Jumaat, Januari 17, 2020

Tafsir nota 3(47)

Tafsir nota 3(47)

Iaitu) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diikatkannya dengan teguh,⁶² dan memutuskan apa yang disuruh Allah supaya keterangan-keterangan yang jelas nyata? Allah tidak akan memberikan petunjukNya kepada kaum yang zalim. 

(Aali 'Imraan:86).

Ghafir 40:28

وَقَالَ رَجُلٌ مُّؤْمِنٌ مِّنْ ءَالِ فِرْعَوْنَ يَكْتُمُ إِيمَٰنَهُۥٓ أَتَقْتُلُونَ رَجُلًا أَن يَقُولَ رَبِّىَ ٱللَّهُ وَقَدْ جَآءَكُم بِٱلْبَيِّنَٰتِ مِن رَّبِّكُمْۖ وَإِن يَكُ كَٰذِبًا فَعَلَيْهِ كَذِبُهُۥۖ وَإِن يَكُ صَادِقًا يُصِبْكُم بَعْضُ ٱلَّذِى يَعِدُكُمْۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَهْدِى مَنْ هُوَ مُسْرِفٌ كَذَّابٌ

Bermaksud: Dan seorang laki-laki yang beriman di antara pengikut-pengikut Fir'aun yang menyembunyikan imannya berkata: "Apakah kamu akan membunuh seorang laki-laki karena dia menyatakan: "Tuhanku ialah Allah", padahal dia telah datang kepadamu dengan membawa keterangan-keterangan dari Tuhanmu. Dan jika ia seorang pendusta maka dialah yang menanggung (dosa) dustanya itu; dan jika ia seorang yang benar niscaya sebahagian (bencana) yang diancamkannya kepadamu akan menimpamu". Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayat petunjuk kepadaorang yang melampaui batas, lagi pendusta. (Ghafir:28).

Di dalam ayat ke-27 Surah al-Baqarah seterusnya Allah menjelaskan sifat-sifat orang-orang fasiq yang terus sesat meskipun telah Al-Qur'an.

⁶²  Maksud perjanjian Allah yang telah diikat dengan teguh ialah perjanjian manusia dengan Allah di alam arwah (roh-roh) bahawa mereka akan mengesakanNyasepanjang masa. Ia disebut Allah di dalam Al-Qur'an menerusi firmanNya ini:

Al-A'raf 7:172

وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنۢ بَنِىٓ ءَادَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْۖ قَالُوا۟ بَلَىٰۛ شَهِدْنَآۛ أَن تَقُولُوا۟ يَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَٰذَا غَٰفِلِينَ

Bermaksud: Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan roh anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya):"Bukankah Aku Tuhanmu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhankami), kami menjadi saksi." (Kami lakukan yang demikian itu) supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami tidak diberi pengetahuantentang (hakikat tauhid) ini.
(al-A'raaf:72).

Ayat ini membuktikan bahawa di dalam diri manusia telah tertanam naluri percaya kepada Tuhan yang esa sejak di alam arwah lagi.Memang sentiasa ada orang-orang yang merombak dan mencabuli perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya. Allah malah telah menceritakan kesan buruknya di dalam dua ayat di bawah ini:

Al-Ma'idah 5:13

فَبِمَا نَقْضِهِم مِّيثَٰقَهُمْ لَعَنَّٰهُمْ وَجَعَلْنَا قُلُوبَهُمْ قَٰسِيَةًۖ يُحَرِّفُونَ ٱلْكَلِمَ عَن مَّوَاضِعِهِۦۙ وَنَسُوا۟ حَظًّا مِّمَّا ذُكِّرُوا۟ بِهِۦۚ وَلَا تَزَالُ تَطَّلِعُ عَلَىٰ خَآئِنَةٍ مِّنْهُمْ إِلَّا قَلِيلًا مِّنْهُمْۖ فَٱعْفُ عَنْهُمْ وَٱصْفَحْۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلْمُحْسِنِينَ

Bermaksud: Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, Kami kutuki mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras (tidak mahu menerima-

47

Tiada ulasan:

Catat Ulasan