Khamis, Mei 14, 2020

K019 Tip parenting 17

K019 Tip Parenting #17
Cara Lain Beritahu Anak Agar Berhenti Menangis

Kerapkali kita ibubapa mudah rasa buntu dan hanya mahu anak stop menangis saja.

Sebenarnya bila suruh anak stop aja menangis, 
anak akan rasa diri tidak difahami dan diempati akan situasi dan emosi benar (real emotion) nya bila kita terus arah anak untuk "Dah dah berhenti menangis".
.

Cuba kita bantu anak dengan 'big emotion' ini dengan 3 langkah ini:

1. turunkan badan mendekati dan menyamai ketinggiannya

2. dekati anak dan usap perlahan di bahagian belakang badannya (tengah)

3. ucapkan perkataan di dalam poster (salah satu atau beberapa).

A.ok ok adik rasa sedih ni ya.
B.hm..ini betul2 susah untuk adik terima.
C.mama/ayah ada kat sini sayang.
D.hm..itu memang sangat menyedihkan/mengecewa/menakutkan adik.
E.insyallah mama /ayah akan cuba bantu adik.
F.mama ada kat sini.
G.mama/ayah tahu adik perlukan ruang.
Mam/ayah ada kat sini.nanti adik dah habis sedih bagitau mama/ayah ya.
H.memang mama/ayah pun sedih betul ni.

Disclaimer: 10 ayat ini saya ambil dan modify dari happinessishereblog.com

-----------

Kenapa Penting Ubah Cara / Ayat Kebiasaan?

1) Sekurangnya anak akan lega sedikit dan kurang rasa terancam jika kita gunakan kekerasan atau paksaan untuk dia berhenti menangis.

2) Anak akan belajar regulasi (urus) emosinya, dan ini penting untuk EQ skill dia kelak.

3) Dia juga akan jadi seorang yang mudah memahami situasi orang lain dan tahu bagaimana nak offer help/ support pada kawan atau adik beradik dia kelak.

.

p/s : Sebab jika kita perasan, kita sendiri pun kurang tahu cara lebih baik nak respon kepada seseorang yang dalam kesedihan, grief dsb kan.
.

Jum cuba. Sharekan ya.

♥️

Tiada ulasan:

Catat Ulasan