Sabtu, Januari 18, 2020

Tafsir nota 4(60)

Tafsir nota 4(60)

Al-Baqarah 2:35

وَقُلْنَا يَٰٓـَٔادَمُ ٱسْكُنْ أَنتَ وَزَوْجُكَ ٱلْجَنَّةَ وَكُلَا مِنْهَا رَغَدًا حَيْثُ شِئْتُمَا وَلَا تَقْرَبَا هَٰذِهِ ٱلشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ ٱلظَّٰلِمِينَ
Al-Baqarah 2:36

فَأَزَلَّهُمَا ٱلشَّيْطَٰنُ عَنْهَا فَأَخْرَجَهُمَا مِمَّا كَانَا فِيهِۖ وَقُلْنَا ٱهْبِطُوا۟ بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّۖ وَلَكُمْ فِى ٱلْأَرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَٰعٌ إِلَىٰ حِينٍ

Al-Baqarah 2:37

فَتَلَقَّىٰٓ ءَادَمُ مِن رَّبِّهِۦ كَلِمَٰتٍ فَتَابَ عَلَيْهِۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلتَّوَّابُ ٱلرَّحِيمُ

Al-Baqarah 2:38

قُلْنَا ٱهْبِطُوا۟ مِنْهَا جَمِيعًاۖ فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُم مِّنِّى هُدًى فَمَن تَبِعَ هُدَاىَ فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ


Dan kami berfirman: "Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam Syurga, ⁸¹ dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu

_____________________________________________________________________________________________________

⁸¹ Di manakah syurga tempat tinggal Adam dan Hawwa' yang diperintah Allah supaya didiami mereka menerusi ayat ini, di bumikah atau di langit? Yang dimaksudkan dengan syurga di langit itu ialah Jannatul Ma'wa atau Jannatul Khulddan lain-lain, iaitu syurga sebenar yang akan menjadi tempat tinggal abadi bagi Adam dan anak cucunya yang saleh, sebagai balasan dan ganjaran atas amal saleh yangmereka kerjakan di dunia ini. Dan yang dimaksudkan dengan syurga di bumi pula ialah suatu tempat yang sangat indah, cantik, menarik, subur, hijau, mempesonakan dan penuh dengan keselesaan di dunia ini juga. Kerana itulah ia dinamakan Al-Jannah(taman yang indah permai).Berdasarkan beberapa firman Allah di dalam al-Qur'an, syurga tempat tinggal Adam dan Hawwa' itu ialah syurga di langit.

Lihatlah bagaimana Allah menggambarkan tentang syurga di mana Adam dan Hawwa' pernah di tempatkan dahulu, sebelummereka dikeluarkan daripadanya:

Thaa Ha 20:118

إِنَّ لَكَ أَلَّا تَجُوعَ فِيهَا وَلَا تَعْرَىٰ

Thaa Ha 20:119

وَأَنَّكَ لَا تَظْمَؤُا۟ فِيهَا وَلَا تَضْحَىٰ

Bermaksud: Sesungguhnya engkau tidak akan lapar di dalamnya dan tidak akanbertelanjang.(118).
Dan sesungguhnya engkau juga tidak akan dahaga di dalamnya dan tidak (pula) akan ditimpa panas matahari(119).
(Thaha:118-119).

Dua ayat di atas jelas menunjukkan bahawa syurga tempat tinggal Nabi Adam danisterinya Hawwa' a.s. dahulu adalah Jannatul Ma'wa di langit. Ia sama sekali tidak terletak di bumi dan di dunia ini. Kerana tidak ada satu pun tempat di dunia ini dimana manusia tidak berasa dahaga, tidak berasa lapar, 'auratnya tertutup dan terpelihara dengan sendirinya tanpa perlu mengenakan apa-apa pakaian dan ia tidak ditimpa panas matahari.Biar bagaimana indah dan cantik sekalipun dunia dan muka bumi ini, manusia yang berada di atasnya tetap tidak akan terlepas daripada apa yang tersebut di dalam dua ayat tadi. lni adalah suatu kenyataan.

An-Najm 53:13

وَلَقَدْ رَءَاهُ نَزْلَةً أُخْرَىٰ

An-Najm 53:14

عِندَ سِدْرَةِ ٱلْمُنتَهَىٰ

An-Najm 53:15

عِندَهَا جَنَّةُ ٱلْمَأْوَىٰٓ
An-Najm 53:16

إِذْ يَغْشَى ٱلسِّدْرَةَ مَا يَغْشَىٰ
An-Najm 53:17

مَا زَاغَ ٱلْبَصَرُ وَمَا طَغَىٰ

An-Najm 53:18

لَقَدْ رَأَىٰ مِنْ ءَايَٰتِ رَبِّهِ ٱلْكُبْرَىٰٓ

60

Tiada ulasan:

Catat Ulasan