Ahad, Disember 29, 2019

Tafsir quran sesi 004 (E2)

Tafsir quran sesi 004 (E2)

Surah al fatihah
Ayat 1
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Tafsir
Surah al alaq ayat 1
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),

💞💞💞

Ayat 2
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Isyarat kepada setengah dari Al-Quran.

Tafsir
Surah arrum Ayat 18
وَلَهُ الْحَمْدُ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَعَشِيًّا وَحِينَ تُظْهِرُونَ
Bermaksud: Dan bagi-Nya-lah segala puji di langit dan di bumi dan di waktu kamu berada pada petang hari dan di waktu kamu berada di waktu Zuhur. (ar-Ruum:18).

Surah al qasas 70

وَهُوَ اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ
لَهُ الْحَمْدُ فِي الْأُولَىٰ وَالْآخِرَةِ ۖ
وَلَهُ الْحُكْمُ
وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

Dan Dia lah Allah tiada Tuhan melainkan Dia.
Segala puji tertentu bagiNya, di dunia dan di akhirat;
dan hanyalah Dia yang berkuasa menghukum,
serta kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.

Saba' 34:1

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ ٱلَّذِى لَهُۥ مَا فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِ وَلَهُ ٱلْحَمْدُ فِى ٱلْءَاخِرَةِۚ وَهُوَ ٱلْحَكِيمُ ٱلْخَبِيرُ

Segala puji bagi Allah yang memiliki apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi dan segala puji di akhirat bagi Allah. Dan Dialah Yang Mahabijaksana, Mahateliti.

💞💞💞

Ayat 3
الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Tafsir.
Kedua2 adalah sighah mubalaghah.
sighah mubalaghah ini apa?
Iaitu  perkataan yg menyatakan adanya sifat rahmat pada Allah dengan banyak,melimpahruah,mewah ,meluas dan kuat .itu makna bila guna sighah mubalaghah.
Contoh bahasa melayu.
Dia pemakan..dia kaki makan,dia berahi makan tentu lain .bukan sekali makan.
Inilah sighah mubalaghah.
Ini pun ada juga yg menunjukkan banyak.
Makna ini pada sifat الرَّحْمَٰنِ
Sifat rahmat itu sentiasa ada pada Allah secara berkekalan ,berpanjangan dan berterusan.
Tidak berhenti setakat dunia.
Makna ini terkandung dlm perkataan الرَّحِيمِ
Perkataan الرَّحْمَٰنِ dan الرَّحِيمِ menunjukan sifat allah yg maha luas lagi maha berkekalan rahmatnya.itu maknanya.
Kesimpulannya
Allah ,rahmatnya amat luas,banyak dan melimpahruah kerana itu dia bersifat dengan الرَّحْمَٰنِ
Rahmatnya juga berkekalan ,berterusan dan berpanjangan kerna itu dia bersifat dengan الرَّحِيمِ
Itu lah ringkasnya.beza الرَّحْمَٰنِ dengan الرَّحِيمِ

💞💞
Ayat 4
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan
(hari Akhirat).

Apakah yang dimaksudkan dengan "Yaumid Diin" atau hari pembalasan di dalamayat ini? Ia nyata melalui firman Allah berikut
Al-Infithar 82:18

ثُمَّ مَآ أَدْرَىٰكَ مَا يَوْمُ ٱلدِّينِ

Al-Infithar 82:19

يَوْمَ لَا تَمْلِكُ نَفْسٌ لِّنَفْسٍ شَيْـًٔاۖ وَٱلْأَمْرُ يَوْمَئِذٍ لِّلَّهِ

Bermaksud:
Sekali lagi, tahukah kamu apakah hari pembalasan itu? (18)
(Iaitu)hari (ketika) seseorang tidak berdaya sedikitpun untuk menolong orang lain.Dan segala urusan pada hari itu dalam kekuasaan Allah. (19)
(al-Infithaar:18-19)

Itulah hari kiamat atau hari akhirat."Yaumud Diin" adalah hari pembalasan dan pengadilan di akhirat.
Hakikat ini dapat juga dilihat pada firman Allah di bawah ini:
An-Nur 24:25

يَوْمَئِذٍ يُوَفِّيهِمُ ٱللَّهُ دِينَهُمُ ٱلْحَقَّ وَيَعْلَمُونَ أَنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلْحَقُّ ٱلْمُبِينُ

Bermaksud: Di hari itu, Allah akan memberi mereka balasan yang setimpal menurut semestinya, dan tahulah mereka bahawa Allah-lah yang Maha Benar, lagi nyatakeadilanNya. (an-Nuur :25).

💞💞💞

Ayat 5
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

Tafsir
Engkau jua yang kami sembah dan kami puja.

Kenyataan ini bersesuaian dengan firman Allah berikut:

1.Al-Bayyinah 98:5

وَمَآ أُمِرُوٓا۟ إِلَّا لِيَعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ حُنَفَآءَ وَيُقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤْتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَۚ وَذَٰلِكَ دِينُ ٱلْقَيِّمَةِ

Bermaksud: Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yangdemikian itulah agama yang lurus.
(al-Baiyyinah:5).

2.Al-Baqarah 2:165

وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَتَّخِذُ مِن دُونِ ٱللَّهِ أَندَادًا يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ ٱللَّهِۖ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَشَدُّ حُبًّا لِّلَّهِۗ وَلَوْ يَرَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُوٓا۟ إِذْ يَرَوْنَ ٱلْعَذَابَ أَنَّ ٱلْقُوَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا وَأَنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعَذَابِ

Bermaksud: Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah.Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jikaseandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, danbahawa Allah amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal).
(al-Baqarah:165).

Bahagian permulaan ayat ke-5 Surah al-Fatihah ini sebenarnya merealisasikan ma'na
لا إله الله
(Tiada tuhan yang layak disembah selain Allah).
Ini kerana KalimahThayyibah itu mengandungi dua perkara utama.
Pertamanya ialah nafi (tolak) dan
keduanya ialah itsbat (terima).
Nafi bererti membuang segala sembahan selain Allah daripada kelayakan disembah dalam segala bentuk penyembahan. Itsbat pula bererti mengikhlas dan mengesakan Allah pencipta langit dan bumi dan segala-galanya sebagai satu-satunya Tuhan yang disembah dan dipuja. Pada mendahulukan اياك  terdapat erti nafi (tolak) itu, kerana ia bererti Engkau jua, Engkau sahaja atau hanya Engkaulah. Maka secara tersirat (maflrum) ia mengandungi erti penafian penyembahan dan pemujaan kepada selain Allah. Dan memang itu pun maksud لا إله إلا الله
(Tiada tuhan yang layak disembah selain Allah).

Perkataan نعبد pulamengisyaratkan kepada pengitsbatan penyembahan hanya kepada Allah.

Hakikat ini dapat dilihat pada sekian banyak firman Allah di dalam Al-Qur'an.
Sebagai contohnya lihat saja beberapa ayat di bawah ini:

Al-Baqarah 2:21

يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱعْبُدُوا۟ رَبَّكُمُ ٱلَّذِى خَلَقَكُمْ وَٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Al-Baqarah 2:22

ٱلَّذِى جَعَلَ لَكُمُ ٱلْأَرْضَ فِرَٰشًا وَٱلسَّمَآءَ بِنَآءً وَأَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءً فَأَخْرَجَ بِهِۦ مِنَ ٱلثَّمَرَٰتِ رِزْقًا لَّكُمْۖ فَلَا تَجْعَلُوا۟ لِلَّهِ أَندَادًا وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

Bermaksud: Hai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelurrunu, agar kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa. (21)Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, danDia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan air (hujan) itusegala buah-buahan sebagai rezeki untukmu; kerana itu janganlah kamu mengadakansekutu-sekutu bagi Allah, padahal kamu mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan YangMaha Esal.
(22)
3.(al-Baqarah :21 -22).

Rangkai kata اعبدوا ربكمdi dalam ayat ke-21 mengitsbatkan (menyabitkan)penyembahan kepada Allah semata-mata. Sementara firman Allah:

 فلا تجعوا لله أندادا dihujung ayatke-22 menafikan sembahan-sembahan yang lain selain Allah.

4.An-Nahl 16:36

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِى كُلِّ أُمَّةٍ رَّسُولًا أَنِ ٱعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ وَٱجْتَنِبُوا۟ ٱلطَّٰغُوتَۖ فَمِنْهُم مَّنْ هَدَى ٱللَّهُ وَمِنْهُم مَّنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ ٱلضَّلَٰلَةُۚ فَسِيرُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ فَٱنظُرُوا۟ كَيْفَ كَانَ عَٰقِبَةُ ٱلْمُكَذِّبِينَ

Bermaksud: Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umatseorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu
menyembah Allah dan jauhilah taghut." Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan rasul-rasulnya.
(an-Nahl:36).

Di dalam ayat ini itsbat terdapat pada ٱعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ وَٱجْتَنِبُوا۟
Dan nafinya pada وَٱجْتَنِبُوا۟ ٱلطَّٰغُوت

firmanNya,
5.Al-Baqarah 2:256

لَآ إِكْرَاهَ فِى ٱلدِّينِۖ قَد تَّبَيَّنَ ٱلرُّشْدُ مِنَ ٱلْغَىِّۚ فَمَن يَكْفُرْ بِٱلطَّٰغُوتِ وَيُؤْمِنۢ بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱسْتَمْسَكَ بِٱلْعُرْوَةِ ٱلْوُثْقَىٰ لَا ٱنفِصَامَ لَهَاۗ وَٱللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Bermaksud: Tidak ada paksaan dalam agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalanyang benar (Islam) daripada jalan yang sesat (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidakpercaya kepada Thaghut dan ia (pula) beriman kepada Allah, makasesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang amat kuat dantidak akan putus. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
(al-Baqarah:256).
Di dalam ayat ini nafi terdapat pada firmanNya; فَمَن يَكْفُرْ بِٱلطَّٰغُوت
Dan isbatnya pada وَيُؤْمِنۢ بِٱللَّهِ

Az-Zukhruf 43:26

وَإِذْ قَالَ إِبْرَٰهِيمُ لِأَبِيهِ وَقَوْمِهِۦٓ إِنَّنِى بَرَآءٌ مِّمَّا تَعْبُدُونَ

Az-Zukhruf 43:27

إِلَّا ٱلَّذِى فَطَرَنِى فَإِنَّهُۥ سَيَهْدِينِ

Bermaksud:
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanyadan kaumnya: Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu sembah; (26)tetapi (aku menyembah) Tuhan Yang menciptakan daku, kerana sesungguhnyaDia tetap memberi hidayat petunjuk kepadaku. (27)
6.(az-Zukhruf:26-27).

dan itsbat pulaterdapat pada firmanNya: إِنَّنِى بَرَآءٌ مِّمَّا تَعْبُدُونَ
Nafi di'dalam ayat ini terdapat pada firmanNya: إِلَّا ٱلَّذِى فَطَرَنِى

Al-Anbiya 21:25

وَمَآ أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلَّا نُوحِىٓ إِلَيْهِ أَنَّهُۥ لَآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنَا۠ فَٱعْبُدُونِ

Bermaksud: Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seorangRasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiadaTuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku, oleh itu beribadatlah kamukepadaKu.
7.(al-Ambiya':25).

,Di dalam ayat ini nafi terdapat pada firmanNya'  لَا إِلٰهَdan itsbat pula terdapat pada firmanNya:

لَآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنَا۠ فَٱعْبُدُونِ

Az-Zukhruf 43:45

وَسْـَٔلْ مَنْ أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رُّسُلِنَآ أَجَعَلْنَا مِن دُونِ ٱلرَّحْمَٰنِ ءَالِهَةً يُعْبَدُونَ

Bermaksud; Dan tanyakanlah kepada mana-mana Rasul yang Kami telah utuskansebelummu; pernahkah Kami menetapkan tuhan-tuhan untuk disembah selain ar-Rahman (Allah)?
(az-Zukhruf: 45).

pada firman Allahأَجَعَلْنَا مِن دُونِ ٱلرَّحْمَٰنِ ءَالِهَةً يُعْبَدُونَ terdapat penafian kelayakan disembah daripada sekalian tuhan selain ar-rahman (Allah). Kelayakan disembah hanya diitsbatkan untuk Tuhan ar-Rahman semata-mata.

💞💞

 [5]
Pimpinlah kami ke jalan yang lurus.' JO1 liuito) Jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan ni'mat kepada mereka;10 bukan (jalan)mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat ." 12. (7)

💞💞

Maksudnya ialah hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan berhubung dengan perkara-perkara yang di luar daripada kemampuan makhlukMu dan hanyaEngkau jualah yang berkuasa melakukannya.

Beberapa firman Allah di dalam Al-Qur'an menyatakan apakah perkara-perkara yang di luar daripada kemampuan makhluk dan hanya Allah jualah yang berkuasa melakukannya. Antaranya ialahfirman Allah berikut:

Asy-Syu'ara' 26:79

وَٱلَّذِى هُوَ يُطْعِمُنِى وَيَسْقِينِ

Asy-Syu'ara' 26:80

وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ

Asy-Syu'ara' 26:81

وَٱلَّذِى يُمِيتُنِى ثُمَّ يُحْيِينِ

Asy-Syu'ara' 26:82

وَٱلَّذِىٓ أَطْمَعُ أَن يَغْفِرَ لِى خَطِيٓـَٔتِى يَوْمَ ٱلدِّينِ

Bermaksud: Dan Tuhan yang Dialah jua memberiku makan dan mbmberi minum, (79)Apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku; (80) (Dialah) yangmematikan daku, kemudian Dia menghidupkan daku; (Sl) Dan (Diatah) yang akuharap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat; (82).
8.(asy-Syu'araa' :79-82).

Asy-Syura 42:49

لِّلَّهِ مُلْكُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِۚ يَخْلُقُ مَا يَشَآءُۚ يَهَبُ لِمَن يَشَآءُ إِنَٰثًا وَيَهَبُ لِمَن يَشَآءُ ٱلذُّكُورَ

Asy-Syura 42:50

أَوْ يُزَوِّجُهُمْ ذُكْرَانًا وَإِنَٰثًاۖ وَيَجْعَلُ مَن يَشَآءُ عَقِيمًاۚ إِنَّهُۥ عَلِيمٌ قَدِيرٌ

Bermaksud: Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, Dia menciptakan apayang Dia kehendaki. Dia memberikan anak-anak perempuan kepada siapa yang Diakehendaki dan memberikan anak-anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki (a9)atau Dia menganugerahkan kedua jenis laki-laki dan perempuan (kepada siapa) yangdikehendaki-Nya, dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki.Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa (50).
9.(asy-Syura:49-50).

10.Ar-Rum 30:37

أَوَلَمْ يَرَوْا۟ أَنَّ ٱللَّهَ يَبْسُطُ ٱلرِّزْقَ لِمَن يَشَآءُ وَيَقْدِرُۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَٰتٍ لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

Bermaksud: Dan apakah mereka tidak memperhatikan bahawa sesungguhnya Allah melapangkan rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan Dia (pula) yangmenyempitkan (rezeki itu). Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benarterdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman.
(ar-Ruum:37).

11.Asy-Syura 42:28

وَهُوَ ٱلَّذِى يُنَزِّلُ ٱلْغَيْثَ مِنۢ بَعْدِ مَا قَنَطُوا۟ وَيَنشُرُ رَحْمَتَهُۥۚ وَهُوَ ٱلْوَلِىُّ ٱلْحَمِيدُ

Bermaksud: Dan Dialah Yang menurunkan hujan sesudah mereka berputus asa danmenyebarkan rahmat-Nya merata-rata. Dialah Yang Maha Pelindung lagi MahaTerpuj i.
(asy- Syura: 28).

Adapun perkara-perkara yang pada adatnya berada dalam kemampuan hamba-hambaAllah, maka tidaklah menjadi kesalahan memohon pertolongannya, kerana Allah berfirman:

12.Al-Ma'idah 5:2

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تُحِلُّوا۟ شَعَٰٓئِرَ ٱللَّهِ وَلَا ٱلشَّهْرَ ٱلْحَرَامَ وَلَا ٱلْهَدْىَ وَلَا ٱلْقَلَٰٓئِدَ وَلَآ ءَآمِّينَ ٱلْبَيْتَ ٱلْحَرَامَ يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِّن رَّبِّهِمْ وَرِضْوَٰنًاۚ وَإِذَا حَلَلْتُمْ فَٱصْطَادُوا۟ۚ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَـَٔانُ قَوْمٍ أَن صَدُّوكُمْ عَنِ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِ أَن تَعْتَدُواۘ وَتَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْبِرِّ وَٱلتَّقْوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْإِثْمِ وَٱلْعُدْوَٰنِۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعِقَابِ

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu melanggar syiar-syiar kesucian Allah, dan jangan (melanggar kehormatan) bulan-bulan haram, jangan (mengganggu) hadyu (hewan-hewan kurban) dan qala'id (hewan-hewan kurban yang diberi tanda), dan jangan (pula) mengganggu orang-orang yang mengunjungi Baitulharam; mereka mencari karunia dan keridhaan Tuhannya. Tetapi apabila kamu telah menyelesaikan ihram, maka bolehlah kamu berburu. Jangan sampai kebencian(mu) kepada suatu kaum karena mereka menghalang-halangimu dari Masjidilharam, mendorongmu berbuat melampaui batas (kepada mereka).

Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah sangat berat siksaan-Nya.

Bermaksud: ...Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa. . .
(al-Maa'idah:2).

وإياك نستعين
bahagian kedua ayat ke-5 Surah al-Fatihah.
Ia disebutkan selepas
'.إياك نعبد
untuk mengisyaratkan bahawa manusia hendaklah bertawakkal hanya kepadaTuhan yang layak disembah, kerana Dialah sahaja Yang Maha Berkuasa lagi Maha Mendengar.
Di tanganNya jua berada segala perkara dan urusan alam semesta.
Hakikat ini dijelaskan oleh Allah pada beberapa tempat yang lain di dalam KitabNya(Al-Qur'an).

Di bawah ini adalah sebahagian daripada ayat-ayat berkenaan:

13.Hud 11:123

وَلِلَّهِ غَيْبُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَإِلَيْهِ يُرْجَعُ ٱلْأَمْرُ كُلُّهُۥ فَٱعْبُدْهُ وَتَوَكَّلْ عَلَيْهِۚ وَمَا رَبُّكَ بِغَٰفِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

Bermaksud: Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah Dia, danbertawakkallah kepadaNya. Dan sekali-kali Tuhanmu tidak lalai dari apa yangkamu lakukan. (Huud: 123).

14.At-Taubah 9:129

فَإِن تَوَلَّوْا۟ فَقُلْ حَسْبِىَ ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۖ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُۖ وَهُوَ رَبُّ ٱلْعَرْشِ ٱلْعَظِيمِ

(2)Bermaksud: Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah: "CukuplahAllah bagiku; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. HanyakepadaNya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung."
(at-Taubah :129).

15.Al-Muzzammil 73:9

رَّبُّ ٱلْمَشْرِقِ وَٱلْمَغْرِبِ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ فَٱتَّخِذْهُ وَكِيلًا

Bermaksud: (Dialah) Tuhan yang menguasai timur dan barat, tiada Tuhan (yangberhak disembah) melainkan Dia, maka ambillah Dia sebagai pelindung.
(al-Muzzammil:9).

16..Al-Mulk 67:29

قُلْ هُوَ ٱلرَّحْمَٰنُ ءَامَنَّا بِهِۦ وَعَلَيْهِ تَوَكَّلْنَاۖ فَسَتَعْلَمُونَ مَنْ هُوَ فِى ضَلَٰلٍ مُّبِينٍ

Bermakbud: Katakanlah: "Dialah Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha luasrahmatNya), kami beriman kepadaNya dan kepadaNya-lah kami bertawakkal.Kelak kamu akan mengetahui siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata."
(al-Mulk:29).
💞💞

Ayat 6
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Ayat 7
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Jalan lurus yang dipinta supaya Allah memimpin kita kepadanya tersebut di dalam beberapa ayat di bawah ini

Al-An'am 6:151

قُلْ تَعَالَوْا۟ أَتْلُ مَا حَرَّمَ رَبُّكُمْ عَلَيْكُمْۖ أَلَّا تُشْرِكُوا۟ بِهِۦ شَيْـًٔاۖ وَبِٱلْوَٰلِدَيْنِ إِحْسَٰنًاۖ وَلَا تَقْتُلُوٓا۟ أَوْلَٰدَكُم مِّنْ إِمْلَٰقٍۖ نَّحْنُ نَرْزُقُكُمْ وَإِيَّاهُمْۖ وَلَا تَقْرَبُوا۟ ٱلْفَوَٰحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَۖ وَلَا تَقْتُلُوا۟ ٱلنَّفْسَ ٱلَّتِى حَرَّمَ ٱللَّهُ إِلَّا بِٱلْحَقِّۚ ذَٰلِكُمْ وَصَّىٰكُم بِهِۦ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ

Al-An'am 6:152

وَلَا تَقْرَبُوا۟ مَالَ ٱلْيَتِيمِ إِلَّا بِٱلَّتِى هِىَ أَحْسَنُ حَتَّىٰ يَبْلُغَ أَشُدَّهُۥۖ وَأَوْفُوا۟ ٱلْكَيْلَ وَٱلْمِيزَانَ بِٱلْقِسْطِۖ لَا نُكَلِّفُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَاۖ وَإِذَا قُلْتُمْ فَٱعْدِلُوا۟ وَلَوْ كَانَ ذَا قُرْبَىٰۖ وَبِعَهْدِ ٱللَّهِ أَوْفُوا۟ۚ ذَٰلِكُمْ وَصَّىٰكُم بِهِۦ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
Al-An'am 6:153

وَأَنَّ هَٰذَا صِرَٰطِى مُسْتَقِيمًا فَٱتَّبِعُوهُۖ وَلَا تَتَّبِعُوا۟ ٱلسُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِۦۚ ذَٰلِكُمْ وَصَّىٰكُم بِهِۦ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Bermaksud katakanlah marilah ku bacakan kepada mu iaitu jangan mempersekutukan Nya dengan apa pun,berbuat
  baiklah kepada ibu bapa, janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takutkemiskinan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan kepadamereka, janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampakdaripadanya mahupun yang tersembunyi, dan janganlah kamu membunuh jiwa yangdiharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (menurutsyari'at Islam). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamumemahaminya. (151)Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang terbaik(untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga dia baligh (dewasa, serta layakmengurus hartanya dengan sendiri). Dan sempurnakanlah sukatan dan timbangandengan adil. Kami tidak memikulkan beban kepada sesorang melainkan sekedarkesanggupannya. Dan apabila kamu berkata, maka hendaklah kamu berlaku adil,sekalipun ia adalah kerabat(mu), dan penuhilah janji Allah. Dengan yang demikianitulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu beringat (mematuhiNya). (152)Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang lurus, makahendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dariIslam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah,Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa. (153).
(al-An'aam:151-153).

Di dalam ayat ke-153 Allah menyebutkan jalan yang lurus itu sebagai jalanKu. Iapada hakikatnya adalah ajaran Islam.

Siapakah orang-orang yang Allah telah kurniakan ni'mat kepada mereka? Di dalam Surah an-Nisaa' Allah menjelaskan siapa mereka. Lihat ayat berkenaan di bawah ini:

An-Nisa' 4:69

وَمَن يُطِعِ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ فَأُو۟لَٰٓئِكَ مَعَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمَ ٱللَّهُ عَلَيْهِم مِّنَ ٱلنَّبِيِّۦنَ وَٱلصِّدِّيقِينَ وَٱلشُّهَدَآءِ وَٱلصَّٰلِحِينَۚ وَحَسُنَ أُو۟لَٰٓئِكَ رَفِيقًا

Bermaksud: Orang-orang yang taat kepada Allah dan RasulNya, mereka akan(ditempatkan di Syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan ni'mat oleh Allah, iaitu Nabi-nabi, orang-orang Shiddiqiin, orang-orang yang Syahid dan orang-orang yang saleh. Mereka itulah teman yang sebaik-baiknya.
(an-Nisaa':69)."

Yang dimaksudkan dengan mereka yang dimurkai ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang yang berkelakuan seperti mereka. Walaupun tidak disebutkan dengan jelas di sini siapa mereka, tetapi melalui sekian banyak ayat-ayat Al-Qur'an dapat  dipastikan merekalah golongan yang paling menepatinya. Ayat-ayat berikut adalahsebahagian contohnya:
Al-Baqarah 2:90

بِئْسَمَا ٱشْتَرَوْا۟ بِهِۦٓ أَنفُسَهُمْ أَن يَكْفُرُوا۟ بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ بَغْيًا أَن يُنَزِّلَ ٱللَّهُ مِن فَضْلِهِۦ عَلَىٰ مَن يَشَآءُ مِنْ عِبَادِهِۦۖ فَبَآءُو بِغَضَبٍ عَلَىٰ غَضَبٍۚ وَلِلْكَٰفِرِينَ عَذَابٌ مُّهِينٌ

Bermaksud: Alangkah buruknya (hasil perbuatan) mereka yang menjual dirinya sendiri dengan mengkufuri (mengingkari) apa yang telah diturunkan Allah, kerana dengki bahawa Allah menurunkan kurniaNya kepada sesiapa yang dikehendakiNyadari kalangan hamba-hambaNya.
Maka mereka mendapat kemurkaan-kemurkaan.Dan untuk orang-orang kafir ada azab siksaan yang menghinakan.
(al-Baqarah:90)

Al-Ma'idah 5:60

قُلْ هَلْ أُنَبِّئُكُم بِشَرٍّ مِّن ذَٰلِكَ مَثُوبَةً عِندَ ٱللَّهِۚ مَن لَّعَنَهُ ٱللَّهُ وَغَضِبَ عَلَيْهِ وَجَعَلَ مِنْهُمُ ٱلْقِرَدَةَ وَٱلْخَنَازِيرَ وَعَبَدَ ٱلطَّٰغُوتَۚ أُو۟لَٰٓئِكَ شَرٌّ مَّكَانًا وَأَضَلُّ عَن سَوَآءِ ٱلسَّبِيلِ

Bermaksud: Katakanlah: Mahukah aku khabarkan kepadamu tentang orang-orangyang lebih buruk pembalasannya di sisi Allah daripada (orang-orang fasik) itu? Iaitu orang-orang yang dila'nat oleh Allah dan dimurkaiNya dan orang-orang yang dijadikan di antara mereka sebagai kera dan babi dan penyembah Taghut. Merekainilah yang lebih buruk kedudukannya dan yang lebih sesat dari jalan yang lurus.
(al-Maa'idah:60)

Al-A'raf 7:152

إِنَّ ٱلَّذِينَ ٱتَّخَذُوا۟ ٱلْعِجْلَ سَيَنَالُهُمْ غَضَبٌ مِّن رَّبِّهِمْ وَذِلَّةٌ فِى ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَاۚ وَكَذَٰلِكَ نَجْزِى ٱلْمُفْتَرِينَ

Bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang menyembah (patung) anak lembu itu,akan mendapat kemurkaan Tuhan dan kehinaan dalam kehidupan dunia. Demikianlah Kami membalas orang-orang yang mengada-adakan perkara yang tidak benar.
(al-A'raaf:152).

Ketiga-tiga ayat yang dikemukakan ini sememangnya mengenai orang-orangYahudi. 
Yang dimaksudkan dengan mereka yang sesat pula ialah orang-orang Nashara(Kristian).
Buktinya dapat dilihat pada firman Allah di bawah ini sebagai contohnya:

Al-Ma'idah 5:77

قُلْ يَٰٓأَهْلَ ٱلْكِتَٰبِ لَا تَغْلُوا۟ فِى دِينِكُمْ غَيْرَ ٱلْحَقِّ وَلَا تَتَّبِعُوٓا۟ أَهْوَآءَ قَوْمٍ قَدْ ضَلُّوا۟ مِن قَبْلُ وَأَضَلُّوا۟ كَثِيرًا وَضَلُّوا۟ عَن سَوَآءِ ٱلسَّبِيلِ

Bermaksud: Katakanlah: Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu berlebih-lebihan(melampaui batas) dengan cara tidak benar dalam agamamu. Dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum yang telah sesat sebelum ini (sebelum kedatangan Muhammad) dan mereka telah menyesatkan ramai manusia, dan juga (sekarang)mereka telah tersesat (juh) dari jalan yang lurus.
(al-Maa'idah:77).

Termasuk juga dalam firman Allah "mereka yang sesat" itu orang-orang kafir seumumnya dan orang-orang yang menyeleweng dan tersasul daripada jalan yang lurus. Lihat firman Allah di bawah ini:

An-Nisa' 4:167

إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ وَصَدُّوا۟ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ قَدْ ضَلُّوا۟ ضَلَٰلًۢا بَعِيدًا

Bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang kafir serta menghalang orang-orang lain dari jalan Allah (agama Islam), benar-benar telah sesat sejauh-jauhnya.
(an-Nisaa':167)

Aali-Imran 3:90

إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ بَعْدَ إِيمَٰنِهِمْ ثُمَّ ٱزْدَادُوا۟ كُفْرًا لَّن تُقْبَلَ تَوْبَتُهُمْ وَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلضَّآلُّونَ

Bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang kafir sesudah mereka beriman,kemudian mereka bertambah kufur lagi, tidak sekali-kali akan diterima taubat merekadan mereka itulah orang-orang yang sesat.
(Aali 'Imraan:90).

An-Nisa' 4:116

إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِۦ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَن يَشَآءُۚ وَمَن يُشْرِكْ بِٱللَّهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَٰلًۢا بَعِيدًا

Bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan(sesuatu) denganNya (syirik), dan dia mengampuni dosa selain syirik bagi sesiapa yang dikehendakiNya. Sesiapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya i a telah tersesat sejauh-jauhnya.
(an-Nisaa' : 116).

Al-Ahqaf 46:5

وَمَنْ أَضَلُّ مِمَّن يَدْعُوا۟ مِن دُونِ ٱللَّهِ مَن لَّا يَسْتَجِيبُ لَهُۥٓ إِلَىٰ يَوْمِ ٱلْقِيَٰمَةِ وَهُمْ عَن دُعَآئِهِمْ غَٰفِلُونَ

Bermaksud: Siapakah yang lebih sesat daripada orang yang menyembah (sembahan-sembahan) selain Allah, yang tiada dapat memperkenankan (doa)nya sampai harikiamat, dan apa yang mereka sembah itu tidak sedar (tahu) pun tentang doanya.
(al-Ahqaaf:5)

6

Al-An'am 6:140
قَدْ خَسِرَ ٱلَّذِينَ قَتَلُوٓا۟ أَوْلَٰدَهُمْ سَفَهًۢا بِغَيْرِ عِلْمٍ وَحَرَّمُوا۟ مَا رَزَقَهُمُ ٱللَّهُ ٱفْتِرَآءً عَلَى ٱللَّهِۚ قَدْ ضَلُّوا۟ وَمَا كَانُوا۟ مُهْتَدِينَ

Bermaksud: Sesungguhnya rugilah orang-orang yang membunuh anak-anaknya kerana kebodohan lagi tidak berpengetahuan, dan mereka mengharamkan rezeki yang diberikan Allah, dengan berdusta terhadap Allah. Sesungguhnya sesatlah mereka dan tiadalah mereka mendapat petunjuk.
(al-An'aam: 140).

11



Tiada ulasan:

Catat Ulasan