Jumaat, Januari 17, 2020

Tafsir nota 2(35)

Tafsir nota 2(35)

menghendaki, niscaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka;sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. [20]

Wahai sekalian manusia! Sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang terdahulu daripadamu 49 supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa. [21]

Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit(serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) dan diturunkanNya air hujan dari langit⁵⁰  lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan sebagai rezeki untukmu; maka janganlah kamu 

_____________________________________________________________________________________________________


samping menguntungkan mereka sahaja. Ayat-ayat yang tidak.bersesuaian dengan kehendak hati mereka dan menuntut pengorbanan serta kesetiaan pula tidak diendahkan, malah mereka berpaling terus daripadanya. Sikap mereka itulah yang didedahkan oleh Allah melalui dua firmanNya di bawah ini:

An-Nur 24:48
وَإِذَا دُعُوٓا۟ إِلَى ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ إِذَا فَرِيقٌ مِّنْهُم مُّعْرِضُونَ

An-Nur 24:49
وَإِن يَكُن لَّهُمُ ٱلْحَقُّ يَأْتُوٓا۟ إِلَيْهِ مُذْعِنِينَ

Bermaksud: Apabila mereka diajak kepada Allah (Kitab Allah) dan Rasulnya (Sunnah RasulNya) supaya menjadi hakim dalam mengadili (sesuatu perkara) di antara mereka, maka dengan serta-merta sepuak dari mereka berpaling (menolak ajakan itu jika keputusannya tidak menguntungkan mereka).(48)

Dan (sebaliknya) jika keputusan itu menguntungkan mereka, mereka segera datangkepada Rasul dengan patuh (menerima hukumnya) . (49). 

(an-Nuur:4 8 -49).

Al-Hajj 22:11

وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَعْبُدُ ٱللَّهَ عَلَىٰ حَرْفٍۖ فَإِنْ أَصَابَهُۥ خَيْرٌ ٱطْمَأَنَّ بِهِۦۖ وَإِنْ أَصَابَتْهُ فِتْنَةٌ ٱنقَلَبَ عَلَىٰ وَجْهِهِۦ خَسِرَ ٱلدُّنْيَا وَٱلْءَاخِرَةَۚ ذَٰلِكَ هُوَ ٱلْخُسْرَانُ ٱلْمُبِينُ

Bermaksud: Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau dia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu dan kalau pula dia ditimpa ujian kesusahan, berbaliklah dia ke belakang(kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah dia di dunia dan di akhirat.Itulah kerugian yang terang nyata.
(al-Hajj:l l).

⁴⁹ Sembahlah Tuhan Yang Maha Pencipta, bukan tuhan-tuhan yang tidak mencipta apa-apa pun. Tuhan Yang Maha Pencipta sahajalah yang layak disembah. Allah berfirman:
أَفَمَنْ يَخْلُقُ كَمَنْ لَّا يَخْلُقُ اَفَلَا تَذَكَّرُونَ

Bermaksud: "Apakah (Allah) yang menciptakan itu sama dengan yang tidak menciptakan (apa-apa)?" Mengapa tidak kamu fikirkan?

⁵⁰ Seperti telah disebutkan pada nota ke-46 yang lalu, bahawa maksud langit (السماء) didalam Al-Qur'an apabila dikaitkan dengan hujan yang turun darinya ialah awan. Lihat nota ke-⁴⁶ untuk mendapat dalil-dalilnya daripada Al-Qur'an.


35

Tiada ulasan:

Catat Ulasan