Ahad, Mei 10, 2020

5 LANGKAH PABILA ANAK MEMUKUL ATAU MENENDANG KERANA APA DIMINTA TAK DAPAT,

5 LANGKAH PABILA ANAK MEMUKUL ATAU MENENDANG KERANA APA DIMINTA TAK DAPAT,

1. Tahan tangan atau kakinya agar tidak berjaya cedera atau sakitkan badan anda.
.

2. Pandang matanya dan sebut dengan jelas, tegas: 

“Kaki untuk buat benda baik, berjalan dan berlari, bukan untuk pukul orang” atau 

“Tangan untuk buat benda baik bukan sakitkan atau cederakan orang”. (Skrip peraturan umum ini ‘applied’ untuk semua orang, bukan skrip untuk kesalahan dia sahaja).
.

3. Tambah lagi: “Ayah rasa sakit, ayah tak suka Abang buat macam ni” 

-- (beritahu perasaan genuin kita, fokus pada PERASAAN si IBU/AYAH kesan dari tindakan si anak, BUKAN fokus kepada KESALAHAN TINGKAHLAKU si ANAK).
.

4. Akhiri dengan: “Ayah minta Abang stop sekarang dan pergi pukul bag/bantal/tilam sana” 

-- (Channelkan energi di tangannya kepada objek lain yang selamat. Objek selamat adalah yang lembut dan boleh ‘absorb’ pukulan kuat, bukan objek keras tak selamat seperti dinding atau meja/kerusi).
.

5. Bincang dengan anak akan tingkahlaku dia tadi bila dia dah tenang. Teroka apa perasaan dan pemikiran dia. Ada berkemungkinan dia ada isu terpendam yang bukan berpunca dari Ibu Ayah tapi orang lain seperti guru / rakan di sekolah. Ini namanya ‘tips of Iceberg’.

OLEH:

Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan