Tafsir nota 3(48)
disambungkan⁶³ dan mereka pula melakukan kerosakan dan bencana di bumi⁶⁴. Mereka itulah orang-orang yang rugi.⁶⁵ [27]
-kebenaran) .Mereka sentiasa mengubah kalimah-kalimah (yang ada di dalam kitabTaurat dengan memutarnya) daripada tempat-tempatnya (dan maksudnya) yang sebenar dan mereka melupakan (meninggalkan) sebahagian daripada apa yang diperingatkan mereka dengannya, dan engkau (wahai Muhammad) sentiasa dapat melihat perbuatan khianat yang mereka lakukan, kecuali sedikit dari mereka (yang tidak berlaku khianat). Oleh itu, maafkanlah mereka (ika mereka sedia bertaubat) dan janganlah dihiraukan, kerana sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yangberbuat baik.
(al-Maa'idah:13).
Al-Baqarah 2:100
أَوَكُلَّمَا عَٰهَدُوا۟ عَهْدًا نَّبَذَهُۥ فَرِيقٌ مِّنْهُمۚ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ
Bermaksud: Patutkah (mereka ingkar kepada ayat-ayat Allah), dan setiap kali merekamengikat janji, segolongan mereka melemparkannya? Bahkan sebahagian besar darimereka tidak beriman.
(al-Baqarah:100).
63 berupa perhubungan yang baik dengan Allah, dengan mentauhidkanNya dan menjauhi kesyirikan, di samping bermesra, bersimpati dan bertolong-menolong diantara sesama manusia.
Allah berfirman:
An-Nisa' 4:36
وَٱعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا۟ بِهِۦ شَيْـًٔاۖ وَبِٱلْوَٰلِدَيْنِ إِحْسَٰنًا وَبِذِى ٱلْقُرْبَىٰ وَٱلْيَتَٰمَىٰ وَٱلْمَسَٰكِينِ وَٱلْجَارِ ذِى ٱلْقُرْبَىٰ وَٱلْجَارِ ٱلْجُنُبِ وَٱلصَّاحِبِ بِٱلْجَنۢبِ وَٱبْنِ ٱلسَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَٰنُكُمْۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ مَن كَانَ مُخْتَالًا فَخُورًا
An-Nisa' 4:37
ٱلَّذِينَ يَبْخَلُونَ وَيَأْمُرُونَ ٱلنَّاسَ بِٱلْبُخْلِ وَيَكْتُمُونَ مَآ ءَاتَىٰهُمُ ٱللَّهُ مِن فَضْلِهِۦۗ وَأَعْتَدْنَا لِلْكَٰفِرِينَ عَذَابًا مُّهِينًا
Bermaksud: Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengansesuatu apa pun, berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anakyatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh,rakan sejawat, orang musafir dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri; (36)
Iaitu orang-orang yang bakhil dan menyuruh manusia supaya bakhil sertamenyembunyikan apa-apa jua yang Allah berikan kepada mereka dari limpahkurnianya dan (sebenarnya) Kami telah sediakan bagi orang-orang kafir itu azab siksayang amat menghinak an. (37).
(an-Nisaa':36-37).
Allah juga dengan lebih jelas menyuruh pihak yang berkuasa supaya melakukankebaikan dan menjalinkan hubungan kekeluargaan (shilatur rahim) serta melarangmereka daripada melakukan kerosakan di bumi dan memutuskan hubungankekeluargaan (shilatur rahim) melalui firmanNya ini:
Muhammad 47:22
فَهَلْ عَسَيْتُمْ إِن تَوَلَّيْتُمْ أَن تُفْسِدُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ وَتُقَطِّعُوٓا۟ أَرْحَامَكُمْ
Bermaksud: Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan melakukankerosakan di bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan?
(Muhammad:22).
Tidak beriman kepada Allah dan para rasulNya atau membeza-bezakan utusan Allah dengan beriman kepada sebahagian daripada mereka dan tidak kepada sebahagian
48
Tiada ulasan:
Catat Ulasan