Tafsir quran sesi 005(E2)
Minit 1 jam 07.
002.baqarah
Ayat 1
الم
Alif, Laam, Miim.
Ayat 2
ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ
Ayat 3
الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ
Ayat 4
وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ
Ayat 5
أُولَٰئِكَ عَلَىٰ هُدًى مِنْ رَبِّهِمْ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Ayat 1
Laam, Miim.
Ayat 2
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
Tafsir
Ayat 3
Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
Ayat 4
Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
Ayat 5
Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya?
Alif laam miim [1]
Kitab (Al-Qur'an) ini tidak ada sebarang keraguan padanya. 13 .petunjuk 14 bagi mereka yang bertaqwa15 [2]
Iaitu orang-orang yang beriman (percaya)13 tentang ia adalah wahyu yang diturunkan daripada Allah s.w.t.
Hakikat ini disebutkan di tempat lain di dalam Al-Qur'an begini:.
As-Sajdah 32:2
تَنزِيلُ ٱلْكِتَٰبِ لَا رَيْبَ فِيهِ مِن رَّبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ
Bermaksud: Turunnya Al-Qur'an yang tidak ada sebarang keraguan di dalamnya,(adalah) dari Rabb (Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan) semesta alam.
(as-Sajdah:2)
Yunus 10:37
وَمَا كَانَ هَٰذَا ٱلْقُرْءَانُ أَن يُفْتَرَىٰ مِن دُونِ ٱللَّهِ وَلَٰكِن تَصْدِيقَ ٱلَّذِى بَيْنَ يَدَيْهِ وَتَفْصِيلَ ٱلْكِتَٰبِ لَا رَيْبَ فِيهِ مِن رَّبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ
Bermaksud: Dan bukanlah Al-Qur'an ini sesuatu yang boleh diada-adakan oleh yang lain dari Allah; tetapi Al-Qur'an itu diturunkan oleh Allah untuk membenarkan Kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya dan untuk menjelaskan satu persatu hukum-hukum yang diwajibkan (atas kamu); tidak ada sebarang keraguan pada Al-Qur'an itu tentang datangnya dari (Allah), Rabb (Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan) sekalianalam.
(Yunus:37).
14. Maksud petunjuk di sini ialah petunjuk khusus yang berguna dan berfaedah. Ia hanya berguna dan berfaedah kepada orang-orang yang bertaqwa. Di tempat lain Allah berfirman begini
Al-Ma'idah 5:16
يَهْدِى بِهِ ٱللَّهُ مَنِ ٱتَّبَعَ رِضْوَٰنَهُۥ سُبُلَ ٱلسَّلَٰمِ وَيُخْرِجُهُم مِّنَ ٱلظُّلُمَٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ بِإِذْنِهِۦ وَيَهْدِيهِمْ إِلَىٰ صِرَٰطٍ مُّسْتَقِيمٍ
2
Bermaksud: Dengan kitab (Al-Qur'an) itulah Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan kepada sesiapa yang mengikuti keredhaanNya, dan (dengannya) Allah mengeluarkan mereka dari gelap gelita (kekufuran) kepada cahaya (keimanan) yang terang benderang dengan izinNya, dan (dengannya juga) Allah memimpin mereka kejalan yang lurus.
(al-Maa'idah: 16).
Memanglah Al-Qur'an itu diturunkan sebagai petunjuk bagi sekalian manusia .هدى لننس seperti tersebut di dalam ayat 185 Surah al-Baqarah, tetapi yang benar-benar dapat mengambil menafa'at daripadanya hanyalah orang-orang yang bertaqwa.
Sifat-sifat orang-orang bertaqwa yang berguna dan berfaedah Al-Qur'an kepadanya dikemukakan oleh Allah dalam dua ayat seterusnya.
15 Di sinidengan jelas disebutkan bahawa Al-Qur'an itu memang merupakan petunjukyang berguna dan berfaedah kepada orang-orang yang bertaqwa. Maka secara tersirat(berdasarkan mafhum mukhalafah atau dalil khithabnya) dapat disimpulkan bahawaAl-Qur'an bukan petunjuk bagi orang-orang yang tidak bertaqwa. Malah kadang-kadang ia menambahkan lagi kekufuran, kerugian dan penyakit jiwa manusia.Kebenaran mafhum yang tersirat ini dapat dilihat pada beberapa firman Allah berikut:
Fushshilat 41:44
وَلَوْ جَعَلْنَٰهُ قُرْءَانًا أَعْجَمِيًّا لَّقَالُوا۟ لَوْلَا فُصِّلَتْ ءَايَٰتُهُۥٓۖ ءَا۬عْجَمِىٌّ وَعَرَبِىٌّۗ قُلْ هُوَ لِلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ هُدًى وَشِفَآءٌۖ وَٱلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ فِىٓ ءَاذَانِهِمْ وَقْرٌ وَهُوَ عَلَيْهِمْ عَمًىۚ أُو۟لَٰٓئِكَ يُنَادَوْنَ مِن مَّكَانٍۭ بَعِيدٍ
Bermaksud: Dan kalaulah Al-Qur'an itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing,tentulah mereka akan berkata: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasayang kami fahami)?" Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yangmembawanya berbangsa Arab? Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Qur'an itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (AL-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar) dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Qur'an,tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata). (Fusshilat:44).
Al-Isra' 17:82
وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلْقُرْءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَۙ وَلَا يَزِيدُ ٱلظَّٰلِمِينَ إِلَّا خَسَارًا
Bermaksud: Dan Kami turunkan dari Al-Qur'an suatu yang menjadi penawar danrahmat bagi orang-orang yang beriman dan ia (Al-Qur'an itu) tidaklah menambahkepada orang-orang yang zalim selain kerugian.
(al-Israa':82).
At-Taubah 9:124
وَإِذَا مَآ أُنزِلَتْ سُورَةٌ فَمِنْهُم مَّن يَقُولُ أَيُّكُمْ زَادَتْهُ هَٰذِهِۦٓ إِيمَٰنًاۚ فَأَمَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ فَزَادَتْهُمْ إِيمَٰنًا وَهُمْ يَسْتَبْشِرُونَ
At-Taubah 9:125
وَأَمَّا ٱلَّذِينَ فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَتْهُمْ رِجْسًا إِلَىٰ رِجْسِهِمْ وَمَاتُوا۟ وَهُمْ كَٰفِرُونَ
Bermaksud: Dan apabila diturunkan sesuatu surah (dari Al-Qur'an), maka di antara mereka (yang munafik) ada yang bertanya (secara mengejek): "Siapakah di antarakamu yang imannya bertambah disebabkan oleh surah ini?" Adapun orang-orang yang beriman, maka surah itu menambahkan iman mereka, sedang merekabergembira (dengan turunnya). (l24)
Dan adapun orang-orang yang ada penyakit (kufur) dalam hati mereka, makasurah Al-Qur'an itu menambahkan kekotoran (kufur) kepada kekotoran(kufur) yang sedia ada pada merekal dan mereka mati dalam keadaan kafir.(125). (at-Taubah :124-125).
Al-Ma'idah 5:64
وَقَالَتِ ٱلْيَهُودُ يَدُ ٱللَّهِ مَغْلُولَةٌۚ غُلَّتْ أَيْدِيهِمْ وَلُعِنُوا۟ بِمَا قَالُواۘ بَلْ يَدَاهُ مَبْسُوطَتَانِ يُنفِقُ كَيْفَ يَشَآءُۚ وَلَيَزِيدَنَّ كَثِيرًا مِّنْهُم مَّآ أُنزِلَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ طُغْيَٰنًا وَكُفْرًاۚ وَأَلْقَيْنَا بَيْنَهُمُ ٱلْعَدَٰوَةَ وَٱلْبَغْضَآءَ إِلَىٰ يَوْمِ ٱلْقِيَٰمَةِۚ كُلَّمَآ أَوْقَدُوا۟ نَارًا لِّلْحَرْبِ أَطْفَأَهَا ٱللَّهُۚ وَيَسْعَوْنَ فِى ٱلْأَرْضِ فَسَادًاۚ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ ٱلْمُفْسِدِينَ
Bermaksud: Dan orang-orang Yahudi itu berkata: Tangan Allah terbelenggu (bakhil,kikir), tangan merekalah yang terbelenggu dan mereka pula dilaknat dengan sebab apayang mereka telah katakan itu, bahkan kedua tangan Allah sentiasa terbuka (ni'mat dan kurniaNya luas melimpah-limpah). Dia belanjakan (limpdhkan) sebagaimanayang Dia kehendaki dan demi sesungguhnya, apa yang telah diturunkankepadamu dari tuhanmu itu akan menjadikan ramai dari kalangan mereka bertambah derhaka dan kufur dan Kami tanamkan perasaan permusuhan dankebencian di antara mereka hingga hari kiamat. Setiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya dan mereka pula terus-menerus melakukankerosakan di muka bumi, sedang Allah tidak suka kepada orang-orang yangmelakukan kerosakan.
(al-Maa'idah: 64).
💞💞💞
Ayat 3
kepada perkara(mendermakan)ghaib16 dan sebahagian dari mendirikan shalat serta rezeki yang Kami berikan membelanjakan kepada mereka.
16 Perkara ghaib ialah apa yang tersembunyi kepada anda dan tidak dapat dikesan dengan pancaindera hakikatnya. Termasuklah dalam beriman kepada perkara ghaibitu beriman kepada kewujudan zat, sifat dan aflaal (perbuatan-perbuatan) Allah,malaikat-malaikatNya, ni'mat syurga dan lain-lain. Lihat beberapa firman Allah dibawah ini sebagai bukti dan keterangan tentangnya:
Al-Hadid 57:3
هُوَ ٱلْأَوَّلُ وَٱلْءَاخِرُ وَٱلظَّٰهِرُ وَٱلْبَاطِنُۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ
Bermaksud: Dialah Yang Awal dan Yang Akhir, YangZahir darYang Bathin; dan Dialah Yang Maha Mengetahui segala sesuatu.
(al-Hadid:3).
Al-Furqan 25:22
يَوْمَ يَرَوْنَ ٱلْمَلَٰٓئِكَةَ لَا بُشْرَىٰ يَوْمَئِذٍ لِّلْمُجْرِمِينَ وَيَقُولُونَ حِجْرًا مَّحْجُورًا
Bermaksud: (Ingatkanlah) hari mereka nampak malaikat, pada hari itu tiadalahsebarang berita gembira bagi orang-orang yang bersalah, dan mereka akan berkata:"Semoga kita jauh, dijauhkan (dari sebarang keadaan yang buruk)".
(al-Furqaan:22).
As-Sajdah 32:17
فَلَا تَعْلَمُ نَفْسٌ مَّآ أُخْفِىَ لَهُم مِّن قُرَّةِ أَعْيُنٍ جَزَآءًۢ بِمَا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ
Bermaksud: Tak seorang pun mengetahui berbagai ni'mat yang dirahsiakan kepadamereka, yang amat indah dipandang, sebagai balasan bagi apa yang mereka telahkerj akan.
(as-Sajdah: 1 7).
17 Maksud mendirikan shalat ialah mengerjakannya dengan sempurna, dengan segala rukun, syarat dan adabnya, sesuai dengan apa yang diajar dan ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Ini kerana Allah s.w.t. telah berfirman:t4
An-Nahl 16:44
بِٱلْبَيِّنَٰتِ وَٱلزُّبُرِۗ وَأَنزَلْنَآ إِلَيْكَ ٱلذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
Bermaksud: (Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keterangan-keterangan (berupamu'jizat) yang jelas nyata (membuktikan kebenaran mereka) dan Kitab-kitab Suci(yang menjadi panduan); dan kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Qur'an yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusiaapa yafig telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkannya.
(an-Nahl:44).
Antara kaifiat shalat berjama'ah yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. ialah: تسوية الصف من إقامة الصلاة
11 Bermaksud: Membetulkan saf termasuk salah satu perkara yang menyempurnakan shalat (berj ama' ah).
(Hadits riwayat al-Bukhari).
Antara firman Allah yang menerangkan rukun-rukun shalat pula ialah:
Al-Baqarah 2:43
وَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱرْكَعُوا۟ مَعَ ٱلرَّٰكِعِينَ
Bermaksud: Dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat, dan ruku'lah bersama-samaorang-orang yang ruku'.
(al-Baqarah:43).
Al-'Alaq 96:19
كَلَّا لَا تُطِعْهُ وَٱسْجُدْ وَٱقْتَرِب۩
Bermaksud: Sekali-kali jangan, janganlah engkau (wahai Muhammad) patuhkepadanya; sebaliknya sujudlah dan dampingkan dirimu (kepada Allah denganta'at dan beramal saleh).
(al-'Alaq:19).
Az-Zumar 39:9
أَمَّنْ هُوَ قَٰنِتٌ ءَانَآءَ ٱلَّيْلِ سَاجِدًا وَقَآئِمًا يَحْذَرُ ٱلْءَاخِرَةَ وَيَرْجُوا۟ رَحْمَةَ رَبِّهِۦۗ قُلْ هَلْ يَسْتَوِى ٱلَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَٱلَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُو۟لُوا۟ ٱلْأَلْبَٰبِ
Bermaksud: (Apakah kamu hai orang musyrik yang lebih beruntung) atau orangyang ta'at beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah:"Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidakmengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajarandan peringat an.
(az-Zumar :9).
Al-Muzzammil 73:20
إِنَّ رَبَّكَ يَعْلَمُ أَنَّكَ تَقُومُ أَدْنَىٰ مِن ثُلُثَىِ ٱلَّيْلِ وَنِصْفَهُۥ وَثُلُثَهُۥ وَطَآئِفَةٌ مِّنَ ٱلَّذِينَ مَعَكَۚ وَٱللَّهُ يُقَدِّرُ ٱلَّيْلَ وَٱلنَّهَارَۚ عَلِمَ أَن لَّن تُحْصُوهُ فَتَابَ عَلَيْكُمْۖ فَٱقْرَءُوا۟ مَا تَيَسَّرَ مِنَ ٱلْقُرْءَانِۚ عَلِمَ أَن سَيَكُونُ مِنكُم مَّرْضَىٰۙ وَءَاخَرُونَ يَضْرِبُونَ فِى ٱلْأَرْضِ يَبْتَغُونَ مِن فَضْلِ ٱللَّهِۙ وَءَاخَرُونَ يُقَٰتِلُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِۖ فَٱقْرَءُوا۟ مَا تَيَسَّرَ مِنْهُۚ وَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَقْرِضُوا۟ ٱللَّهَ قَرْضًا حَسَنًاۚ وَمَا تُقَدِّمُوا۟ لِأَنفُسِكُم مِّنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِندَ ٱللَّهِ هُوَ خَيْرًا وَأَعْظَمَ أَجْرًاۚ وَٱسْتَغْفِرُوا۟ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌۢ
Bermaksud: Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahawasanya kamu berdiri(sembahyang) kurang dari dua pertiga malam, atau seperdua malam atau sepertiganyadan (demikian pula) segolongan dari orang-orang yang bersamamu. Dan Allahmenetapkan ukuran malam dan siang. Allah mengetahui bahawa kamu sekali-kali tidak dapat menentukan batas-batas waktu-waktu itu, maka Dia memberi keringanankepadamu, kerana itu bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al Quroan (dalani
15
shalat). Dia mengetahui bahawaakan ada di antara kamu orang-orangyang sakit danorang-orang yang berjalan di muka bumi mencari sebahagian kurnia Allah; danorang-orangyang lain lagi berperang di jalan Allah, maka bacalah apa yang mudah(bagimu) dari Al-Qur'an (dalam shalat) dan dirikanlah sembahyan5, tunaikanlahzakat dan berikanlah pinjaman kepada Allah pinjaman yang baik. Dan kebaikan apasaja yang kamu perbuat untuk dirimu niscaya kamu memperoleh (balasan)nya di sisiAllah sebagai balasan yang paling baik dan yang paling besar pahalanya. Danmohonlah ampunan kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi MahaPenyayang .
(al-Muzzamrril:20).
18 Salah satu sifat al-muttaqin yang disebutkan di dalam ayat ke-3 Surah al-Baqarah ini ialah mereka membelanjakan sebahagian daripada rezeki yang Allah kurniakan kepada mereka. Erti sebahagian itu diperolehi daripada
perkataan من تبعيضية pada مما. Ia menunjukkan Allah tidak hendak semua harta seseorang dibelanjakan atau didermakan di jalan Allah, sebaliknya sebahagian sahaja daripadanya. Mungkin sebagai zakat yatg difardhukan atau sebagai derma sukarela yang disunatkan. Jika sebagai zakat, maka panduan terperinci mengenainya boleh ditemui di dalam Sunnah Nabi s.a.w. Dan jika sebagai derma sunat pula apa panduannya? Sebanyak manakah seharusnya dibelanjakan dan sebanyak mana pula harus disimpan, tidak dinyatakan disini. Ia diterangkan pada ayat berikut:
Al-Baqarah 2:219
يَسْـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلْخَمْرِ وَٱلْمَيْسِرِۖ قُلْ فِيهِمَآ إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَٰفِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَاۗ وَيَسْـَٔلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَ قُلِ ٱلْعَفْوَۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمُ ٱلْءَايَٰتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ
Bermaksud: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang arak dan judi.Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan ada pula beberapamanfa'at bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfa'atnya". Danmereka bertanya pula kepadamu: "Apakah yang mereka harus belanjakan(dermakan)? Katakanlah: "Yang lebih dari keperluan(mu),,. Demikianlah Allahmenerangkan ayat-ayatNya kepadamu supaya kamu berfi kir.
(al-Baqarah :219).
Ayat ini menyatakan harta yang lebih daripada keperluan dan tanggungan seseorang sahaja dianjurkan supaya dibelanja atau didermakan.Berhubung dengan soal perbelanjaan terdapat beberapa lagi panduan di dalam Al-Qur'an. Sebagai contohnya firman Allah ini.
Al-Isra' 17:29
وَلَا تَجْعَلْ يَدَكَ مَغْلُولَةً إِلَىٰ عُنُقِكَ وَلَا تَبْسُطْهَا كُلَّ ٱلْبَسْطِ فَتَقْعُدَ مَلُومًا مَّحْسُورًا
Bermaksud: Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di tengkukmu danjanganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnyaakan tinggallah engkau dalam keadaan tercela lagi sengsara.
(al-lsraa':29).
Firman Allah ini melarang kita menjadi orang kedekut dan boros, kerana kedua-duanya mengakibatkan seseorang jadi tercela dan sengsara.Apa yang dikehendaki Allah sebenarnya ialah bersederhana dalam perbelanjaan.Hakikat ini tersebut dengan jelas di dalam ayat berikut:
[3] Dan juga orang-orungyang beriman kepada apayang diturunkan kepadamu(Wahai Muhammad berupa al-Qur'an)re dan apa yang diturunkan
Al-Furqan 25:67
وَٱلَّذِينَ إِذَآ أَنفَقُوا۟ لَمْ يُسْرِفُوا۟ وَلَمْ يَقْتُرُوا۟ وَكَانَ بَيْنَ ذَٰلِكَ قَوَامًا
Bermaksud: Dan mereka (yang diredhai Allah) itu, apabila membelanjakan hartanya,tiadalah melampaui batas (boros) dan tiada pula bakhil kedekut, sebaliknyapertengahan di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.
(al-Furqaan:67).
Tempat berbelanja atau kepada siapa elok dibelanjakan harta juga ada panduannya didalam Al-Qur'an.
Lihat firman Allah ini sebagai contohnya:
Al-Baqarah 2:215
يَسْـَٔلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَۖ قُلْ مَآ أَنفَقْتُم مِّنْ خَيْرٍ فَلِلْوَٰلِدَيْنِ وَٱلْأَقْرَبِينَ وَٱلْيَتَٰمَىٰ وَٱلْمَسَٰكِينِ وَٱبْنِ ٱلسَّبِيلِۗ وَمَا تَفْعَلُوا۟ مِنْ خَيْرٍ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِيمٌ
Bermaksud: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): "Apakah yang akanmereka belanjakan dan kepada siapakah)? Katakanlah: "Apa jua harta benda yangkamu belanjakan, hendaklah diberikan kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang terlantar'dalam perjalanan".Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah sentiasamengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).
(al-Baqarah:215).
Perbelanjaan yang tidak kena pada tempatnya boleh mengakibatkan penyesalan dikemudian hari. Bukan sekadar itu, malah ia akan membawa pembelanja ke NerakaJahannam. Hakikat ini juga tersebut di dalam Al-Qur'an. Lihat ayat berkenaan dibawah ini:
Al-Anfal 8:36
إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ يُنفِقُونَ أَمْوَٰلَهُمْ لِيَصُدُّوا۟ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِۚ فَسَيُنفِقُونَهَا ثُمَّ تَكُونُ عَلَيْهِمْ حَسْرَةً ثُمَّ يُغْلَبُونَۗ وَٱلَّذِينَ كَفَرُوٓا۟ إِلَىٰ جَهَنَّمَ يُحْشَرُونَ
Bermaksud: Sesungguhnya orang-orang kafir yang selalu membelanjakan hartamereka . untuk menghalangi (manusia) dari jalan Allah, maka mereka tetapmembelanjakannya, kemudian ia (harta yang dibelanjakan) menyebabkan penyesalankepada mereka, tambahan pula mereka dikalahkan, dan (ingatlah) orang-orang kafiritu (akhirnya) dihimpunkan dalam Neraka Jahannam.
(al-Anfaal:36).
💞💞💞
19 Apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. ialah Kitab Al-Qur'an.Kerana Allah dengan terang telah berfirman:
Al-Insan 76:23
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا عَلَيْكَ ٱلْقُرْءَانَ تَنزِيلًا
Bermaksud: Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Qur'an kepadamu (wahaiMuhammad) dengan beransur-ansur.
(al-Insan:23).
Al-'Ankabut 29:47
وَكَذَٰلِكَ أَنزَلْنَآ إِلَيْكَ ٱلْكِتَٰبَۚ فَٱلَّذِينَ ءَاتَيْنَٰهُمُ ٱلْكِتَٰبَ يُؤْمِنُونَ بِهِۦۖ وَمِنْ هَٰٓؤُلَآءِ مَن يُؤْمِنُ بِهِۦۚ وَمَا يَجْحَدُ بِـَٔايَٰتِنَآ إِلَّا ٱلْكَٰفِرُونَ
Bermaksud: Dan (sebagaimana Kami telah menurunkan kitab-kitab agama kepadaRasul-rasul yang telah lalu) demikianlah Kami turunkan pula kepadamu (wahaiMuhammad) Kitab Al-Qur'an ini. Maka orang-orang yang Kami berikan Kitab(Taurat dan Injil) ada yang beriman kepada Al-Qur'an dan juga sebahagian dari mereka (orang-orang Mekah) beriman kepadanya, dan tiadalah yang mengingkari. Dan hanya orang-orang kafir yang mengingkari ayat-ayat Kami.
17
sebelummu,20 serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengansepenuhny{.2t Vl Mereka22 itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhanmereka dan merekalah orang-orang yang berjaya." [5]ayat-ayat keterangan Kami melainkan orang-orang yang berdegil dalamkekufurannya.
Az-Zumar 39:2
إِنَّآ أَنزَلْنَآ إِلَيْكَ ٱلْكِتَٰبَ بِٱلْحَقِّ فَٱعْبُدِ ٱللَّهَ مُخْلِصًا لَّهُ ٱلدِّينَ
Bermaksud: Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu Kitab (Al Qur'an) denganmembawa kebenaran. Maka sembahlah Allah dengan memurnikan ketaatankepadaNya . (az-Zumar :2).
Thaa Ha 20:2
مَآ أَنزَلْنَا عَلَيْكَ ٱلْقُرْءَانَ لِتَشْقَىٰٓ
Bermaksud: Kami tidak menurunkan Al-Qur'an kepadamu (yahai Muhammad)supaya engkau menanggung kesusahan. (Thaha:2).
An-Nahl 16:44
بِٱلْبَيِّنَٰتِ وَٱلزُّبُرِۗ وَأَنزَلْنَآ إِلَيْكَ ٱلذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
Bermaksud: (Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keterangan-keterangan (berupamu'jizat) yang jelas nyata (membuktikan kebenaran mereka) dan Kitab-kitab Suci(yang menjadi panduan); dan kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Qur'an yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusiaapa yatg telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkannya.
(an-Nahl:44).
20.Yang dimaksudkan dengan apa yang diturunkan sebelummu ialah kitab-kitab sucidan suhuf-suhuf yang diturunkan kepada nabi-nabi dan rasul-rasul sebelum nabi KitaMuhammad s.a.w. Ia tersebut dengan jelas di dalam ayat-ayatberikut:
Al-Baqarah 2:136
قُولُوٓا۟ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَمَآ أُنزِلَ إِلَيْنَا وَمَآ أُنزِلَ إِلَىٰٓ إِبْرَٰهِۦمَ وَإِسْمَٰعِيلَ وَإِسْحَٰقَ وَيَعْقُوبَ وَٱلْأَسْبَاطِ وَمَآ أُوتِىَ مُوسَىٰ وَعِيسَىٰ وَمَآ أُوتِىَ ٱلنَّبِيُّونَ مِن رَّبِّهِمْ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّنْهُمْ وَنَحْنُ لَهُۥ مُسْلِمُونَ
Bermaksud: Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman): 'oKami beriman kepadaAllah dan apa yang diturunkan kepada kami (Al-Qur'an), dan apa yang diturunkankepada Ibrahim, Isma'il, Ishaq, Ya'qub serta anak cucunya, dan juga apa yangdiberikan kepada Musa (Taurat) dan Isa (Injil) serta apa yang diberikan kepada nabi-nabi dari Tuhannya. Kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka, dankami hanya tunduk patuh kepadaNya."
(al-Baqarah:136).
Al-A'la 87:18
إِنَّ هَٰذَا لَفِى ٱلصُّحُفِ ٱلْأُولَىٰ
Al-A'la 87:19
صُحُفِ إِبْرَٰهِيمَ وَمُوسَىٰ
Bermaksud: Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada(disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu, (18) (iaitu) Kitab-kitab Ibrahim danMusa. (19)
(al-A'la: 18-19).
Aali-Imran 3:3
نَزَّلَ عَلَيْكَ ٱلْكِتَٰبَ بِٱلْحَقِّ مُصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ يَدَيْهِ وَأَنزَلَ ٱلتَّوْرَىٰةَ وَٱلْإِنجِيلَ
Aali-Imran 3:4
مِن قَبْلُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَأَنزَلَ ٱلْفُرْقَانَۗ إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ بِـَٔايَٰتِ ٱللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌۗ وَٱللَّهُ عَزِيزٌ ذُو ٱنتِقَامٍ
Bermaksud: Dia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (Al-Qur'an)dengan sebenarnya, mengesahkan isi Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahuludaripadanya dan Dia jugayangmenurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil. (3)sebelum (Al-Qur'an diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia, dan Dia jugayang menurunkan Al-Furqan (yang membezakan antara yang benar dengan yangsalah). Sesungguhnya orang-orang yang kafir terhadap ayat-ayat Allah itu, bagimereka azab seksa yang amat berat dan (ingatlah), Allah Maha Perkasa, lagi berhakmembalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah). (4)
(Aali 'Imraan:3-4)."
Apa yang disebut Allah sebagai sifat-sifat orang-orang yang bertaqwa (al-Muttaqin)di dalam ayat ke-3 dan ke-4 Surah al-Baqarah ini, disebut dengan lebih terang danterperinci di dalam ayat ke-177 surah sama.
Lihat ayat berkenaan di bawah ini:
Al-Baqarah 2:177
لَّيْسَ ٱلْبِرَّ أَن تُوَلُّوا۟ وُجُوهَكُمْ قِبَلَ ٱلْمَشْرِقِ وَٱلْمَغْرِبِ وَلَٰكِنَّ ٱلْبِرَّ مَنْ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْءَاخِرِ وَٱلْمَلَٰٓئِكَةِ وَٱلْكِتَٰبِ وَٱلنَّبِيِّۦنَ وَءَاتَى ٱلْمَالَ عَلَىٰ حُبِّهِۦ ذَوِى ٱلْقُرْبَىٰ وَٱلْيَتَٰمَىٰ وَٱلْمَسَٰكِينَ وَٱبْنَ ٱلسَّبِيلِ وَٱلسَّآئِلِينَ وَفِى ٱلرِّقَابِ وَأَقَامَ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَى ٱلزَّكَوٰةَ وَٱلْمُوفُونَ بِعَهْدِهِمْ إِذَا عَٰهَدُوا۟ۖ وَٱلصَّٰبِرِينَ فِى ٱلْبَأْسَآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَحِينَ ٱلْبَأْسِۗ أُو۟لَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ صَدَقُوا۟ۖ وَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُتَّقُونَ
Bermaksud: Bukanlah kebajikan itu hanya menghadapkan wajahmu ke arah timur danbarat, tetapi kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan mendermakan harta yang disayanginya kepadakaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukanpertolongan), orang-orang yang meminta-minta (kerana kesulitan hidup); dan untuk(memerdekakan) hamba sahaya, serta mendirikan shalat, menunaikan zakat; menepatijanjinya apabila berjanji, sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan.Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orangyang beitakwa. (al-Baqarah:|77).
💞💞💞
22 Mereka yang sifat-sifatnya tersebut di dalam dua ayat sebelum inilah golonganyang berada di atas petunjuk yang diturunkan dari Tuhan.
23 masuk syurga dan dijauhkan dari neraka. Pada tempat yang lain di drlum Al-Qur'anAllah menyatakan sifat-sifat orang-orang mu'min yang berjaya dan kemuncakkejayaan yang diperolehi mereka begini:
Al-Mu'minun 23:1
قَدْ أَفْلَحَ ٱلْمُؤْمِنُونَ
Al-Mu'minun 23:2
ٱلَّذِينَ هُمْ فِى صَلَاتِهِمْ خَٰشِعُونَ
Al-Mu'minun 23:3
وَٱلَّذِينَ هُمْ عَنِ ٱللَّغْوِ مُعْرِضُونَ
Al-Mu'minun 23:4
وَٱلَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَوٰةِ فَٰعِلُونَ
Al-Mu'minun 23:5
وَٱلَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَٰفِظُونَ
Al-Mu'minun 23:6
إِلَّا عَلَىٰٓ أَزْوَٰجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَٰنُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ
Al-Mu'minun 23:7
فَمَنِ ٱبْتَغَىٰ وَرَآءَ ذَٰلِكَ فَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْعَادُونَ
Al-Mu'minun 23:8
وَٱلَّذِينَ هُمْ لِأَمَٰنَٰتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَٰعُونَ
Al-Mu'minun 23:9
وَٱلَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَوَٰتِهِمْ يُحَافِظُونَ
Al-Mu'minun 23:10
أُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْوَٰرِثُونَ
Al-Mu'minun 23:11
ٱلَّذِينَ يَرِثُونَ ٱلْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَٰلِدُونَ
Bermaksud: Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, (1) iaitu merekayang khusyuk dalam sembahyangnya; (2) mereka yang menjauhkan diri dariperbuatan dan perkataan yang sia-sia; (3) mereka yang menunaikan zakat; (4) Danmereka yang menjaga kehormatawrya; (5) kecuali terhadap isterinya atau hambasahayanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela(6) sesiapa yang mencari selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas; (7) Danmereka yang menjaga amanah serta janjinya; (8) Dan mereka yang tetap memeliharasembahyangnya; (9) Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi; (10) yangakan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya. (11)
(al-Mu'minun:1-11).
20
Tiada ulasan:
Catat Ulasan