Khamis, Januari 16, 2020

Tafsir nota 1 (12)

Tafsir nota 1 (12)
Al baqaraah 1-5
Ayat 1
الم
Alif, Laam, Miim.

Ayat 2
ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ

Ayat 3
الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ

Ayat 4
وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ

Ayat 5
أُولَٰئِكَ عَلَىٰ هُدًى مِنْ رَبِّهِمْ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ


Alif laam miim [1]Kitab (Al-Qur'an) ini tidak ada sebarang keraguan padanya¹³ (ia) petunjuk¹⁴ bagi mereka yang bertaqwa¹⁵ [2] Iaitu orang-orang yang beriman (percaya)

¹³ tentang ia adalah wahyu yang diturunkan daripada Allah s.w.t. Hakikat ini disebutkan di tempat lain di dalam Al-Qur'an begini:.

As-Sajdah 32:2

تَنزِيلُ ٱلْكِتَٰبِ لَا رَيْبَ فِيهِ مِن رَّبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ

Bermaksud: Turunnya Al-Qur'an yang tidak ada sebarang keraguan di dalamnya,(adalah) dari Rabb (Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan) semesta alam.
(as-Sajdah:2)

Yunus 10:37

وَمَا كَانَ هَٰذَا ٱلْقُرْءَانُ أَن يُفْتَرَىٰ مِن دُونِ ٱللَّهِ وَلَٰكِن تَصْدِيقَ ٱلَّذِى بَيْنَ يَدَيْهِ وَتَفْصِيلَ ٱلْكِتَٰبِ لَا رَيْبَ فِيهِ مِن رَّبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ

Bermaksud: Dan bukanlah Al-Qur'an ini sesuatu yang boleh diada-adakan oleh yang lain dari Allah; tetapi Al-Qur'an itu diturunkan oleh Allah untuk membenarkan Kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya dan untuk menjelaskan satu persatu hukum-hukum yang diwajibkan (atas kamu); tidak ada sebarang keraguan pada Al-Qur'an itu tentangdatangnya dari (Allah), Rabb (Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan) sekalianalam.
(Yunus:37).

¹⁴ Maksud petunjuk di sini ialah petunjuk khusus yang berguna dan berfaedah. Iahanya berguna dan berfaedah kepada orang-orang yang bertaqwa.

Di tempat lain Allah berfirman begini:

Al-Ma'idah 5:16

يَهْدِى بِهِ ٱللَّهُ مَنِ ٱتَّبَعَ رِضْوَٰنَهُۥ سُبُلَ ٱلسَّلَٰمِ وَيُخْرِجُهُم مِّنَ ٱلظُّلُمَٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ بِإِذْنِهِۦ وَيَهْدِيهِمْ إِلَىٰ صِرَٰطٍ مُّسْتَقِيمٍ

12

Tiada ulasan:

Catat Ulasan