Sabtu, Oktober 19, 2019

Tafsir nota 1(3)

Rahim.5 [3]Yang menguasai Hari Pembalasan Engkaulah yang kami sembah,7 dan hanya kepada(hari akhirat).6
l4l Hanya Engkaulah kami memohon
__________________
baik? Allah atau benda-benda yang mereka jadikan sekutu-sekutu bagiNya?" (an-Naml:59).

4 Tidak dijelaskan di sini apakah yang dimaksudkan dengan Rab (Tuhan) sekalian alam itu? Di tempat yang lain Allah menyatakannya dalam bentuk soal jawab. Allahberfirman:

Asy-Syu'ara' 26:23

قَالَ فِرْعَوْنُ وَمَا رَبُّ ٱلْعَٰلَمِينَ

Bermaksud: Firaun berkata: "Siapa Tuhan sekalian alam itu?"

(23)

Asy-Syu'ara' 26:24

قَالَ رَبُّ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَآۖ إِن كُنتُم مُّوقِنِينَ

Nabi Musa menjawab. "Dialah yang memiliki dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, kalaulah kamu mahu mendapat keyakinan dengan berdalil, maka inilah jalannya. (24).
(asy-Syu'araa' : 23-24).

.Dua ayat di bawah ini juga menjelaskan tentang Allah sebagai Rabbul 'Alamin itu:

Fushshilat 41:9

قُلْ أَئِنَّكُمْ لَتَكْفُرُونَ بِٱلَّذِى خَلَقَ ٱلْأَرْضَ فِى يَوْمَيْنِ وَتَجْعَلُونَ لَهُۥٓ أَندَادًاۚ ذَٰلِكَ رَبُّ ٱلْعَٰلَمِينَ

Bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya tidak patut kamu kufur kepada Tuhan yang menciptakan bumi dalam dua masa dan kamu adakan sekutu-sekutu bagiNya! Yang demikian (sifatNya dan kekuasaanNya) ialah (Allah)Tuhan sekalian alam, (9)

Fushshilat 41:10

وَجَعَلَ فِيهَا رَوَٰسِىَ مِن فَوْقِهَا وَبَٰرَكَ فِيهَا وَقَدَّرَ فِيهَآ أَقْوَٰتَهَا فِىٓ أَرْبَعَةِ أَيَّامٍ سَوَآءً لِّلسَّآئِلِينَ

Dan Dia menjadikan di bumi gunung-ganang yang kukuh di atasnya, Diamelimpahkan berkat padanya dan Dia menentukan ada padaNya bahan-bahankeperluan hidup penduduknya, sekadar yang menyamai hajat yang diminta dan dikehenilaki oleh keadaan mereka; (semuanya itu berlaku) dalam empat masa. (10)
(Fusshilat:9- 10).

Jadi, Rabbul 'Alamin itu ialah Tuhan yang menciptakan, memiliki, mengatur,memberi rezeki dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya. Itulah Allah.' Oleh kerana dua sifat Allah inilah yang paling dominan dalam kerajaan Allah dialam semesta, maka ia disebut sekali lagi. Itulah rahsia di sebalik dua sifat Allah iniditonjolkan di dalam Surah al-Fatihah sebanyak dua kali. Hakikat bahawa dua sifat itulah yang mendominasi seluruh kerajaan Allah di alam semesta diisyaratkan melalui beberapa firman Allah berikut:

Al-A'raf 7:156

وَٱكْتُبْ لَنَا فِى هَٰذِهِ ٱلدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى ٱلْءَاخِرَةِ إِنَّا هُدْنَآ إِلَيْكَۚ قَالَ عَذَابِىٓ أُصِيبُ بِهِۦ مَنْ أَشَآءُۖ وَرَحْمَتِى وَسِعَتْ كُلَّ شَىْءٍۚ فَسَأَكْتُبُهَا لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ وَيُؤْتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱلَّذِينَ هُم بِـَٔايَٰتِنَا يُؤْمِنُونَ

Bermaksud: Dan tetapkanlah untuk Kami kebaikan dalam dunia ini dan juga diakhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadaMu. Allah berfirman:"AzabKu akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki dan rahmatKu meliputi segala sesuatu; maka Aku akan tetapkan rahmatKu untuk orang-orang yang

3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan