Sabtu, Oktober 19, 2019

Tafsir nota 1(2)


menghalalkan yang haram itu), sesungguhnya kamu tetap menjadi orang-orangmusyrik. (al-An' aam :l2l).

2 Oleh kerana sukar sekali mendapatkan perkataan dalam bahasa Melayu yang dapat menterjemahkan dengan tepat perkataan Ar-Rahman dan Ar-Rahim yang merupakan dua nama sifat Allah itu, penulis tidak menterjemahkannya. Malah mengekalkannya dalam perkataan asal. Punca kedua-dua perkataan itu sama, iaitu الرحمة.
Perkataan,الرحمة bererti rahmat, belas kasihan, kasih, sayang, simpati, kemurahan, kebaikan dan lain-lain. Perkataan الرحمن dan الرحيم mengandungi semua ma'na tersebut. Dalam qaedah bahasa 'Arab kedua-duanya merupakan shighah mubalagah, iaitu perkataan yang menyatakan adanya sifat rahmat pada Allah dengan banyak, melimpah ruah,mewah, meluas dan kuat. Ma'na ini ada pada sifat Ar-Rahman. Sifat rahmat itu juga sentiasa ada pada Allah secara berkekalan, berpanjangan dan berterusan. Ma'na ini terkandung dalam perkataan Ar-Rahim. Jadi Ar-Rahman dan Ar-Rahim ialah dua sifat Allah yang menunjukkan Tuhan Yang Maha Luas lagi Maha Berkekalan RahmatNya.Kesimpulannya ialah Allah, Tuhan semesta alam itu rahmatNy4 amat luas, banyakdan melimpah ruah, kerana itu Dia bersifat dengan Ar-Rahman. RahmatNya jugaberkekalan, berterusan dan berpanjffigon, kerana itu Dia bersifat dengan Ar-Rahim.
3 Tidak nyata di sini tempat dan waktu berlaku pujian kepada Allah, di mana dan bilakah Allah itu terpuji? Tetapi di dalam Surah ar-Ruum ia disebutkan. Antara tempat Allah dipuji dan terpuji ialah di langit dan di bumi. Dan antara waktunya ialah pada petang hari dan juga pada waktu Zuhur.
Lihat firman Allah berkenaan:

Ar-Rum 30:18

وَلَهُ ٱلْحَمْدُ فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَعَشِيًّا وَحِينَ تُظْهِرُونَ

Bermaksud: Dan bagi-Nya-lah segala puji di langit dan di bumi dan di waktukamu berada pada petang hari dan di waktu kamu berada di waktu Zuhur.
(ar-Ruum:18).

Di dalam dua ayat di bawah ini juga tersebut masa, ketika dan waktu Allah dipuji dan terpuji:

Al-Qasas 28:70

وَهُوَ ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۖ لَهُ ٱلْحَمْدُ فِى ٱلْأُولَىٰ وَٱلْءَاخِرَةِۖ وَلَهُ ٱلْحُكْمُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

Bermaksud: Dan Dialah Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia,bagi-NyaJah segala puji di dunia dan di akhirat, hanyalah Dia yang berkuasa menghukum, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.

(al-Qashash: 70).

Saba' 34:1

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ ٱلَّذِى لَهُۥ مَا فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِ وَلَهُ ٱلْحَمْدُ فِى ٱلْءَاخِرَةِۚ وَهُوَ ٱلْحَكِيمُ ٱلْخَبِيرُ

Bermaksud: Segala puji bagi Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada dilangit dan yang ada di bumi dan bagi-Nya CIuga) segala puji di akhirat. Dan DialahYang .Maha Bijaksana lagi Maha Mendalam pengetahuanNya. (Saba':l ).

Sebagaimana Allah menyuruh hamba-hambaNya memulakan segala pekerjaanyang baik dan mulia dengan menyebut namaNya, Allah juga menyuruh mereka memujiNya menerusi ayat berikut:

An-Naml 27:59

قُلِ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ وَسَلَٰمٌ عَلَىٰ عِبَادِهِ ٱلَّذِينَ ٱصْطَفَىٰٓۗ ءَآللَّهُ خَيْرٌ أَمَّا يُشْرِكُونَ

"'Bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): "Segala puji bagi Allah'dan selamat sejahtera kepada hamba:hambaNya (Nabi-nabi) yang dipilihNya. Manakah yang lebih

2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan