Jumaat, September 20, 2019

Daurah tafsir 2016 sesi 195 Al jin 1-28

Daurah tafsir 2016 sesi 195 Al jin 1-28
072.Surah Al jin.
Dalil naqli kepada nabi saw betapa benarnya ajaran tauhid dan betapa tidak benarnya syirik.
Jin bagi tau adanya syirik dikalangan jin.
Semua lafaz jin allah bg tau kat nabi saw.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
قُلْ أُوحِيَ إِلَيَّ
أَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِنَ الْجِنِّ
فَقَالُوا إِنَّا سَمِعْنَا قُرْآنًا عَجَبًا

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Katakanlah (wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku,
bahawa sesungguhnya:
satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan),
lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata:
`Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!
-Sura Al-Jinn, Ayah 1
👉Ini semua laporan yg diberitahu oleh allah.
Sahabat suka dengar cerita jin ini kerana kehidupan agama mereka sama tetapi dialam lain.
Bilangan yg lebih dr 10 نَفَرٌ
Jin ada yg beriman tetapi kebanyakannya tidak.

يَهْدِي إِلَى الرُّشْدِ فَآمَنَّا بِهِ ۖ
وَلَنْ نُشْرِكَ بِرَبِّنَا أَحَدًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
`Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul,
lalu kami beriman kepadanya,
dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.
-Sura Al-Jinn, Ayah 2
👉Ini ikrar jin
Jin faham alquran sumber hidayah.
Sebelum ini tidak diketahui cerita jin yg sahih.

وَأَنَّهُ تَعَالَىٰ جَدُّ رَبِّنَا مَا اتَّخَذَ
صَاحِبَةً وَلَا وَلَدًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
`Dan (ketahuilah wahai kaum kami!)
Bahawa sesungguhnya: tertinggilah kebesaran dan keagungan Tuhan kita daripada
beristeri atau beranak.
-Sura Al-Jinn, Ayah 3
👉jin tidak syirik sebab faham tentang tuhan.

وَأَنَّهُ كَانَ يَقُولُ سَفِيهُنَا عَلَى اللَّهِ شَطَطًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
`Dan (dengan ajaran Al-Quran nyatalah)
bahawa sesungguhnya: (ketua) yang kurang akal pertimbangannya dari kalangan kita telah mengatakan terhadap Allah kata-kata yang melampaui kebenaran;
-Sura Al-Jinn, Ayah 4
👉puak jin yg bodoh
Luar batasan aqal.

وَأَنَّا ظَنَنَّا
أَنْ لَنْ تَقُولَ الْإِنْسُ وَالْجِنُّ عَلَى اللَّهِ كَذِبًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
`Dan bahawa sesungguhnya (nyatalah kesalahan) kita menyangka bahawa manusia dan jin tidak sekali-kali akan berani mengatakan sesuatu yang dusta terhadap Allah.
-Sura Al-Jinn, Ayah 5
👉baik sangka kami adalah silap.
Kata2 jin ini mengambarkan sangkaan tidak dibolehkan dlm soal aqidah.

وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِنَ الْإِنْسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِنَ الْجِنِّ
فَزَادُوهُمْ رَهَقًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
`Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia,
menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin,
kerana dengan permintaan itu
mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.
-Sura Al-Jinn, Ayah 6
👉jin telah byk menyebabkan banyak manusia derhaka pada allah

وَأَنَّهُمْ ظَنُّوا كَمَا ظَنَنْتُمْ أَنْ لَنْ يَبْعَثَ اللَّهُ أَحَدًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
`Dan bahawa sesungguhnya (tidaklah benar) manusia menyangka sebagaimana yang kamu sangka,
bahawa Allah tidak sekali-kali mengutuskan sebarang Rasul (atau tidak akan membangkitkan manusia pada hari kiamat).
-Sura Al-Jinn, Ayah 7
👉jin ramai yg tidak beriman.

وَأَنَّا لَمَسْنَا السَّمَاءَ
فَوَجَدْنَاهَا مُلِئَتْ حَرَسًا شَدِيدًا وَشُهُبًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
`Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit,
lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api yang menyala.
-Sura Al-Jinn, Ayah 8
👉

وَأَنَّا كُنَّا نَقْعُدُ مِنْهَا مَقَاعِدَ لِلسَّمْعِ ۖ
فَمَنْ يَسْتَمِعِ الْآنَ
يَجِدْ لَهُ شِهَابًا رَصَدًا

(Abdullah Muhammad Basmeih)
`Padahal sesungguhnya kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat (perhentian) di langit untuk mendengar (percakapan penduduknya);
maka sekarang sesiapa yang cuba mendengar, akan mendapati api yang menyala yang menunggu merejamnya.
-Sura Al-Jinn, Ayah 9
👉jin tidak mampu dengar sesuatu dari langit.

وَأَنَّا لَا نَدْرِي أَشَرٌّ أُرِيدَ بِمَنْ فِي الْأَرْضِ أَمْ أَرَادَ بِهِمْ رَبُّهُمْ رَشَدًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
`Dan bahawa sesungguhnya kami tidak mengetahui adakah (dengan adanya kawalan langit yang demikian) hendak menimpakan bala bencana kepada penduduk bumi,
atau pun Tuhan mereka hendak melimpahkan kebaikan kepada mereka?
-Sura Al-Jinn, Ayah 10

وَأَنَّا مِنَّا الصَّالِحُونَ
وَمِنَّا دُونَ ذَٰلِكَ ۖ كُنَّا طَرَائِقَ قِدَدًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
`Dan bahawa sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kita golongan yang baik keadaannya,
dan ada di antara kita yang lain dari itu;
kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan.
-Sura Al-Jinn, Ayah 11
👉jin ada yg beriman dan soleh.

وَأَنَّا ظَنَنَّا أَنْ لَنْ نُعْجِزَ اللَّهَ
فِي الْأَرْضِ وَلَنْ نُعْجِزَهُ هَرَبًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
`Dan bahawa sesungguhnya kita (sekarang) mengetahui, bahawa kita tidak sekali-kali akan dapat melepaskan diri dari balasan Allah (walau di mana sahaja kita berada) di bumi,
dan kita juga tidak sekali-kali akan dapat melarikan diri dari balasanNya (walau ke langit sekalipun).
-Sura Al-Jinn, Ayah 12
👉

وَأَنَّا لَمَّا سَمِعْنَا الْهُدَىٰ آمَنَّا بِهِ ۖ
فَمَنْ يُؤْمِنْ بِرَبِّهِ فَلَا يَخَافُ بَخْسًا وَلَا رَهَقًا

(Abdullah Muhammad Basmeih)
`Dan bahawa sesungguhnya kami, ketika mendengar petunjuk (Al-Quran), kami beriman kepadanya (dengan tidak bertangguh lagi);
kerana sesiapa yang beriman kepada Tuhannya,
maka tidaklah ia akan merasa bimbang menanggung kerugian (mengenai amalnya yang baik),
dan juga tidak akan ditimpakan sebarang kesusahan.
-Sura Al-Jinn, Ayah 13
👉

وَأَنَّا مِنَّا الْمُسْلِمُونَ وَمِنَّا الْقَاسِطُونَ ۖ
فَمَنْ أَسْلَمَ فَأُولَٰئِكَ تَحَرَّوْا رَشَدًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
`Dan bahawa sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran,
nyatalah) ada di antara kita golongan yang berugama Islam,
dan ada pula golongan yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan yang benar;
maka sesiapa yang menurut Islam (dengan beriman dan taat),
maka merekalah golongan yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan yang benar,
-Sura Al-Jinn, Ayah 14

وَأَمَّا الْقَاسِطُونَ فَكَانُوا لِجَهَنَّمَ حَطَبًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
` Adapun orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi neraka Jahannam. '
-Sura Al-Jinn, Ayah 15

وَأَنْ لَوِ اسْتَقَامُوا عَلَى الطَّرِيقَةِ
لَأَسْقَيْنَاهُمْ مَاءً غَدَقًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Nabi Muhammad diwahyukan menerangkan lagi):
"Dan bahawa sesungguhnya! Kalaulah mereka (manusia dan jin) itu berjalan betul di atas jalan (Islam),
sudah tentu Kami (akan memberikan mereka sebab-sebab kemewahan,
terutama) menurunkan hujan lebat kepada mereka.
-Sura Al-Jinn, Ayah 16
👉

لِنَفْتِنَهُمْ فِيهِ ۚ
وَمَنْ يُعْرِضْ عَنْ ذِكْرِ رَبِّهِ يَسْلُكْهُ عَذَابًا صَعَدًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
"(Pemberian yang demikian) untuk Kami menguji (dan menzahirkan bawaan dan keadaan) mereka dalam menikmati apa yang Kami berikan itu (adakah mereka bersyukur dan tetap betul menurut Islam);
dan (ingatlah),
sesiapa yang berpaling dari mengingati Tuhannya, (dengan berlaku ingkar - derhaka, maka) Tuhan akan memasukkannya ke dalam azab yang memuncak beratnya.
-Sura Al-Jinn, Ayah 17
👉

وَأَنَّ الْمَسَاجِدَ لِلَّهِ فَلَا تَدْعُوا مَعَ اللَّهِ أَحَدًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
"Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah semata-mata;
maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama Allah.
-Sura Al-Jinn, Ayah 18

وَأَنَّهُ لَمَّا قَامَ عَبْدُ اللَّهِ يَدْعُوهُ كَادُوا يَكُونُونَ عَلَيْهِ لِبَدًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
"Dan bahawa sesungguhnya, ketika hamba Allah (Nabi Muhammad) berdiri mengerjakan ibadat kepadaNya, mereka hampir-hampir menindih satu sama lain mengerumuninya".
-Sura Al-Jinn, Ayah 19

قُلْ إِنَّمَا أَدْعُو رَبِّي وَلَا أُشْرِكُ بِهِ أَحَدًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah beribadat kepada Tuhanku semata-mata,
dan aku tidak mempersekutukanNya dengan sesiapapun".
-Sura Al-Jinn, Ayah 20

قُلْ إِنِّي لَا أَمْلِكُ لَكُمْ ضَرًّا وَلَا رَشَدًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Katakanlah lagi; " Sesungguhnya aku tidak berkuasa mendatangkan sebarang mudarat
dan tidak juga berkuasa mendatangkan sebarang kebaikan bagi kamu.
-Sura Al-Jinn, Ayah 21

قُلْ إِنِّي لَنْ يُجِيرَنِي مِنَ اللَّهِ أَحَدٌ
وَلَنْ أَجِدَ مِنْ دُونِهِ مُلْتَحَدًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Katakanlah lagi; "Sesungguhnya aku, tidak sekali-kali akan dapat diberi perlindungan oleh sesiapapun dari (azab) Allah (jika aku menderhaka kepadaNya),
dan aku tidak sekali-kali akan mendapat tempat perlindungan selain daripadaNya,
-Sura Al-Jinn, Ayah 22

إِلَّا بَلَاغًا مِنَ اللَّهِ وَرِسَالَاتِهِ ۚ
وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ
فَإِنَّ لَهُ نَارَ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
"(Aku diberi kuasa) hanya menyampaikan (wahyu) dari Allah dan perintah-perintahNya (yang ditugaskan kepadaku menyampaikannya);
dan sesiapa yang menderhaka kepada Allah dan ingkarkan bawaan RasulNya,
maka sesungguhnya disediakan baginya neraka Jahannam; kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya.".
-Sura Al-Jinn, Ayah 23

حَتَّىٰ إِذَا رَأَوْا مَا يُوعَدُونَ
فَسَيَعْلَمُونَ مَنْ أَضْعَفُ نَاصِرًا وَأَقَلُّ عَدَدًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Golongan yang kufur ingkar itu tetap memandang engkau lemah dan kurang penyokong wahai Muhammad),
sehingga apabila mereka melihat (azab) yang dijanjikan kepada mereka,
maka (pada saat itu) mereka akan mengetahui siapakah orangnya yang lemah penolong-penolongnya, dan sedikit jumlah bilangannya.
-Sura Al-Jinn, Ayah 24

قُلْ إِنْ أَدْرِي أَقَرِيبٌ مَا تُوعَدُونَ
أَمْ يَجْعَلُ لَهُ رَبِّي أَمَدًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Kalau ditanya bilakah azab itu? Maka) katakanlah: "Aku tidak mengetahui sama ada (azab) yang dijanjikan kepada kamu itu sudah dekat,
atau Tuhanku menentukan bagi kedatangannya satu tempoh yang lanjut.
-Sura Al-Jinn, Ayah 25

عَالِمُ الْغَيْبِ
فَلَا يُظْهِرُ عَلَىٰ غَيْبِهِ أَحَدًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
"Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun, -
-Sura Al-Jinn, Ayah 26

إِلَّا مَنِ ارْتَضَىٰ مِنْ رَسُولٍ
فَإِنَّهُ يَسْلُكُ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ رَصَدًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
"Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redaiNya (untuk mengetahui sebahagian dari perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya;
apabila Tuhan hendak melakukan yang demikian)
maka Ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan).
-Sura Al-Jinn, Ayah 27

لِيَعْلَمَ أَنْ قَدْ أَبْلَغُوا رِسَالَاتِ رَبِّهِمْ
وَأَحَاطَ بِمَا لَدَيْهِمْ
وَأَحْصَىٰ كُلَّ شَيْءٍ عَدَدًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
"(Tuhan mengadakan malaikat-malaikat itu) supaya Ia mengetahui bahawa sesungguhnya - (dengan jagaan mereka) -
Rasul-rasul itu telah menyampaikan perutusan-perutusan Tuhan mereka, (dengan sempurna);
pada hal Ia memang mengetahui dengan meliputi segala keadaan yang ada pada mereka,
serta Ia menghitung tiap-tiap sesuatu: satu persatu".
-Sura Al-Jinn, Ayah 28

Tiada ulasan:

Catat Ulasan