Tafsir nota 1(14)
kepada perkara(mendermakan)ghaib¹⁶ dan sebahagian dari mendirikan shalat¹⁷ serta rezeki yang Kami berikan membelanjakan kepada mereka.18
Dan adapun orang-orang yang ada penyakit (kufur) dalam hati mereka, maka surah Al-Qur'an itu menambahkan kekotoran (kufur) kepada kekotoran(kufur) yang sedia ada pada merekal dan mereka mati dalam keadaan kafir.(125).
(at-Taubah :124-125).
Al-Ma'idah 5:64
وَقَالَتِ ٱلْيَهُودُ يَدُ ٱللَّهِ مَغْلُولَةٌۚ غُلَّتْ أَيْدِيهِمْ وَلُعِنُوا۟ بِمَا قَالُواۘ بَلْ يَدَاهُ مَبْسُوطَتَانِ يُنفِقُ كَيْفَ يَشَآءُۚ وَلَيَزِيدَنَّ كَثِيرًا مِّنْهُم مَّآ أُنزِلَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ طُغْيَٰنًا وَكُفْرًاۚ وَأَلْقَيْنَا بَيْنَهُمُ ٱلْعَدَٰوَةَ وَٱلْبَغْضَآءَ إِلَىٰ يَوْمِ ٱلْقِيَٰمَةِۚ كُلَّمَآ أَوْقَدُوا۟ نَارًا لِّلْحَرْبِ أَطْفَأَهَا ٱللَّهُۚ وَيَسْعَوْنَ فِى ٱلْأَرْضِ فَسَادًاۚ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ ٱلْمُفْسِدِينَ
Bermaksud: Dan orang-orang Yahudi itu berkata: Tangan Allah terbelenggu (bakhil,kikir), tangan merekalah yang terbelenggu dan mereka pula dilaknat dengan sebab apa yang mereka telah katakan itu, bahkan kedua tangan Allah sentiasa terbuka (ni'mat dan kurniaNya luas melimpah-limpah). Dia belanjakan (limpahkan) sebagaimana yang Dia kehendaki dan demi sesungguhnya, apa yang telah diturunkan kepadamu dari tuhanmu itu akan menjadikan ramai dari kalangan mereka bertambah derhaka dan kufur dan Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka hingga hari kiamat. Setiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya dan mereka pula terus-menerus melakukan kerosakan di muka bumi, sedang Allah tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kerosakan.
(al-Maa' idah: 64).
¹⁶ Perkara ghaib ialah apa yang tersembunyi kepada anda dan tidak dapat dikesan dengan pancaindera hakikatnya. Termasuklah dalam beriman kepada perkara ghaib itu beriman kepada kewujudan zat, sifat dan aflaal (perbuatan-perbuatan) Allah,malaikat-malaikatNya, ni'mat syurga dan lain-lain. Lihat beberapa firman Allah dibawah ini sebagai bukti dan keterangan tentangnya:
Al-Hadid 57:3
هُوَ ٱلْأَوَّلُ وَٱلْءَاخِرُ وَٱلظَّٰهِرُ وَٱلْبَاطِنُۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ
Bermaksud: Dialah Yang Awal dan Yang Akhir, YangZahir darYang Bathin; danDialah Yang Maha Mengetahui segala sesuatu.
(al-Hadid:3).
Al-Furqan 25:22
يَوْمَ يَرَوْنَ ٱلْمَلَٰٓئِكَةَ لَا بُشْرَىٰ يَوْمَئِذٍ لِّلْمُجْرِمِينَ وَيَقُولُونَ حِجْرًا مَّحْجُورًا
Bermaksud: (Ingatkanlah) hari mereka nampak malaikat, pada hari itu tiadalah sebarang berita gembira bagi orang-orang yang bersalah, dan mereka akan berkata:"Semoga kita jauh, dijauhkan (dari sebarang keadaan yang buruk)".
(al-Furqaan:22).
As-Sajdah 32:17
فَلَا تَعْلَمُ نَفْسٌ مَّآ أُخْفِىَ لَهُم مِّن قُرَّةِ أَعْيُنٍ جَزَآءًۢ بِمَا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ
Bermaksud: Tak seorang pun mengetahui berbagai ni'mat yang dirahsiakan kepadamereka, yang amat indah dipandang, sebagai balasan bagi apa yang mereka telahkerj akan. (as-Sajdah: 17).
¹⁷ Maksud mendirikan shalat ialah mengerjakannya dengan sempurna, dengan segalarukun, syarat dan adabnya, sesuai dengan apa yang diajar dan ditunjukkan olehRasulullah s.a.w. Ini kerana Allah s.w.t. telah berfirman:t4
14
Tiada ulasan:
Catat Ulasan