Jumaat, September 20, 2019

Daurah tafsir 2016 sesi 194 Nuh 1-28

Daurah tafsir 2016 sesi 194 Nuh 1-28
071.Surah Nuh.
Surah nuh adalah dalil naqli tentang tauhid dan qiamat.
Dan dalil naqli tugas kenabian.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
إِنَّا أَرْسَلْنَا نُوحًا إِلَىٰ قَوْمِهِ
أَنْ أَنْذِرْ قَوْمَكَ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya,
(dengan berfirman kepadanya): "Berikanlah peringatan dan amaran kepada kaummu sebelum mereka didatangi azab yang tidak terperi sakitnya".
-Sura Nuh, Ayah 1
👉hukuman satu dunia hancur.

قَالَ يَا قَوْمِ
إِنِّي لَكُمْ نَذِيرٌ مُبِينٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
dia pun (menyeru mereka dengan) berkata: "Wahai kaumku!
Sesungguhnya aku ini diutus kepada kamu, sebagai pemberi ingatan dan amaran yang nyata;
-Sura Nuh, Ayah 2
👉memperkenalkan diri.

أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاتَّقُوهُ
وَأَطِيعُونِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
"Iaitu sembahlah kamu akan Allah dan bertaqwalah kepadaNya,
serta taatlah kamu kepadaku;
-Sura Nuh, Ayah 3
👉ini peringatan.

يَغْفِرْ لَكُمْ مِنْ ذُنُوبِكُمْ
وَيُؤَخِّرْكُمْ إِلَىٰ أَجَلٍ مُسَمًّى ۚ
إِنَّ أَجَلَ اللَّهِ إِذَا جَاءَ لَا يُؤَخَّرُ ۖ
لَوْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
"Supaya Allah mengampunkan bagi kamu sebahagian dari dosa-dosa kamu,
dan memberi kamu hidup (dengan tidak terkena azab) hingga ke suatu masa yang tertentu;
(maka segeralah beribadat dan bertaqwa) kerana sesungguhnya ajal (yang telah ditetapkan) Allah,
apabila sampai masanya,
tidak dapat ditangguhkan; kalaulah kamu mengetahui (hakikat ini tentulah kamu segera beriman)".
-Sura Nuh, Ayah 4
👉

قَالَ رَبِّ إِنِّي دَعَوْتُ قَوْمِي لَيْلًا وَنَهَارًا?
(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Setelah puas menyeru mereka), Nabi Nuh berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam (supaya mereka beriman);
-Sura Nuh, Ayah 5
👉

فَلَمْ يَزِدْهُمْ دُعَائِي إِلَّا فِرَارًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
"Maka seruanku itu tidak memberikan mereka (sesuatu faedah pun) selain daripada menambahi mereka melarikan diri (dari kebenaran).
-Sura Nuh, Ayah 6
👉

وَإِنِّي كُلَّمَا دَعَوْتُهُمْ لِتَغْفِرَ لَهُمْ
جَعَلُوا أَصَابِعَهُمْ
فِي آذَانِهِمْ وَاسْتَغْشَوْا ثِيَابَهُمْ
وَأَصَرُّوا وَاسْتَكْبَرُوا اسْتِكْبَارًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
"Dan sesungguhnya aku, tiap-tiap kali menyeru mereka (beriman) supaya Engkau mengampunkan dosa-dosa mereka, - mereka menyumbatkan telinganya dengan jari masing-masing,
dan berselubung dengan pakaiannya,
serta berdegil dengan keingkarannya,
dan berlaku sombong takbur dengan melampau.
-Sura Nuh, Ayah 7

ثُمَّ إِنِّي دَعَوْتُهُمْ جِهَارًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
"Kemudian aku telah menyeru mereka dengan terang-terang;
-Sura Nuh, Ayah 8
👉

ثُمَّ إِنِّي أَعْلَنْتُ لَهُمْ وَأَسْرَرْتُ لَهُمْ إِسْرَارًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
"Selain dari itu, aku (berulang-ulang) menyeru mereka secara beramai-ramai dengan berterus-terang, dan menyeru mereka lagi secara berseorangan dengan perlahan-lahan.
-Sura Nuh, Ayah 9
👉

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ
إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
"Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu,
sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.
-Sura Nuh, Ayah 10
👉

يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
"(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;
-Sura Nuh, Ayah 11
👉Limpah rezeki sebab taat pada allah

وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ
وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
"Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak;
dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman,
serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).
-Sura Nuh, Ayah 12
👉

مَا لَكُمْ لَا تَرْجُونَ لِلَّهِ وَقَارًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
"Mengapa kamu berkeadaan tidak menghargai kebesaran Allah (dan kekuasaanNya), -
-Sura Nuh, Ayah 13
👉
وَقَدْ خَلَقَكُمْ أَطْوَارًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
"Padahal sesungguhnya Ia telah menciptakan kamu dengan kejadian yang berperingkat-peringkat?
-Sura Nuh, Ayah 14
👉

أَلَمْ تَرَوْا كَيْفَ خَلَقَ اللَّهُ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ طِبَاقًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
"Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingkat,
-Sura Nuh, Ayah 15
👉

وَجَعَلَ الْقَمَرَ فِيهِنَّ نُورًا وَجَعَلَ الشَّمْسَ سِرَاجًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
"Dan Ia menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu (yang terang-benderang)
-Sura Nuh, Ayah 16
👉

وَاللَّهُ أَنْبَتَكُمْ مِنَ الْأَرْضِ نَبَاتًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
"Dan Allah telah menumbuhkan kamu (hidup dari benda-benda yang berasal) dari bumi, dengan pertumbuhan yang sungguh-sungguh sempurna,
-Sura Nuh, Ayah 17
👉

ثُمَّ يُعِيدُكُمْ فِيهَا وَيُخْرِجُكُمْ إِخْرَاجًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
"Kemudian Ia mengembalikan kamu ke dalam bumi (sesudah mati), dan mengeluarkan kamu daripadanya (sesudah dihidupkan semula untuk dihitung amal kamu dan diberi balasan), dengan pengeluaran yang sesungguh-sungguhnya?
-Sura Nuh, Ayah 18
👉

وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ بِسَاطًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
"Dan Allah telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan,
-Sura Nuh, Ayah 19

لِتَسْلُكُوا مِنْهَا سُبُلًا فِجَاجًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
"Supaya kamu melalui jalan-jalan yang luas padanya".
-Sura Nuh, Ayah 20
👉

قَالَ نُوحٌ
رَبِّ إِنَّهُمْ عَصَوْنِي
وَاتَّبَعُوا مَنْ لَمْ يَزِدْهُ مَالُهُ
وَوَلَدُهُ إِلَّا خَسَارًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Nabi Nuh (merayu lagi dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya, mereka telah menderhaka kepadaku,
dan mereka telah menurut orang yang harta bendanya dan anak-pinaknya tidak menambahinya melainkan kerugian (di akhirat kelak).
-Sura Nuh, Ayah 21
👉

وَمَكَرُوا مَكْرًا كُبَّارًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
"Dan mereka telah menjalankan tipu daya dengan merancangkan rancangan yang amat besar jahatnya (untuk menentang seruanku).
-Sura Nuh, Ayah 22
👉

وَقَالُوا لَا تَذَرُنَّ آلِهَتَكُمْ
وَلَا تَذَرُنَّ وَدًّا
وَلَا سُوَاعًا
وَلَا يَغُوثَ
وَيَعُوقَ
وَنَسْرًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
"Dan (ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: `Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu,
terutama (penyembahan) Wadd,
dan Suwaa',
dan Yaghuth,
dan Ya'uuq,
serta Nasr.
-Sura Nuh, Ayah 23
👉

وَقَدْ أَضَلُّوا كَثِيرًا ۖ
وَلَا تَزِدِ الظَّالِمِينَ إِلَّا ضَلَالًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
"Dan sesungguhnya ketua-ketua itu telah menyesatkan kebanyakan (dari umat manusia);
dan (dengan yang demikian) janganlah Engkau (wahai Tuhanku) menambahi orang-orang yang zalim itu melainkan kesesatan jua".
-Sura Nuh, Ayah 24

مِمَّا خَطِيئَاتِهِمْ أُغْرِقُوا
فَأُدْخِلُوا نَارًا
فَلَمْ يَجِدُوا لَهُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ أَنْصَارًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Disebabkan dosa-dosa dan kesalahan mereka, mereka ditenggelamkan (dengan banjir dan taufan),
kemudian (pada hari akhirat) dimasukkan ke dalam neraka;
maka mereka tidak akan beroleh sebarang penolong yang lain dari Allah (yang dapat memberikan pertolongan).
-Sura Nuh, Ayah 25
👉

وَقَالَ نُوحٌ
رَبِّ لَا تَذَرْ عَلَى الْأَرْضِ
مِنَ الْكَافِرِينَ دَيَّارًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan Nabi Nuh (merayu lagi dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan seorangpun dari orang-orang kafir itu hidup di atas muka bumi!
-Sura Nuh, Ayah 26

إِنَّكَ إِنْ تَذَرْهُمْ
يُضِلُّوا عِبَادَكَ
وَلَا يَلِدُوا
إِلَّا فَاجِرًا كَفَّارًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
"Kerana sesungguhnya jika Engkau biarkan mereka (hidup), nescaya mereka akan menyesatkan hamba-hambaMu,
dan mereka tidak akan melahirkan anak melainkan yang berbuat dosa lagi kufur ingkar.
-Sura Nuh, Ayah 27

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ
وَلِمَنْ دَخَلَ بَيْتِيَ مُؤْمِنًا
وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ
وَلَا تَزِدِ الظَّالِمِينَ إِلَّا تَبَارًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
"Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku,
serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman);
dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!"
-Sura Nuh, Ayah 28

Tiada ulasan:

Catat Ulasan