمَّا آتَاهُ اللَّهُ ۚ
لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا مَا آتَاهَا ۚ
سَيَجْعَلُ اللَّهُ بَعْدَ عُسْرٍ يُسْرًا
Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya;
dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya,
maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu);
Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya.
(Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.
👉Hukum nafkah untuk anak.
Ayat 8
وَكَأَيِّنْ مِنْ قَرْيَةٍ عَتَتْ عَنْ أَمْرِ رَبِّهَا
وَرُسُلِهِ
فَحَاسَبْنَاهَا حِسَابًا شَدِيدًا
وَعَذَّبْنَاهَا عَذَابًا نُكْرًا
Dan bukan sedikit negeri-negeri yang penduduknya menderhaka terhadap perintah Tuhan mereka dan Rasul-rasulNya,
maka Kami hitung amal mereka satu persatu dengan hitungan yang keras rapi,
serta Kami seksakan mereka dengan azab yang tidak pernah dikenal dahsyatnya.
👉Bahagian ke2 surah.
Ayat 9
فَذَاقَتْ وَبَالَ أَمْرِهَا
وَكَانَ عَاقِبَةُ أَمْرِهَا خُسْرًا
Lalu mereka merasai kesan yang buruk dari perbuatan derhakanya,
dan menjadilah akibat perbuatan mereka satu kerugian yang besar.
👉Didunia lagi
Ayat 10
أَعَدَّ اللَّهُ لَهُمْ عَذَابًا شَدِيدًا ۖ
فَاتَّقُوا اللَّهَ يَا أُولِي الْأَلْبَاب
ِ الَّذِينَ آمَنُوا ۚ
قَدْ أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَيْكُمْ ذِكْرًا
Allah menyediakan bagi mereka azab seksa yang seberat-beratnya.
Maka bertaqwalah kepada Allah kepada wahai orang yang berakal sempurna
dari kalangan orang yang beriman.
Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada kamu peringatan -
👉diakhirat nanti
Ayat 11
رَسُولًا
يَتْلُو عَلَيْكُمْ آيَاتِ اللَّهِ
مُبَيِّنَات
ٍ لِيُخْرِجَ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ
مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ ۚ
وَمَنْ يُؤْمِنْ بِاللَّهِ
وَيَعْمَلْ صَالِحًا
يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ
خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۖ
قَدْ أَحْسَنَ اللَّهُ لَهُ رِزْقًا
(Dengan mengutuskan) seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Allah yang menerangkan kebenaran,
supaya Allah mengeluarkan orang-orang (yang sedia diketahuiNya akan) beriman dan beramal soleh - dari gelap-gelita (kesesatan) kepada cahaya (hidayah petunjuk).
Dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah dan beramal soleh,
akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai;
kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah (dengan yang demikian) telah mengurniakan kepadanya sebaik-baik pemberian.
👉huraian ulil albab
Ayat 12
اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ
وَمِنَ الْأَرْضِ مِثْلَهُنَّ
يَتَنَزَّلُ الْأَمْرُ بَيْنَهُنَّ
لِتَعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
وَأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْءٍ عِلْمًا
Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Ia menciptakan) bumi seperti itu;
perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi.
(Berlakunya yang demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu,
dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmuNya akan tiap-tiap sesuatu.
👉Dalil aqli
Menafikan nur muhamad
Kalau tidak kerana engkau(nabi muhamad saw)langit bumi diciptakan.
Langit dan bumi untuk hambanya termasuk nabi muhamad kenal allah.
Alamat hadis palsu adalah bercanggah dgn syariat yg telah jelas atau dgn ayat quran
Tiada ulasan:
Catat Ulasan