Tafsir nota 3(57)
Allah berfirman: "'Wahai Adam! Beritahulah nama benda-benda ini kepada mereka."⁷⁶ Maka setelah Adam memberitahu nama benda-benda itu kepada mereka, Allah pun berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepadamu,bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan⁷⁷ [33]
Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada para malaikat: "Tunduk dan beri hormatlah kamu kepada (Nabi) Adam".⁷⁸ Lalu mereka tunduk memberi hormat
_____________________________________________________________________________________________________
⁷⁶ Setelah para malaikat mengakui kelemahan dan kekurangan ilmu mereka, Allah berfirman kepada Adam: "Wahai Adam! Beritahulah nama benda-benda ini kepada mereka". Benda-benda yang diajar nama-namanya oleh Allah kepada Adam bukan semuanya ber'aqal, malah kebanyakannya tidak ber'aqal. Tetapi Allah mentaghlibkan(memenangkan) makhluk yang ber'aqal daripada yang tidak ber'aqal, kerana itulahAllah menggunakan dhamir (ganti nama) jama' mudzakkar pada بأسماءهمla bukan بأسماءها Contoh mentaghlibkan (memenangkan) makhluk yang ber'aqal daripada yang tidak ber'aqal dapat juga dilihat pada perkataan العالمين(semesta alam) di dalam ayat ke-dua surah al-Fatihah. Allah telah menggunakan perkataan jama' mudzakkar salim(yang menunjukkan makhluk yang ber'aqal) di situ, padahal kejadian Allah yang lebih banyak di alam semesta ini ialah yang tidak ber'aqal.
⁷⁷ Di dalam nota ke-⁷⁴ sebelum ini telah dikemukakan empat perkara yang dinyatakan oleh malaikat dan dua perkara yang disembunyikan mereka. Itulah yang dimaksudkan dengan "Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan". Mungkin juga yang dimaksudkan dengan apa yang kamu sembunyikan itu ialah sikap takabbur dan sombong Iblis. Kalau itulah yang dimaksudkan dengan apa yang kamu sembunyikan, maka firman Allah:
إِلَّآ إِبْلِيسَ أَبَىٰ وَٱسْتَكْبَرَ
di dalam ayat ke-34 selepas ini menjelaskannya.
⁷⁸ Perkataan اسجدوا seharusnya dipakai dengan erti seperti yang diberikan di atas, iaitu Tunduk dan patuhlah kamu kepada Adam, atau beri hormatlah kamu kepada Adam.Sujud dengan erti ini memang ada digunakan di dalam Al-Qur'an pada tempat yanglain.
Lihat firman Allah berikut:
Al-Insyiqaq 84:21
وَإِذَا قُرِئَ عَلَيْهِمُ ٱلْقُرْءَانُ لَا يَسْجُدُونَ۩
Bermaksud: dan apabila Al-Qur'an dibacakan kepada mereka, mereka tidak mahu tunduk dan patuh.
(al-Insyiqaaq: 21)
Tidak seharusnya perintah Allah ini dipakai dengan erti sujud dengan meletakkan dahi di tanah sebagaimana kita sujud kepada Allah. Sebabnya Allah melarang bersujud seperti itu kepada selainNya di dalam ayat berikut:
Fushshilat 41:37
وَمِنْ ءَايَٰتِهِ ٱلَّيْلُ وَٱلنَّهَارُ وَٱلشَّمْسُ وَٱلْقَمَرُۚ لَا تَسْجُدُوا۟ لِلشَّمْسِ وَلَا لِلْقَمَرِ وَٱسْجُدُوا۟ لِلَّهِ ٱلَّذِى خَلَقَهُنَّ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ
57
Tiada ulasan:
Catat Ulasan