Isnin, Mei 18, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 01.(1)(e2)nota1(005)

Daurah tafsir 2019 sesi 01.(1)(e2)nota1(005)

memohon doa. Kenapa Dia yang harus kita tujukan segala doa? Jawabnya ialah Kerana Dialah yang kita ta'ati, kita sembah dan kita puja. Dialah yang kita percaya sebagai Pencipta Yang Maha Berkuasa. Kita pula adalah hamba-hambaNya. Maka tidak ada sesuatu yang lain yang layak disembah dan ditujukan doa selain Dia, Tuhan
yang mencipta kita, Tuhan yang dita'ati dan disembah oleh kita. Itulah ertinya اياك نعبد واياك نستعين. Kerana beribadat kepadaNya jualah manusia hanya layak berdoa kepadaNya. Tidak ada orang lain atau sesuatu yang lain yang layak diminta pertolongan oleh manusia, sebagaimana tidak ada orang lain atau sesuatu yang lain yang layak disembah olehnya.
(3) Ayat 6 adalah paragraf ke-tiga.Didalamnya terkandung doa yang sebenarnya hendak diminta,
iaitu اهدنا الصراط المستقيم (tunjukilah kami jalan yang lurus).
Ini sebenarnya adalah doa yang paling lengkap dan ideal.     اهدنا الصراط المستقيم adalah jalan tauhid yang merupakan seruan utama al-Qur'an dan as-Sunnah. Dengan melalui jalan itu manusia akan mendapat keredhaan Allah dan akan dapat memasuki syurga yang abadi.
(4) Ayat ke-7 merupakan paragraf ke-empat dan terakhir di Dalam Surah al-Fatihah.Di Dalamnya terdapat keterangan dan perincian tentang doa yang dipinta, baik yang
bersifat positif atau negatif.
(a)Jalan    الصراط المستقيم  adalah jalan orang-orang yang telah mendapat ni'mat daripada Allah.Mereka terdiri daripada para nabi, shiddiqin, syuhada' dan shalihin.
(Lihat an-Nisaa':69).
(b)Jalan  الصراط المستقيم  bukan jalan orang-orang yang dimurkai Allah, seperti golongan Yahudi.
(Lihat al-Baqarah:90, al-Maa'idah:60).
(c)Jalan الصراط المستقيم bukan juga jalan orang-orang yang sesat, seperti golongan Nashara atau Kristian.(Lihat an-Nisaa'44).

Mesej Utama Surah
Permohonan اهدنا الصراط المستقيم  tunjukilah kami jalan yang lurus). Doa inilah sebenarnya merupakan mesej utama Surah al-Fatihah. Ia adalah permintaan hamba kepada
Tuhannya, agar ditunjukiNya jalan yang lurus di sepanjang perjalanan hidup sihamba. Hamba memohon kepada Tuhan supaya memberi hidayah dan taufiq kepadanya untuk melakukan amal saleh dengan ikhlas di sepanjang hayatnya,sehingga apabila ia mati, ia berhak dan layak memasuki syurga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan