Tafsir nota 3(53)
_____________________________________________________________________________________________________
Shad 38:26
يَٰدَاوُۥدُ إِنَّا جَعَلْنَٰكَ خَلِيفَةً فِى ٱلْأَرْضِ فَٱحْكُم بَيْنَ ٱلنَّاسِ بِٱلْحَقِّ وَلَا تَتَّبِعِ ٱلْهَوَىٰ فَيُضِلَّكَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَضِلُّونَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌۢ بِمَا نَسُوا۟ يَوْمَ ٱلْحِسَابِ
Bermaksud: Wahai Daud, Sesungguhnya Kami menjadikanmu khalifah (penguasa) dibumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar(yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah Engkau menurut hawa nafsu, kerana iaakan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan mendapat azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkanmereka melupakan (jalan Allah) itu.
(Shaad: 26).
Di tempat yang lain pula Allah menyebutkan anak cucu Adam sebagai khalifah. Lihat beberapa ayat di bawah ini:
Yunus 10:14
ثُمَّ جَعَلْنَٰكُمْ خَلَٰٓئِفَ فِى ٱلْأَرْضِ مِنۢ بَعْدِهِمْ لِنَنظُرَ كَيْفَ تَعْمَلُونَ
Bermaksud: Kemudian Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) khalifah-khalifah di bumi menggantikan mereka yang telah dibinasakan itu, supaya Kami melihat apa pula corak dan bentuk kelakuan yang kamu akan lakukan. (Yunus:14).
Fathir 35:39
هُوَ ٱلَّذِى جَعَلَكُمْ خَلَٰٓئِفَ فِى ٱلْأَرْضِۚ فَمَن كَفَرَ فَعَلَيْهِ كُفْرُهُۥۖ وَلَا يَزِيدُ ٱلْكَٰفِرِينَ كُفْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ إِلَّا مَقْتًاۖ وَلَا يَزِيدُ ٱلْكَٰفِرِينَ كُفْرُهُمْ إِلَّا خَسَارًا
Bermaksud: Dialah yang menjadikan kamu khalifah-khalifah (orang-orang yang berkuasa) di muka bumi silih berganti; oleh itu sesiapa yang kafr, maka (akibat)kekufurannya itu akan menimpa dirinya sendiri. Dan orang-orang yang kafir,kufurnya tidak menambahkan mereka di sisi Tuhan mereka melainkan kemurkaan dankehinaan, dan orang-orang yang kafir itu, kekufurannya tidak menambahkan merekamelainkan kerugian jua.
(Faathir: 39).
Al-An'am 6:165
وَهُوَ ٱلَّذِى جَعَلَكُمْ خَلَٰٓئِفَ ٱلْأَرْضِ وَرَفَعَ بَعْضَكُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجَٰتٍ لِّيَبْلُوَكُمْ فِى مَآ ءَاتَىٰكُمْۗ إِنَّ رَبَّكَ سَرِيعُ ٱلْعِقَابِ وَإِنَّهُۥ لَغَفُورٌ رَّحِيمٌۢ
Bermaksud: Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah-khalifah (penguasa-penguasa) di bumi dan meninggikan sebahagian kamu daripada sebahagian yang lain beberapa darjat, untuk mengujimu pada apa yang dikurniakanNya kepadamu.Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab siksaNya dan sesungguhnya Dia MahaPengampun, lagi Maha Mengasihani.
(al-An'aam:165).
An-Naml 27:62
أَمَّن يُجِيبُ ٱلْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ وَيَكْشِفُ ٱلسُّوٓءَ وَيَجْعَلُكُمْ خُلَفَآءَ ٱلْأَرْضِۗ أَءِلَٰهٌ مَّعَ ٱللَّهِۚ قَلِيلًا مَّا تَذَكَّرُونَ
Bermaksud: Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan serta menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah-khalifah (penguasa-penguasa) di bumi? Apakah disamping Allah ada tuhan (yang lain)? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati(ni'mat Allah itu). (an-Naml:62).
53
Tiada ulasan:
Catat Ulasan