Tafsir nota 1(16)
shalat). Dia mengetahui bahawaakan ada di antara kamu orang-orang yang sakit dan orang-orang yang berjalan di muka bumi mencari sebahagian kurnia Allah; dan orang-orang yang lain lagi berperang di jalan Allah, maka bacalah apa yang mudah(bagimu) dari Al-Qur'an (dalam shalat) dan dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berikanlah pinjaman kepada Allah pinjaman yang baik. Dan kebaikan apa saja yang kamu perbuat untuk dirimu niscaya kamu memperoleh (balasan)nya di sisi Allah sebagai balasan yang paling baik dan yang paling besar pahalanya. Dan mohonlah ampunan kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi MahaPenyayang .
(al-Muzzamrril:20).
¹⁸ Salah satu sifat al-muttaqin yang disebutkan di dalam ayat ke-3 Surah al-Baqarah ini ialah mereka membelanjakan sebahagian daripada rezeki yang Allah kurniakan kepada mereka. Erti sebahagian itu diperolehi daripada perkataan
من تبعيضية pada مما
Ia menunjukkan Allah tidak hendak semua harta seseorang dibelanjakan atau didermakan di jalan Allah, sebaliknya sebahagian sahaja daripadanya. Mungkin sebagai zakat yatg difardhukan atau sebagai derma sukarela yang disunatkan. Jika sebagai zakat, maka panduan terperinci mengenainya boleh ditemui di dalam Sunnah Nabi s.a.w. Dan jika sebagai derma sunat pula apa panduannya? Sebanyak manakahseharusnya dibelanjakan dan sebanyak mana pula harus disimpan, tidak dinyatakan disini. Ia diterangkan pada ayat berikut:
Al-Baqarah 2:219
يَسْـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلْخَمْرِ وَٱلْمَيْسِرِۖ قُلْ فِيهِمَآ إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَٰفِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَاۗ وَيَسْـَٔلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَ قُلِ ٱلْعَفْوَۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمُ ٱلْءَايَٰتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ
Bermaksud: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang arak dan judi.Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan ada pula beberapa manfa'at bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfa'atnya". Danmereka bertanya pula kepadamu: "Apakah yang mereka harus belanjakan(dermakan)? Katakanlah: "Yang lebih dari keperluan(mu),,. Demikianlah Allahmenerangkan ayat-ayatNya kepadamu supaya kamu berfikir.
(al-Baqarah :219).
Ayat ini menyatakan harta yang lebih daripada keperluan dan tanggungan seseorang sahaja dianjurkan supaya dibelanja atau didermakan.Berhubung dengan soal perbelanjaan terdapat beberapa lagi panduan di dalam Al-Qur'an. Sebagai contohnya firman Allah ini:
Al-Isra' 17:29
وَلَا تَجْعَلْ يَدَكَ مَغْلُولَةً إِلَىٰ عُنُقِكَ وَلَا تَبْسُطْهَا كُلَّ ٱلْبَسْطِ فَتَقْعُدَ مَلُومًا مَّحْسُورًا
Bermaksud: Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di tengkukmu danjanganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnyaakan tinggallah engkau dalam keadaan tercela lagi sengsara.
(al-lsraa':29).
Firman Allah ini melarang kita menjadi orang kedekut dan boros, kerana kedua-duanya mengakibatkan seseorang jadi tercela dan sengsara.Apa yang dikehendaki Allah sebenarnya ialah bersederhana dalam perbelanjaan.Hakikat ini tersebut dengan jelas di dalam ayat berikut:
Al-Furqan 25:67
وَٱلَّذِينَ إِذَآ أَنفَقُوا۟ لَمْ يُسْرِفُوا۟ وَلَمْ يَقْتُرُوا۟ وَكَانَ بَيْنَ ذَٰلِكَ قَوَامًا
16
Tiada ulasan:
Catat Ulasan