Peraturan marah ini applicable untuk bukan saja kepada anak malahan kepada IbuAyah juga.
Marah adalah ok, ia perasaan normal yang semua manusia boleh atau akan ada sama seperti rasa gembira, sedih, takut, kecewa, teruja dll.
Cumanya IbuAyah perlu perkenalkan rule marah ini untuk pastikan diri IbuAyah selamat, anak selamat dan barang sekitar selamat.
Marah adalah ok cuma
👮♀️tak boleh cederakan diri
👮♀️ tak boleh cederakan orang lain
👮♀️tak boleh rosakan barang
Tapi BOLEH beritahu apa yang kamu rasa.
Jadi apa option marah yang selamat ?
🏑Tumbuk punching bag/bantal besar/sofa gemuk
🏑Lari sekeliling bulat sampai marah tak da /kurang banyak
🏑Cuci muka dengan air di sinki/bilik air, mandi juga bagus
🏑Cuci kuali, lantai/dinding toilet sampai kilat (akviti kasar tenaga kuat diperlukan)
🏑Tarik nafas dalam panjang sekurang nya 1 kali 3 saat (ni paling mahal dan macam sukar tapi sebenarnya paling efektif)
🏑Duduk, rendahkan posisi level badan (=rendahkan turun energi marah)
🏑Self Hypnoscript : sabar sabar sabar, astaghfirullah astaghfirullah astghfirullah
🏑Dan lain2 ikut energi marah di badan tu kat mana biasanya (tangan? /kaki ? /mulut?/hati ?) Maka kat situ jugalah digunakan cuma tukar aktiviti selamat lain aja
Ini ilmu basic aja biasa dalam ehsabar seminar saya share kan dengan latihan identifikasi energi emosi di mana di badan.
Boleh, boleh, boleh ---》 pause + switch (change the habit, latih badan tu)
Anda bagaimana tahap sabar hari ini? Refleksi harian sebelum tidur 😁.
CARE ❤
Maznah Ibrahim
*tak tidur 9-12 malam sebab ada kerja urgent
T.mazn.me/chan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan