Khamis, Januari 16, 2020

Tafsir nota 1(17)

Tafsir nota 1(17)

[3] Dan juga orang-orang yang beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu(Wahai Muhammad berupa al-Qur'an)¹⁹ dan apa yang diturunkan 

Bermaksud: Dan mereka (yang diredhai Allah) itu, apabila membelanjakan hartanya,tiadalah melampaui batas (boros) dan tiada pula bakhil kedekut, sebaliknya pertengahan di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.
(al-Furqaan:67).

Tempat berbelanja atau kepada siapa elok dibelanjakan harta juga ada panduannya didalam Al-Qur'an. Lihat firman Allah ini sebagai contohnya:

Al-Baqarah 2:215

يَسْـَٔلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَۖ قُلْ مَآ أَنفَقْتُم مِّنْ خَيْرٍ فَلِلْوَٰلِدَيْنِ وَٱلْأَقْرَبِينَ وَٱلْيَتَٰمَىٰ وَٱلْمَسَٰكِينِ وَٱبْنِ ٱلسَّبِيلِۗ وَمَا تَفْعَلُوا۟ مِنْ خَيْرٍ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِيمٌ

Bermaksud: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): "Apakah yang akan mereka belanjakan dan kepada siapakah)? Katakanlah: "Apa jua harta benda yangkamu belanjakan, hendaklah diberikan kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan".Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah sentiasamengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).
(al-Baqarah:215).

Perbelanjaan yang tidak kena pada tempatnya boleh mengakibatkan penyesalan dikemudian hari. Bukan sekadar itu, malah ia akan membawa pembelanja ke NerakaJahannam. Hakikat ini juga tersebut di dalam Al-Qur'an. Lihat ayat berkenaan dibawah ini:

Al-Anfal 8:36

إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ يُنفِقُونَ أَمْوَٰلَهُمْ لِيَصُدُّوا۟ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِۚ فَسَيُنفِقُونَهَا ثُمَّ تَكُونُ عَلَيْهِمْ حَسْرَةً ثُمَّ يُغْلَبُونَۗ وَٱلَّذِينَ كَفَرُوٓا۟ إِلَىٰ جَهَنَّمَ يُحْشَرُونَ

Bermaksud: Sesungguhnya orang-orang kafir yang selalu membelanjakan hartamereka . untuk menghalangi (manusia) dari jalan Allah, maka mereka tetapmembelanjakannya, kemudian ia (harta yang dibelanjakan) menyebabkan penyesalankepada mereka, tambahan pula mereka dikalahkan, dan (ingatlah) orang-orang kafiritu (akhirnya) dihimpunkan dalam Neraka Jahannam.
(al-Anfaal:36).

¹⁹ Apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. ialah Kitab Al-Qur'an.Kerana Allah dengan terang telah berfirman:

Al-Insan 76:23

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا عَلَيْكَ ٱلْقُرْءَانَ تَنزِيلًا

Bermaksud: Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Qur'an kepadamu (wahaiMuhammad) dengan beransur-ansur.
(al-Insan:23).

Al-'Ankabut 29:47

وَكَذَٰلِكَ أَنزَلْنَآ إِلَيْكَ ٱلْكِتَٰبَۚ فَٱلَّذِينَ ءَاتَيْنَٰهُمُ ٱلْكِتَٰبَ يُؤْمِنُونَ بِهِۦۖ وَمِنْ هَٰٓؤُلَآءِ مَن يُؤْمِنُ بِهِۦۚ وَمَا يَجْحَدُ بِـَٔايَٰتِنَآ إِلَّا ٱلْكَٰفِرُونَ

Bermaksud: Dan (sebagaimana Kami telah menurunkan kitab-kitab agama kepadaRasul-rasul yang telah lalu) demikianlah Kami turunkan pula kepadamu (wahaiMuhammad) Kitab Al-Qur'an ini. Maka orang-orang yang Kami berikan Kitab(Taurat dan Injil) ada yang beriman kepada Al-Qur'an dan juga sebahagian darimereka (orang-orang Mekah) beriman kepadanya, dan tiadalah yang mengingkari

17

Tiada ulasan:

Catat Ulasan