Isnin, Mei 18, 2020

Petikan dari nota pengajian daurah tafsir

Secara kasar (makro)cara bahagi surah fatihah
Ada 4 bahagian atau paragraf.
Paragraf pertama atau 1ayat 1-4
Ayat 1بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Ayat 2الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Ayat 3 الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Ayat 4مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Paragraf ke 2 ayat 5 إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Paragraf ke 3 ayat 6.اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
Paragraf ke4 ayat 7
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ

Latarbelakang surah al fatihah.
Surah 1(tertib kitabi)
Bilangan ayat 7
Bilangan rukuk (tempat rukuk dlm solat) 1
Surah Makkiyah(turunnya di mekah)
Tertib turun 4@5
Bilangan paragraf 4

Mengikut manhaj tafsir ini(tafsir secara makro) dibahagi 4 paragraf untuk memudahkan pemahaman.Ini adalah ijtihah.

Paragraf pertama ayat 1-4 .Adab2 doa menggunakan Asma ulhusna untuk memuji Allah.
Bhg ke2 istihqaa(persoalan kelayakan berdoa) doa
Bhg ke3 doa yg sebenar.
(Meminta jalan yg lurus)
Bhg ke4 tafsilan(keterangan) doa.

Tuhan ajar adab berdoa  meminta dari Nya.
Yaitu  kita puji dulu tuhan sekalian 
alam  الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ .Kemudianالرَّحْمَٰنِ tuhan yg sifatnya rahmatnya sangat luas tiada penghujungnya.الرَّحِيمِ tuhan yg sifat rahmat berkekalan.مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ini pun kita puji juga.Ini adalah asmaulhusna.Tuhan yg memiliki hari pembalasan,hari keadilan.Ini yg tuhan ajar dan kena sebut ini(ayat1-4).
Kira2nya kita sudah  faham tuhan ni رَبِّ الْعَالَمِينَ,tuhan ni bersifat dengan الرَّحْمَٰنِ tuhan ni bersifat  dengan الرَّحِيمِ .Tuhan  yg kita terima dah dia tuمَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ barulah kita pergi seterusnya.
Apa perhubungan kita dengan Dia?
Kita ada kelayakan kah untuk meminta itu?
Inilah إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ.Istihqaa doa .Ceritanya kita memang berkelayakan atau berhak untuk berdoa kepada Dia sebab kita tak sembah,taat dan menghambakan diri yg lain selain dari Dia.
Yg kita anggap kuat gagah perkasa dan bersifat segala macam Maha.Kita dah tak terima yg lain. Jadi kita nak minta dengan siapa?.Jadi layak lah kita minta dari dia sebab kita terima dia sebagai tuhan dan kita duduk mengabdikan diri kepada dia juga menghambakan diri serta taat kepada Dia.Segala2 yg kita buat solat lilllahitaala,puasa lillahitaala,haji lillahitaala,semua lillahitaala.Jadi adakah tak patut kita nak minta dengan dia?Dalam keadaan kita tak dak sembah ,patuh dan taat kepada yg lain,tiada kita taat patuh setia pada yg lain begitu sekali.Dia sahaja yg begitu.
Patut atau tidak?Jadi memang patutlah.
Kalu kita pekerja kepada sesaorang seperti tukang rumah.
Bila siap rumah patutkah kita minta habuan dari tuan rumah.Tapi kalu tak buat rumah barulah tak patut.
Yakni tak boleh minta jika tak tentu pasal.
Yang layak untuk minta adalah yang berkhidmat ,yg mengabdikan diri,yg taat dan patuh beribadat(dengan erti yg luas)
Jika tak minta dengan رَبِّ الْعَالَمِينَ yg buat segala2nya nikmat ,yg bg rezeki minta dengan siapa lagi.Sudah terima dan mengaku pula maha luas rahmatnya dan berterusan  hingga hari pengadilan.
Sesiapa pun yg berfikir ,memang Allahlah yg sepatut diminta.
Kemudian sampailah kepada nak minta iaitu اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
Bukan semua orang boleh berfikir untuk minta  ini jadi rasul dihantar untuk beritahu perkara ini.
Serupa juga nak sembah tu macam mana?
Yg bijak pun mungkin boleh rasa patut syukur pada Yang Memberi segala2 tapi nak buat macam mana jika tanpa tunjuk ajar nabi.
Sebab itu nabi diutuskan.
Perkara yg diminta ialah  الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ.
Jalan yg betul Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, iaitu
Syuhadak
Saqqidin
Nabi2
Orang2 saleh
Juga bermakna kita kena tahu sejarah mereka dan ikut mereka.Bukan jln orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat seperti
Kaum Add ,kaum Tsamud.Maka juga kena tahu juga sejarah orang2 jahat ini.Jalan orang sesat.
Inilah ringkasan dan gambaran surah ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan