Sabtu, Januari 18, 2020

Tafsir nota 3(58)

Tafsir nota 3(58)

melainkan Iblis;⁷⁹ ia enggan dan berlagak sombong. Dengan itu termasuklah ia
dalam golongan orang-orang yang kafir.⁸⁰ [34]

_____________________________________________________________________________________________________

Bermaksud: Dan antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya,kalau betullah kamu hanya beribadat kepada Allah.
(Fusshilat:37).

Tidak jelas daripada firman Allah ini, adakah ia merupakan perintah yang mula-mula sekali diberikan kepada para malaikat atau sebelum itu sudah pun ada perintah supaya mereka tunduk dan memberi penghormatan kepada Adam. Perintah yang diberikan menerusi ayat ini sebenarnya adalah setelah Adam diciptakan dengan sempurna dan dihidupkan. Sebelum kejadian Adam lagi telah pun ada perintah supaya para malaikat tunduk dan hormat kepadanya, apabila dia dicipta dan dihidupkan nanti. Ia dapat dilihat pada beberapa firman Allah seperti berikut:
Al-Hijr 15:28

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَٰٓئِكَةِ إِنِّى خَٰلِقٌۢ بَشَرًا مِّن صَلْصَٰلٍ مِّنْ حَمَإٍ مَّسْنُونٍ

Al-Hijr 15:29

فَإِذَا سَوَّيْتُهُۥ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِى فَقَعُوا۟ لَهُۥ سَٰجِدِينَ

Bermaksud: Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat:"Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering yangberasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.(28).
Apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan ke dalamnyaroh (ciptaan)Ku, maka tunduk dan beri hormatlah kamu kepadanya." (29).
(al-Hijr:28-29)

Shad 38:71

إِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَٰٓئِكَةِ إِنِّى خَٰلِقٌۢ بَشَرًا مِّن طِينٍ

Shad 38:72

فَإِذَا سَوَّيْتُهُۥ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِى فَقَعُوا۟ لَهُۥ سَٰجِدِينَ

Bermaksud: (Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada paru malaikat:"sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia (Adam) dari tanah. (71)
Apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan ke dalamnyaroh (ciptaan)Ku, maka tunduk dan beri hormatlah kamu kepadanya."(72).
(Shaad:71-72).

⁷⁹ Bahagian permulaan ayat ini secara zahimya menampakkan hanya malaikat sahaja yang diperintah Allah supaya tunduk dan memberi hormat kepada Adam, tetapi kenapa pula selepas itu dikecualikan Iblis, adakah Iblis juga termasuk dalam makhluk yang diperintah supaya tunduk memberi hormat kepada Adam? Jawabnya, ya. Iblis juga diperintahkan supaya tunduk dan memberi hormat kepada Adam.
Buktinya ialahbeberapa firman Allah berikut:

Shad 38:75

قَالَ يَٰٓإِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَن تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَىَّۖ أَسْتَكْبَرْتَ أَمْ كُنتَ مِنَ ٱلْعَالِينَ

Bermaksud: Allah berfirman: Hai lblis! Apa yang menghalangmu daripada turuttunduk kepada (Adam) yang Aku telah ciptakan dengan kedua tanganKu? Adakahengkau menyombong ataupun engkau (merasa) termasuk dalam orang-orang yang(lebih) tinggi?"
(Shaad:75).

58

Tiada ulasan:

Catat Ulasan