Jumaat, September 20, 2019

Daurah tafsir 2016 sesi 199 Al Insan 1-31

Daurah tafsir 2016 sesi 199 Al Insan 1-31

Surah ini memberi Gambaran jelas keadaan diakhirat.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
هَلْ أَتَىٰ عَلَى الْإِنْسَانِ حِينٌ مِنَ الدَّهْرِ
لَمْ يَكُنْ شَيْئًا مَذْكُورًا

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar),
sedang ia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut,
(maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)?
-Sura Al-Insan, Ayah 1
👉ketika manusia mula diciptakan.
Allah adakan manusia dgn qudrat allah.
Manusia kena tahu,allahlah yg menciptanya

إِنَّا خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ
مِنْ نُطْفَةٍ
أَمْشَاجٍ
نَبْتَلِيهِ
فَجَعَلْنَاهُ
سَمِيعًا بَصِيرًا

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani
yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan),
serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan);
oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan
mendengar dan melihat.
-Sura Al-Insan, Ayah 2
👉

إِنَّا هَدَيْنَاهُ السَّبِيلَ
إِمَّا شَاكِرًا
وَإِمَّا كَفُورًا

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah;
maka terserahlah kepadanya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat),
ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka).
-Sura Al-Insan, Ayah 3
👉tidak panduan syariat allah كَفُورًا

إِنَّا أَعْتَدْنَا لِلْكَافِرِينَ سَلَاسِلَ
وَأَغْلَالًا
وَسَعِيرًا

(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Dalam pada itu), sesungguhnya Kami telah menyediakan bagi sesiapa yang berlaku kufur (atau menderhaka):
beberapa rantai
dan belenggu
serta neraka yang menjulang-julang.
-Sura Al-Insan, Ayah 4
👉takhwif ukhrowi.

إِنَّ الْأَبْرَارَ يَشْرَبُونَ مِنْ كَأْسٍ كَانَ مِزَاجُهَا كَافُورًا

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan kebajikan), akan meminum dari piala: sejenis minuman yang bercampur dengan "Kafur", -
-Sura Al-Insan, Ayah 5
👉Tabsyir bg orang yg bersyukur.
Dalam kitab tafsir,suatu perkara yg sangat mahal كَافُورًا dan berbau wangi boleh dicampur dlm minuman menyebabkan minuman ini menjadi lazat ran terbit dari matair

عَيْنًا يَشْرَبُ بِهَا عِبَادُ اللَّهِ
يُفَجِّرُونَهَا تَفْجِيرًا

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Iaitu sebuah matair (di Syurga), yang diminum daripadanya oleh hamba-hamba Allah (yang taat); mereka boleh mengalirkannya (di tempat-tempat tinggal mereka) dengan aliran yang semudah-mudahnya dan menurut kemahuannya.
-Sura Al-Insan, Ayah 6
👉

يُوفُونَ بِالنَّذْرِ
وَيَخَافُونَ يَوْمًا
كَانَ شَرُّهُ مُسْتَطِيرًا

(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya),
serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini.
-Sura Al-Insan, Ayah 7
👉

وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَىٰ حُبِّهِ
مِسْكِينًا
وَيَتِيمًا
وَأَسِيرًا

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya,
kepada orang miskin
dan anak yatim serta orang tawanan,
-Sura Al-Insan, Ayah 8
👉perkara ke2

إِنَّمَا نُطْعِمُكُمْ لِوَجْهِ اللَّهِ لَا نُرِيدُ مِنْكُمْ جَزَاءً وَلَا شُكُورًا

(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): "Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata;
kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih,
-Sura Al-Insan, Ayah 9
👉Ikhlas.
إِنَّا نَخَافُ مِنْ رَبِّنَا
يَوْمًا عَبُوسًا قَمْطَرِيرًا

(Abdullah Muhammad Basmeih)
"Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Ia kenakan kami azab
hari yang padanya muka orang-orang yang bersalah: masam berkerut-kerut".
-Sura Al-Insan, Ayah 10
👉Gambaran suasana diakhirat.

فَوَقَاهُمُ اللَّهُ شَرَّ ذَٰلِكَ الْيَوْمِ
وَلَقَّاهُمْ نَضْرَةً وَسُرُورًا

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dengan sebab (mereka menjaga diri dari kesalahan), maka Allah selamatkan mereka dari kesengsaraan hari yang demikian keadaannya,
serta memberikan kepada mereka keindahan yang berseri-seri (di muka), dan perasaan ria gembira (di hati).
-Sura Al-Insan, Ayah 11
👉Gembira yg boleh dilihat pada muka نَضْرَةً

وَجَزَاهُمْ بِمَا صَبَرُوا جَنَّةً وَحَرِيرًا

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera.
-Sura Al-Insan, Ayah 12

مُتَّكِئِينَ فِيهَا عَلَى الْأَرَائِكِ ۖ
لَا يَرَوْنَ فِيهَا شَمْسًا وَلَا زَمْهَرِيرًا

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias),
mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya),
dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk;
-Sura Al-Insan, Ayah 13
👉Jamak kepada katil الْأَرَائِكِ  yg ada bantal dimana tempat untuk  pengantin ,tempat duduk ahli syurga

وَدَانِيَةً عَلَيْهِمْ ظِلَالُهَا وَذُلِّلَتْ قُطُوفُهَا تَذْلِيلًا

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Sedang naungan pohon-pohon Syurga itu dekat kepada mereka,
dan buah-buahannya pula dimudahkan (untuk mereka memetiknya) dengan semudah-mudahnya.
-Sura Al-Insan, Ayah 14
👉

وَيُطَافُ عَلَيْهِمْ بِآنِيَةٍ مِنْ فِضَّةٍ
وَأَكْوَابٍ كَانَتْ
قَوَارِيرَا

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan (selain itu) diedarkan kepada mereka (oleh pelayan-pelayannya): bijana dari perak dan piala-piala minuman yang keadaannya laksana kaca (nampak jelas isinya) -
-Sura Al-Insan, Ayah 15

قَوَارِيرَ مِنْ فِضَّةٍ
قَدَّرُوهَا تَقْدِيرًا

(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Keadaannya laksana) kaca, (sedang ia) dari perak; pelayan-pelayan itu menentukan kadar isinya sekadar yang cukup betul dengan kehendak penggunanya.
-Sura Al-Insan, Ayah 16
👉Perak فِضَّةٍ

وَيُسْقَوْنَ فِيهَا كَأْسًا
كَانَ مِزَاجُهَا زَنْجَبِيلًا

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan mereka dalam Syurga itu, diberi minum
sejenis minuman yang campurannya dari "Zanjabil",
-Sura Al-Insan, Ayah 17
👉Jenis mataair زَنْجَبِيلًاyg asalnya halia.

عَيْنًا فِيهَا تُسَمَّىٰ سَلْسَبِيلًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Iaitu sebuah matair dalam Syurga, yang disebutkan sifatnya sebagai "Salsabil".
-Sura Al-Insan, Ayah 18
👉Makanan yg sangat enak

وَيَطُوفُ عَلَيْهِمْ وِلْدَانٌ مُخَلَّدُونَ إِذَا رَأَيْتَهُمْ حَسِبْتَهُمْ
لُؤْلُؤًا مَنْثُورًا

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya),
yang sentiasa beredar di sekitar mereka;
apabila engkau melihat anak-anak muda itu,
nescaya engkau menyangkanya mutiara yang bertaburan.
-Sura Al-Insan, Ayah 19

وَإِذَا رَأَيْتَ ثَمَّ رَأَيْتَ نَعِيمًا
وَمُلْكًا كَبِيرًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan apabila engkau melihat di sana (dalam Syurga itu), engkau melihat nikmat yang melimpah-limpah dan kerajaan yang besar (yang tidak ada bandingannya).
-Sura Al-Insan, Ayah 20

عَالِيَهُمْ ثِيَابُ سُنْدُسٍ
خُضْرٌ وَإِسْتَبْرَقٌ ۖ
وَحُلُّوا أَسَاوِرَ مِنْ فِضَّةٍ
وَسَقَاهُمْ رَبُّهُمْ شَرَابًا طَهُورًا

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat),
serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak;
dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci.
-Sura Al-Insan, Ayah 21

إِنَّ هَٰذَا كَانَ لَكُمْ جَزَاءً
وَكَانَ سَعْيُكُمْ مَشْكُورًا

(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Serta dikatakan kepada mereka): "Sesungguhnya (segala pemberian) ini adalah untuk kamu sebagai balasan,
dan adalah usaha amal kamu (di dunia dahulu) diterima dan dihargai (oleh Allah)".
-Sura Al-Insan, Ayah 22
👉Dapat kerana berusaha

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ تَنْزِيلًا

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad), dengan beransur-ansur.
-Sura Al-Insan, Ayah 23
👉Allah bagi tau.

فَاصْبِرْ لِحُكْمِ رَبِّكَ
وَلَا تُطِعْ مِنْهُمْ آثِمًا أَوْ كَفُورًا

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Oleh itu hendaklah engkau bersabar menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada golongan yang menentangmu),
dan janganlah engkau menurut kehendak orang yang berdosa di antara mereka, atau orang yang kufur ingkar.
-Sura Al-Insan, Ayah 24

وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ
بُكْرَةً وَأَصِيلًا

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar sembahyang),
pada waktu pagi dan petang;
-Sura Al-Insan, Ayah 25

وَمِنَ اللَّيْلِ
فَاسْجُدْ لَهُ
وَسَبِّحْهُ لَيْلًا طَوِيلًا

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan (dengan apa keadaan pun maka) pada sebahagian dari waktu malam
sujudlah kepada Tuhan (dengan mengerjakan sembahyang),
dan (seboleh-bolehnya) bertasbihlah memujiNya (dengan mengerjakan sembahyang Tahajjud),
pada sebahagian yang panjang dari waktu malam.
-Sura Al-Insan, Ayah 26

إِنَّ هَٰؤُلَاءِ يُحِبُّونَ الْعَاجِلَةَ
وَيَذَرُونَ وَرَاءَهُمْ يَوْمًا ثَقِيلًا

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Sesungguhnya orang-orang (yang menentangmu) itu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya,
serta mereka membelakangkan (tidak menghiraukan bekalan) untuk hari akhirat yang amat berat (penderitaannya kepada orang-orang yang tidak bertaqwa).
-Sura Al-Insan, Ayah 27
👉Zajrun

نَحْنُ خَلَقْنَاهُمْ وَشَدَدْنَا أَسْرَهُمْ ۖ
وَإِذَا شِئْنَا بَدَّلْنَا أَمْثَالَهُمْ تَبْدِيلًا

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Kamilah yang menciptakan mereka serta menguatkan tulang sendi dan urat saraf mereka; (Kami berkuasa membinasakan mereka)
dan apabila Kami kehendaki, Kami gantikan (mereka dengan) orang-orang yang serupa dengan mereka, dengan penggantian yang sebaik-baiknya.
-Sura Al-Insan, Ayah 28

إِنَّ هَٰذِهِ تَذْكِرَةٌ ۖ
فَمَنْ شَاءَ اتَّخَذَ إِلَىٰ رَبِّهِ سَبِيلًا

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan;
maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).
-Sura Al-Insan, Ayah 29
👉

وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ ۚ
إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).
-Sura Al-Insan, Ayah 30
👉Ikhtiar kamu itu hendaklah berada diatas taqdir.
Ikhtiar paling mudah adalah memohon pada allah.

يُدْخِلُ مَنْ يَشَاءُ فِي رَحْمَتِهِ ۚ
وَالظَّالِمِينَ أَعَدَّ لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Ia memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditetapkan) ke dalam rahmatNya (dengan ditempatkannya di dalam Syurga);
dan orang-orang yang zalim, Ia menyediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
-Sura Al-Insan, Ayah 31
👉

Tiada ulasan:

Catat Ulasan