Tafsir makro surah 001.Alfatihah nota 1(1-2)
Tertib surah 1
Nama surah Fatihah
Bilangan ayat 7
Bilangan rukuk 1
Makkiyah
Tertib turun 5
Dari segi perenggan 4
Paragraf 1 ayat 1- 4
(Dlm ni ada apa?Ada) adab2 doa menggunakan al asma ul husna untuk memuji Allah.
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَالرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِمَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Paragraf 2 ayat 5
Kelayakan disembah dan diminta doa kepadaNya
(siapakah dia?)
Paragraf 3 ayat 6
Doa sebenar (atau mesej utama al fatihah ni nak ajar doa itu sendiri.doa nya apa?)Doanya اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
Paragraf ke4 ayat 7
Keterangan dan perincian doa dan apa yg di(kita)minta .
Jln orang yg mendapat nikmat.Bukan jln orang dimurkai
Bukan jln orang yg sesat.
Ni lah 4 bhg jika dari seekor lembu contohnya potong kepala dan kaki dan kmdn yg lebih kecil dikepala potong lidah pula contohnya...ini lebih mudah.
Mesej utama.
Memohon jalan yg lurus dan betul
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
Setiap surah dia mesej dia.mesej dia kadang2 ada satu shj.kadang2 ada beberapa mesej dia.mesej itu kita simpulkan dr 4 bhg itu.kita simpulkan daripada situ.
Messej yg utama minta jln yg lurus dan betul .Hakikatnya surah alfatihah ini minta doa kepada allah.Sapa dia yg ajar?Allah sendiri.Kenapa tiba2 keluar doa ini ,sebab nya tengok dibawah.
Zaman Diturunkan
Surah al-Fatihah adalah surah yang mula-mula sekali diturunkan dengan lengkap. Ia diturunkan di zarnan permulaan Islam, ketika mana Rasulullah berda'wah secara sulit di Mekah. Sebelumnya telah pun diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. beberapa ayat daripada Surah al-'Alaq, al-Muddattsir dan al-Muzzammi
1.
Antara keistimewaannya:
(1) Ia mempunyai beberapa nama. Antara lainnya ialah Fatihatul Kitab, Ummul Kitab,as-Sab'u al-Matsani dan lain-lain.
(2) Allah sebagai Tuhan Maha Pencipta (الخالق) sendiri telah mengurniakan sebuah doa yang paling ideal untuk makhluk ciptaannya yang paling ajaib di alam semesta ini, manusia. Doa itu berupa Surah al-Fatihah. Ia amat sesuai dan betul-betul menepati fitrah kejadian manusia itu sendiri.
Kelebihan Dan Fadhilat Surah Al-Fatihah
Di sana terdapat beberapa hadits Rasulullah s.a.w. yang menyatakan kelebihan dan fadhilat Surah al-Fatihah. Antara lainnya ialah:
(1)hadis
Bermaksud: Rasulullah s.a.w. bersabda:
Ummul Qur'an (Surah al-Fatihah) adalah tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan al-Qur'an yang agung.
(Hadits riwayat al-Bukhari dan Ahmad).
(2)Hadis Bermaksud:
Kata Ibnu 'Abbaas, ketika Jibril sedang duduk di samping Nabi s.a.w.Tiba-tiba ia mendengar suara pintu dibuka dari arah atas kepalanya. Lalu malaikat Jibril berkata: "ltu adalah suara salah satu pintu langit yang dibuka, sebelumnya ia belum pemah dibuka sama sekali kecuali pada hari ini." Lalu turumlah daripadanya malaikat. Jibril berkata: Ini adalah malaikat yang hendak turun ke bumi, sebelumnya ia belum pernah turun ke bumi sama sekali kecuali pada hari ini saja." Lalu ia memberi salam dan berkata: "Bergembiralah atas dua cahaya yang diberikan kepadamu dan belum pernah diberikan kepada seorang pun sebelummu, iaitu Fatihatul Kitab(Surah al-Fatihah) dan penutup Surah al-Baqarah.Tidaklah kamu membaca satu huruf dari keduanya kecuali pasti akan diberikan kepadamu." (Hadits riwayat Muslim, an-
2
Tiada ulasan:
Catat Ulasan