Jumaat, September 20, 2019

Daurah tafsir 2016 sesi 196 Al muzammil 1-20

Daurah tafsir 2016 sesi 196 Al muzammil 1-20
073.Surah Muzzammil.
Dari susunan turun,selepas al alaq  adalah surah mudasir yg ketiga surah muzammil.
Dari segi susunan mashaf surah ini lebih dulu dr surah2 lain.
5 ayat surah al alaq ayat ketuhanan supaya mantap kefahaman dan keyakinan dlm hati.
Baca quran dimalam hari supaya lebih mantap pembacaan .

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم
ِ يَا أَيُّهَا الْمُزَّمِّلُ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Wahai orang yang berselimut!.
-Sura Al-Muzzammil, Ayah 1

قُمِ اللَّيْلَ إِلَّا قَلِيلًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),
-Sura Al-Muzzammil, Ayah 2
👉
نِصْفَهُ أَوِ انْقُصْ مِنْهُ قَلِيلًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,
-Sura Al-Muzzammil, Ayah 3
👉Pembahagian mlm
أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".
-Sura Al-Muzzammil, Ayah 4
👉Tartil tidak laju.

إِنَّا سَنُلْقِي عَلَيْكَ قَوْلًا ثَقِيلًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana)
sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).
-Sura Al-Muzzammil, Ayah 5
👉Diamalkan dan disampaikan.

إِنَّ نَاشِئَةَ اللَّيْلِ هِيَ أَشَدُّ وَطْئًا وَأَقْوَمُ قِيلًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa),
dan lebih tetap betul bacaannya.
-Sura Al-Muzzammil, Ayah 6
👉Lebih mudah antara mulut dan telinga dan hati,tiada gangguan.

إِنَّ لَكَ فِي النَّهَارِ سَبْحًا طَوِيلًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam),
kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya;
-Sura Al-Muzzammil, Ayah 7
👉Urusan rumahtangga dan urusan mentablighkan wahyu
Kesibukan yg sangat panjang سَبْحًا

وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam),
serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
-Sura Al-Muzzammil, Ayah 8
👉

رَبُّ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ
فَاتَّخِذْهُ وَكِيلًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dia lah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia;
maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu.
-Sura Al-Muzzammil, Ayah 9
👉

وَاصْبِرْ عَلَىٰ مَا يَقُولُونَ
وَاهْجُرْهُمْ هَجْرًا جَمِيلًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu),
dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik.
-Sura Al-Muzzammil, Ayah 10
👉Tasliyah( iaitu pujukan atau penghibur hati .)

وَذَرْنِي وَالْمُكَذِّبِينَ
أُولِي النَّعْمَةِ
وَمَهِّلْهُمْ قَلِيلًا

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan biarkanlah Aku sahaja membalas orang-orang yang mendustakan (bawaanmu) itu,
orang-orang yang berada dalam kemewahan,
dan berilah tempoh kepada mereka sedikit masa;
-Sura Al-Muzzammil, Ayah 11
👉
إِنَّ لَدَيْنَا أَنْكَالًا وَجَحِيمًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Kerana sesungguhnya di sisi Kami disediakan (untuk mereka) belenggu-belenggu dan neraka yang menjulang-julang,
-Sura Al-Muzzammil, Ayah 12

وَطَعَامًا ذَا غُصَّةٍ وَعَذَابًا أَلِيمًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Serta makanan yang menjadikan pemakannya tercekik, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
-Sura Al-Muzzammil, Ayah 13

يَوْمَ تَرْجُفُ الْأَرْضُ وَالْجِبَالُ
وَكَانَتِ الْجِبَالُ كَثِيبًا مَهِيلًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Azab itu tetap berlaku) pada hari bumi dan gunung-ganang bergoncang (serta hancur lebur),
dan menjadilah gunung-ganang itu timbunan pasir yang mudah bersepah.
-Sura Al-Muzzammil, Ayah 14
👉

إِنَّا أَرْسَلْنَا إِلَيْكُمْ رَسُولًا
شَاهِدًا
عَلَيْكُمْ كَمَا أَرْسَلْنَا إِلَىٰ فِرْعَوْنَ رَسُولًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Sesungguhnya Kami telah mengutus kepada kamu (wahai umat Muhammad),
seorang Rasul yang menjadi saksi terhadap kamu (tentang orang yang mematuhi atau menolak seruannya),
sebagaimana Kami telah mengutus kepada Firaun seorang Rasul.
-Sura Al-Muzzammil, Ayah 15

فَعَصَىٰ فِرْعَوْنُ الرَّسُولَ
فَأَخَذْنَاهُ أَخْذًا وَبِيلًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Maka Firaun menderhaka kepada Rasul itu,
lalu Kami menyeksakannya dengan azab seksa yang seberat-beratnya.
-Sura Al-Muzzammil, Ayah 16

فَكَيْفَ تَتَّقُونَ إِنْ كَفَرْتُمْ
يَوْمًا يَجْعَلُ الْوِلْدَانَ شِيبًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Sekiranya kamu tidak ditimpa azab di dunia), maka bagaimana kamu dapat menjaga dan menyelamatkan diri kamu - kalau kamu kufur ingkar -
(dari azab) hari yang huru-haranya menyebabkan kanak-kanak menjadi tua beruban?
-Sura Al-Muzzammil, Ayah 17
👉Takhwif ukhrowi (suatu ancaman azab siksaan yg bakal berlaku diakhirat nanti,bermula daripada sakaratul maut sampai ke dlm neraka)
السَّمَاءُ مُنْفَطِرٌ بِهِ ۚ
كَانَ وَعْدُهُ مَفْعُولًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Langit (yang demikian besarnya) akan pecah belah dengan sebab kedahsyatan hari itu.
(Ingatlah),
janji Allah adalah perkara yang tetap dilakukanNya.
-Sura Al-Muzzammil, Ayah 18
👉

إِنَّ هَٰذِهِ تَذْكِرَةٌ ۖ
فَمَنْ شَاءَ اتَّخَذَ إِلَىٰ رَبِّهِ سَبِيلًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang mengandungi amaran) ini menjadi peringatan oleh itu sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya dapatlah ia mengambil jalan yang membawa kepada Tuhannya (dengan iman dan taat).
-Sura Al-Muzzammil, Ayah 19

إِنَّ رَبَّكَ يَعْلَمُ أَنَّكَ تَقُومُ أَدْنَىٰ مِنْ ثُلُثَيِ اللَّيْلِ وَنِصْفَهُ وَثُلُثَهُ وَطَائِفَةٌ مِنَ الَّذِينَ مَعَكَ ۚ
وَاللَّهُ يُقَدِّرُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ ۚ
عَلِمَ أَنْ لَنْ تُحْصُوهُ فَتَابَ عَلَيْكُمْ ۖ
فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنَ الْقُرْآنِ ۚ
عَلِمَ أَنْ سَيَكُونُ مِنْكُمْ مَرْضَىٰ ۙ
وَآخَرُونَ يَضْرِبُونَ فِي الْأَرْضِ يَبْتَغُونَ مِنْ فَضْلِ اللَّهِ ۙ
وَآخَرُونَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۖ
فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنْهُ ۚ
وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَأَقْرِضُوا اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا ۚ
وَمَا تُقَدِّمُوا لِأَنْفُسِكُمْ مِنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِنْدَ اللَّهِ هُوَ خَيْرًا وَأَعْظَمَ أَجْرًا ۚ
وَاسْتَغْفِرُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam,
dan selama satu perduanya,
dan selama satu pertiganya;
dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu);
padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang.
Ia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu,
lalu Ia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu;
oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang).
Ia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit;
dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah;
dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela ugamaNya).
Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran;
dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat;
dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas).
Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah;
sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
-Sura Al-Muzzammil, Ayah 20
👉Jarak dgn surah sebelum adalah 18@20bulan.
Ada yg kata permulaan surah ini turun dimekah dan akhir surah ini turun dimadinah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan