Sabtu, Januari 18, 2020

Tafsir nota 4(61)

Tafsir nota 4(61)

____________________________________________________________________________________________________^

Bermaksud: Dan demi sesungguhnya! Dia (Nabi Muhammad) telah melihatnya(malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi, (13)
Di sisi "sidratul-Muntaha"(14)
Yang di sisinya terletak Syurga "Jannatul-Ma'wa".(15)
(NabiMuhammad melihat jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa"Sidratul Muntaha" itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yangtidak terhingga.(16)
Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan Baginda melihatnya) dan tidak pula melampaui batas.(17)
Demi sesungguhnya, dia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnyapemerintahan dan kekuasaan)Tuhannya.(I8)
(An-Najm: 13-18).

Berdasarkan ayat ke-14 Surah an-Najm yang dikemukakan di atas terbukti bahawa?Sidratul Muntaha itu terletak di atas langit. Dan berdasarkan ayat ke-15 pula terbukti bahawa Jannatul Ma'wa itu juga terletak di atas langit, kerana ia terletak di sisi Sidratul Muntaha. Itulah syurga yang didiami Adam dan Haww'a' sebelum mereka diturunkan ke dunia ini. Jelas sekali Sidratul Muntaha yang tersebut itu tidak terletak di bumi dan di dunia ini, sebaliknya ia terletak di atas langit.

Thaa Ha 20:116

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَٰٓئِكَةِ ٱسْجُدُوا۟ لِءَادَمَ فَسَجَدُوٓا۟ إِلَّآ إِبْلِيسَ أَبَىٰ

Thaa Ha 20:117

فَقُلْنَا يَٰٓـَٔادَمُ إِنَّ هَٰذَا عَدُوٌّ لَّكَ وَلِزَوْجِكَ فَلَا يُخْرِجَنَّكُمَا مِنَ ٱلْجَنَّةِ فَتَشْقَىٰٓ

Bermaksud: Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat:"Sujudlah kamu kepada Adam, lalu mereka sujud, melainkan lblis, dia enggan sujud."(116). Maka, Kami berfirman: "wahai Adam sesungguhnya Iblis ini musuh bagimudan bagi isterimu; oleh itu, janganlah dia menyebabkan kamu berdua keluar dariSyurga, kerana dengan yang demikian engkau (dan isterimu) akan menderita." (117).
(Thaha:116-117).

Firman Allah di atas menunjukkan penghuni syurga yang sebenar tidak menderita dan tidak terdedah kepada kecelakaan. Adam dan Hawwa' dikatakan akan terdedah kepada penderitaan dan kecelakaan jika mereka berjaya dikeluarkan oleh Iblis daripada syurga itu. Keadaannya berbeza daripada di dunia, kerana penghuninya, biar di bahagian mana sekalipun mereka berada, tetap terdedah kepada penderitaan dan kecelakaan. Maka ia membuktikan syurga tempat tingggal Adam dan Hawwa'bukanlah di dunia ini, sebaliknya ia terletak di langit.

Perkataan اهبطوا(turunlah kamu) dan اهبطا(turunlah kamu berdua) yangtersebut didalam ayat-ayat yang mengisahkan tentang bagaimana Allah memerintahkan supaya Adam, Hawwa' dan Iblis turun ke dunia setelah Adam melanggar perintah Allah, juga menunjukkan syurga tempat tinggal Adam dan Hawwa' yang asal adalah JannatulMa'wa yang terletak di atas langit. Jika diterima begitu, barulah ada erti perkataan turun itu. Dunia hanyalah tempat di mana mereka semua dibuang. Dan tempat terletaknya dunia itu adalah di bawah (langit).
Setelah Adam dan Hawwa' dikeluarkandaripada syurga, barulah ada cerita dunia, tempat tinggal manusia buat sementara waktu.Lihatlah beberapa firman Allah di bawah ini sebagai buktinya:

61

Tiada ulasan:

Catat Ulasan