Jumaat, September 20, 2019

Daurah tafsir 2016 sesi 198 alqiamah 1-40

Daurah tafsir 2016 sesi 198 alqiamah 1-40
Al qiyamah
Maksud penting surah ini adalah pemberitahuan manusia setelah mati dan dibangkitkan semula setelah mati diakhirat.
Gambar jelas qiamat boleh bc surah ini
Bermula sebelum qiamat atau mati

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
لَا أُقْسِمُ بِيَوْمِ الْقِيَامَةِ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Aku bersumpah dengan Hari Kiamat;
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 1
👉Hari qiamat yg menjadi saksi.

وَلَا أُقْسِمُ بِالنَّفْسِ اللَّوَّامَةِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan Aku bersumpah dengan "Nafsul Lawwaamah" (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 2
👉Jiwa yg sentiasa mengeluh atas kesilapan.
Orang baik akan tegur dirinya sendiri.
Kenapa  tidak boleh buat baik atau buat silap?
Perasaan yg dipunyai oleh manusia yg baik.

أَيَحْسَبُ الْإِنْسَانُ أَلَّنْ نَجْمَعَ عِظَامَهُ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 3
👉Zajrun

بَلَىٰ قَادِرِينَ عَلَىٰ أَنْ نُسَوِّيَ بَنَانَهُ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 4
👉

بَلْ يُرِيدُ الْإِنْسَانُ
لِيَفْجُرَ أَمَامَهُ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya,
sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat).
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 5

يَسْأَلُ أَيَّانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dia bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari kiamat itu?"
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 6

فَإِذَا بَرِقَ الْبَصَرُ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut),
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 7
👉Takhwif ukrowi
وَخَسَفَ الْقَمَرُ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan bulan hilang cahayanya,
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 8

وَجُمِعَ الشَّمْسُ وَالْقَمَرُ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama,
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 9
👉Diberhentikan bergerak atau permulaan qiamat

يَقُولُ الْإِنْسَانُ يَوْمَئِذٍ أَيْنَ الْمَفَرُّ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): "Ke manakah hendak melarikan diri?"
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 10

كَلَّا لَا وَزَرَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan!
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 11

إِلَىٰ رَبِّكَ يَوْمَئِذٍ الْمُسْتَقَرُّ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara.
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 12

يُنَبَّأُ الْإِنْسَانُ يَوْمَئِذٍ بِمَا قَدَّمَ وَأَخَّرَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan.
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 13
👉Amalan yg tidak dibuat.

بَلِ الْإِنْسَانُ عَلَىٰ نَفْسِهِ بَصِيرَةٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 14

وَلَوْ أَلْقَىٰ مَعَاذِيرَهُ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri).
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 15

لَا تُحَرِّكْ بِهِ لِسَانَكَ لِتَعْجَلَ بِهِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Janganlah engkau (wahai Muhammad) - Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu - menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu).
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 16
👉Nabi saw takut hilang atau terlupa ayat quran

إِنَّ عَلَيْنَا جَمْعَهُ وَقُرْآنَهُ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 17

فَإِذَا قَرَأْنَاهُ فَاتَّبِعْ قُرْآنَهُ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 18
👉Dengar betul2 dgn tawajuh.

ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا بَيَانَهُ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan).
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 19
👉Jaminan dari allah
Sebagaimana allah mampu menghidupkan semula manusia begitu juga mengingatkan balik apa yg nabi hafal

كَلَّا بَلْ تُحِبُّونَ الْعَاجِلَةَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya.
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 20

وَتَذَرُونَ الْآخِرَةَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 21
👉Tabsyir.

وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَاضِرَةٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri;
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 22

إِلَىٰ رَبِّهَا نَاظِرَةٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Melihat kepada Tuhannya.
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 23

وَوُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ بَاسِرَةٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan pada hari itu, muka (orang-orang kafir) muram hodoh,
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 24
👉Takhwif ukrowi

تَظُنُّ أَنْ يُفْعَلَ بِهَا فَاقِرَةٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Sambil percaya dengan yakin bahawa mereka akan ditimpa malapetaka (azab seksa) yang membinasakan.
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 25
👉Patah tulang belakang فَاقِرَةٌ

كَلَّا إِذَا بَلَغَتِ التَّرَاقِيَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong,
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 26
👉

وَقِيلَ مَنْ ۜ رَاقٍ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: "Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)?"
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 27
👉 Seolah2 orang dikeliling orang tak orang yg nak mati melihat orang yg nak mati tanya dan dijawab dia hanya perlukan allah untuk menghidupkanya kembali

وَظَنَّ أَنَّهُ الْفِرَاقُ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan ia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan;
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 28

وَالْتَفَّتِ السَّاقُ بِالسَّاقِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Serta kedahsyatan bertindih-tindih;
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 29
👉Orang arab kafan begini juga
Atau musibah melanda bertimpa2?

إِلَىٰ رَبِّكَ يَوْمَئِذٍ الْمَسَاقُ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Maka) kepada Tuhanmu lah - pada waktu itu - engkau dibawa (untuk menerima balasan).
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 30

فَلَا صَدَّقَ وَلَا صَلَّىٰ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Oleh sebab orang yang kufur ingkar tidak percayakan hari akhirat) maka ia tidak mengakui kebenaran (yang diwajibkan meyakininya) dan ia tidak mengerjakan sembahyang (yang difardhukan mengerjakannya)!
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 31

وَلَٰكِنْ كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Akan tetapi ia mendustakan, dan berpaling ingkar!
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 32

ثُمَّ ذَهَبَ إِلَىٰ أَهْلِهِ يَتَمَطَّىٰ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Kemudian ia pergi kepada keluarganya dengan berlagak sombong megah.
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 33

أَوْلَىٰ لَكَ فَأَوْلَىٰ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Wahai orang yang kufur ingkar!) sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat!
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 34

ثُمَّ أَوْلَىٰ لَكَ فَأَوْلَىٰ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Kemudian api nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak.
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 35

أَيَحْسَبُ الْإِنْسَانُ أَنْ يُتْرَكَ سُدًى
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 36
👉Zajrun

أَلَمْ يَكُ نُطْفَةً مِنْ مَنِيٍّ يُمْنَىٰ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Bukankah ia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)?
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 37

ثُمَّ كَانَ عَلَقَةً فَخَلَقَ فَسَوَّىٰ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)?
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 38

فَجَعَلَ مِنْهُ الزَّوْجَيْنِ الذَّكَرَ وَالْأُنْثَىٰ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis - lelaki dan perempuan.
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 39

أَلَيْسَ ذَٰلِكَ بِقَادِرٍ
عَلَىٰ أَنْ يُحْيِيَ الْمَوْتَىٰ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Adakah (Tuhan yang menjadikan semuanya) itu -
tidak berkuasa menghidupkan orang-orang yang mati? (Tentulah berkuasa)!
-Sura Al-Qiyamah, Ayah 40
👉Maksud hidup semula adalah dibalas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan