Tafsir nota 1(1)
سورة الفاتحة
Surah Al-Fatihah (Pembukaan)Surah Pertama. Diturunkan Di Mekah. Mengandungi 7
Al fatihah 1-7
Ayat 1
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ (١)الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (٢)الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
(٣)مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ(٤)إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ(٥)اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
(٦)صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ(٧)
Dengan nama Allah,1 (Tuhan) Ar-Rahman, juga Ar-Rahim[1] Segala pujibagi Allah,' Rabb (Tuhan) semesta alam.4[2] (Tuhan) Ar-Rahman, juga Ar-
___________
1 Allah ialah nama zat (diri Tuhan) yang Maha Suci, yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya. Dia tidak memerlukan makhlukNya, sebaliknya semua makhluk memerlukanNya. Di dalam ayat yang mula-mula sekali diturunkan kepada Rasulullahs.a.w.
Allah berfirman:
Al-'Alaq 96:1
ٱقْرَأْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ
Bermaksud: Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan. (al-'Alaq:1).
Tetapi tidak disebut di situ nama Tuhan yang diperintah Baginda s.a.w. supaya membaca dengan menyebut namaNya itu. NamaNya disebutkan di dalam ayat pertama Surah al-Fatihah ini. Ia adalah Allah. Yang diperintah Rasulullah s.a.w. dan hamba-hamba Allah yang lain supaya membaca dengan nama Allah ialah Al-Qur'an.Allah secara tersirat seolah-olah mengajar hamba-hambaNya apabila hendakmembaca (Al-Qur'an) supaya mengucapkan
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Dan ia bererti aku
membaca Al-Qur'an ini dengan nama Allah yang bersifat dengan الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ iaitu
Tuhan Yang Maha Luas lagi Maha Berkekalan RahmatNya.
Kepentingan menyebut nama Allah atau
membaca بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ bukan hanya ketika hendak membaca Al-Qur'an sahaja. Ia juga dituntut supaya dibaca ketika hendak melakukan perkara-perkara baik yang lain. Sebagai contohnya Allah melarang hamba-hambaNya memakan binatang yang disembelih dengan tidak menyebut namaNya.
Lihat firman Allah berikut:
Al-An'am 6:121
وَلَا تَأْكُلُوا۟ مِمَّا لَمْ يُذْكَرِ ٱسْمُ ٱللَّهِ عَلَيْهِ وَإِنَّهُۥ لَفِسْقٌۗ وَإِنَّ ٱلشَّيَٰطِينَ لَيُوحُونَ إِلَىٰٓ أَوْلِيَآئِهِمْ لِيُجَٰدِلُوكُمْۖ وَإِنْ أَطَعْتُمُوهُمْ إِنَّكُمْ لَمُشْرِكُونَ
Bermaksud: Dan janganlah kamu makan dari (sembelihan binatang-binatanghalal) yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya, kerana
sesungguhnya yang sedemikian itu adalah perbuatan fasik (berdosa) dan
sesungguhnya syaitan-syaitan itu membisikkan kepada pengikut-pengikutnya, supayamereka membantah (menghasut) kamu dan jika kamu menurut hasutan mereka (untuk
1
Tiada ulasan:
Catat Ulasan