Tafsir nota 3(52)
arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna ⁶⁹ dan Dialah Yang Maha Mengetahui segala sesuatu.[29]
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat:"sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah ⁷⁰ di bumi."Mereka bertanya
_____________________________________________________________________________________________________
atau petunjuk dan tanpa berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran.
(Luqman:20).
⁶⁹ Di dalam ayat yang lain Allah menyatakan bahawa tujuh langit yang sempurna itu telah dijadikanNya dalam tempoh dua hari (masa).
Di bawah ini dikemukakan firmanAllah berkenaan:
Fushshilat 41:12
فَقَضَىٰهُنَّ سَبْعَ سَمَٰوَاتٍ فِى يَوْمَيْنِ وَأَوْحَىٰ فِى كُلِّ سَمَآءٍ أَمْرَهَاۚ وَزَيَّنَّا ٱلسَّمَآءَ ٱلدُّنْيَا بِمَصَٰبِيحَ وَحِفْظًاۚ ذَٰلِكَ تَقْدِيرُ ٱلْعَزِيزِ ٱلْعَلِيمِ
Bermaksud: Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa. Dia mewahyukan(memberitahu) kepada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit yang dekat(pada pandangan mata penduduk bumi) dengan bintang-bintang yang bersinarcemerlang, di samping Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.
(Fusshilat:12).
Zahir ayat ini menunjukkan Allah telah menjadikan bumi dan segala apa yang ada padanya untuk kemaslahatan manusia sebelum menjadikan langit. Tetapi jika dilihat kepada firman Allah yang lain, maka maksud خلق(menjadikan) itu bukanlah menciptakan, sebaliknya ia bererti mentaqdirkan (menentukan). Maksudnya ialah Allah mentaqdirkan (menentukan) kejadian bumi dengan segala keperluan manusia padanya sebelum Dia menjadikan langit.
Lihat firman Allah berkenaan di bawah ini:
Fushshilat 41:10
وَجَعَلَ فِيهَا رَوَٰسِىَ مِن فَوْقِهَا وَبَٰرَكَ فِيهَا وَقَدَّرَ فِيهَآ أَقْوَٰتَهَا فِىٓ أَرْبَعَةِ أَيَّامٍ سَوَآءً لِّلسَّآئِلِينَ
Bermaksud: Dan dia menciptakan di bumi itu gunung-gunung yang kokoh di atasnya.Dia memberkatinya dan menentukan ada padanya bahan-bahan keperluan hidup penduduknya, sekadar yang menyamai hajat yang diminta dan dikehendaki olehkeadaan mereka; (semuanya itu berlaku) dalam empat masa.
(Fusshilat:10).
Orang-orang 'Arab sering juga menggunakan perkataan
خَلَقَ يَخْلُقُ خَلْقّا
dengan erti
mentaqdirkan, menentukan dan merancang.
Spt kata Zuhair.,
وَلَأَنْتَ تَفْرِي مَا خَلَقْتَ وَبَعْ...ضُ الْقَوْمِ يَخْلُقُ ثُمَّ لَا يَفْرِي
Bermaksud: Memanglah engkau melaksanakan apa yang telah engkau taqdirkan.Berbeza sekali dengan sesetengah orang, ia mentaqdirkan (merancang), kemudian tidak dapat melaksanakan (apa yang dirancangnya).
⁷⁰ Manusia yang memerintah dan berkuat kuasa perintahnya atas segala benda yangada di bumi. Khalifah yang dimaksudkan di sini merangkumi Nabi Adam danpemerintah-pemerintah dari kalangan anak cucunya, sama ada yang adil mahupunyang zalim. Di dalam Al-Qur'an Allah tidak menyebutkan Adam sahaja sebagai khalifah di bumi. Sebagai contohnya di dalam ayat di bawah ini Allah menyebutkan Nabi Daud sebagai khalifah:
52
Tiada ulasan:
Catat Ulasan