Tafsir asas quran nota 2(014)
(7)'Iafsir Al-Qur'an Berpandukan Ayat Sebelum Dan Selepas تفسير القرآن بما سبق وما لحق منالآيات
Di sana terdapat beberapa istilah untuk menyatakan usul ketujuh ini.Tafsir al-Qur'an berdasarkan
(a) Kesesuaian antara ayat-ayatnya بِالنَّظَر إِلَى تِنَاسُبِ الأَيَات
(b) Perkaitan antara ayat-ayatnya رَبْطُ الأًيَات
(c) Perhubungan antara ayat-ayatnya رَبْطُ الكَلَام
(d) Berdasarkanmayat selepas dan sebelumnya atau siyaaq dan sibaaqnya.
Usul ketujuh ini sangat istimewa
dan penting kerana beberapa sebab berikut:
(i) la menampakkan wujudnya keseragaman dan kesinambungan didalam firman Allah.
(ii) Ia membuktikan tertib kitabi al-Qur'an (tertib al-Qur'an seperti yang terdapat di dalam Mushaf hari ini) benar-benar diredhai Allah dan ia termasuk dalam perkara tauqif
(perkara yang ditentukan oleh Allah melalui RasulNya)tidak ada campur tangan manusia, baik Sahabat mahupun Tabi'in dalam penyusunannya.
(iii) Tertib al-Qur'an seperti yang terdapat di dalam Musyhaf hari ini. meskipun tidak mengikut tertib nuzulnya, tetapi mengandungi ciri-ciri i'jaz.
(iv) Pengaplikasian usul ketujuh ini dengan baik akan memadamkan kritikan dan kemusykilan sesetengah pihak yang menda'wa susunan ayat-ayat al-Qur'an berkecamuk
dan tidak menarik.
(v) Keperluan siyaaq dan sibaaq untuk menentukan ma'na dan maksud asal sesuatu ayat lebih-lebih lagi diperlukan apabila terdapat riwayat tentang sebab nuzulnya yang
kelihatan janggal dan tidak secocok dengan ayat-ayat selepas dan sebelumnya.
(v) Keperluan siyaaq dan sibaaq untuk menentukan ma'na dan maksud asal sesuatu ayai
lebih-lebih lagi diperlukan apabila terdapat riwayat tentang sebab nuzulnya yang kelihatan janggal dan tidak secocok dengan ayat-ayat selepas dan sebelumnya.
(vi) Da'waan golongan sesat dan menyeleweng seperti Syiah Rafidhah dan lain-lain bahawa"sesetengah ayat al-Qur'an tergantung kerana ada beberapa ayat sebelum dan selepasnya telah dibuang oleh para Sahabat" dengan sendirinya akan lenyap apabila anda berjaya mempertautkan ayat berkenaan dengan siyaaq dan sibaaqnya'
(vii) Sebagaimana siyaaq dan sibaaq (ayat yang tersebut selepas dan sebelum sesuatu perkataan) banyak membantu kita memahami ma'na dan maksud sesuatu perkataan di
14
(7)Tafsir Al-Qur'an Berpandukan Ayat Sebelum Dan Selepas تفسير القرآن بما سبق وما لحق منالآيات
Di sana terdapat beberapa istilah untuk menyatakan usul ketujuh ini. Tafsir al-Qur'an berdasarkan
(a)Kesesuaian antara ayat-ayatnya بِالنَّظَر إِلَى تِنَاسُبِ الأَيَات
(Mengambilkira kesesuaian satu ayat dengan ayat yg lain)
(b) Perkaitan antara ayat-ayatnya رَبْطُ الأًيَات
Apa رَبْطُ الأًيَات nya? Apa perkataan ayat sebelum dan selepas ni?
Iaitu perkataan ayat itu dengan ayat ini.
(c) Perhubungan antara ayat-ayatnya رَبْطُ الكَلَام
(d) Berdasarkan ayat selepas dan sebelumnya atau siyaaq dan sibaaqnya.
(Jadi kita akan pakai istilah ini iaitu siyaaq dan sibaaq)
Misalnya kita jumpa satu ayat:
Al-Baqarah 2:6
إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ سَوَآءٌ عَلَيْهِمْ ءَأَنذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنذِرْهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ
Sesungguhnya orang-orang kafir, sama saja bagi mereka, engkau (Muhammad) beri peringatan atau tidak engkau beri peringatan, mereka tidak akan beriman.
Ayat selepasnya(siyaaq)
Al-Baqarah 2:7
خَتَمَ ٱللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ وَعَلَىٰ سَمْعِهِمْۖ وَعَلَىٰٓ أَبْصَٰرِهِمْ غِشَٰوَةٌۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ
Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka, penglihatan mereka telah tertutup, dan mereka akan mendapat azab yang berat.
Ayat sebelumnya(sibaaq)
Al-Baqarah 2:5
أُو۟لَٰٓئِكَ عَلَىٰ هُدًى مِّن رَّبِّهِمْۖ وَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ
Merekalah yang mendapat petunjuk dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.
Ini perkara penting yg membezakan suatu tafsir antara satu tafsir dengan tafsir yg lain.
Bahasa kita miskin bahasa .
Jadi kita ketinggalan dengan bahasa urdu.
Dlm kitab bahasa urdu istilah yg kita guna ini.
Kelainan susah nak tengok sebab kita kekurangan tafsir dlm bahasa kita.
Tafsir yg masyhur ambilkira yg ini ayat sebelum selepas.
Kadang2 kita tak nampak perkaitan satu ayat dengan ayat.
Betul ke tiada perkaitan.
Inilah rahsianya.
Kalu kita belajar kita akan nampak keunikan alquran ciptaan Allah dan buktinya dari nya.
Kelemahan bahasa arab dikalangan orang kita dimana letaknya.
Jgn tak tahu kelemahannya sepertilah tentang ini.
Kasihan orang yg sudah mendekati alquran tetapi tak nampak bahkan nampak alquran celaru.kenapa tak letak setempatnya.susah nak cari.
Sat ni cerita dunia pah cerita akhirat...ramai yg pening.
Isu ini sangat penting dan sampai masa untuk belajar.
Usul ketujuh ini sangat istimewa dan penting kerana beberapa sebab berikut:
(i) la menampakkan wujudnya keseragaman dan kesinambungan didalam firman Allah.
Semua kehidupan dunia ada hubungan dengan kehidupan akhirat nanti.
Jangan ingat hanya hidup didunia sahaja.
Jadi bila sebut pasal keluarga kemudian sebut akhirat menunjukan ada hubungan lagi kehidupan keluarga diakhirat.
Hidup dunia jika masa tak sama tak jumpa.
Tapi akhirat kita akan jumpa bila sama2 mati.
Rasullah saw bg tau orang yg mula2 dia jumpa adalah Fatimah.
(ii) Ia membuktikan tertib kitabi al-Qur'an (tertib al-Qur'an seperti yang terdapat di dalam Mushaf hari ini) benar-benar diredhai Allah dan ia termasuk dalam perkara tauqif
(perkara yang ditentukan oleh Allah melalui RasulNya)tidak ada campur tangan manusia, baik Sahabat mahupun Tabi'in dalam penyusunannya.
Tetapi susunan ini tetap eluk sebab ia adalah panduan hidup manusia.
Susunan juzuk itu bukan tauqifi.
Ini ditentukan oleh orang.
Tanda2 yg orang susun adalah untuk kemudahan untuk berhenti dan rukuk dlm quran.
Quran majid ada byk tanda2 ditepi alquran untuk panduan mudahkan nak baca.
Quran karim lebih asli dan dekat dengan quran nabi.tiada langsung tanda.
(iii) Tertib al-Qur'an seperti yang terdapat di dalam Musyhaf hari ini. meskipun tidak mengikut tertib nuzulnya, tetapi mengandungi ciri-ciri i'jaz.(perkara yg datang)(mukjizat-yg melemahkan)
Tertib yg betul2 ikut tertib nuzul tiada.
Seolah2 Allah tidak nak susunan begitu.
Cuba susun ayat surah iqra ..tentu susah jika nak susun ikut turun ayat.
Yg tuhan nak seperti yg ada sekarang sebab ia susunan yg tauqifi.
Keistimewaan quran ialah ramai yg hafal quran.
Mana nak cari kitab yg seperti ini.
Minit 41
(iv) Pengaplikasian usul ketujuh ini dengan baik akan memadamkan kritikan dan kemusykilan sesetengah pihak yang menda'wa susunan ayat-ayat al-Qur'an berkecamuk
dan tidak menarik.
(v) Keperluan siyaaq dan sibaaq untuk menentukan ma'na dan maksud asal sesuatu ayat lebih-lebih lagi diperlukan apabila terdapat riwayat tentang sebab nuzulnya yang
kelihatan janggal dan tidak secocok dengan ayat-ayat selepas dan sebelumnya.
Kadang2 ada hadis sahih sebab nuzul ayat nampak tak sesuai atau secocok jadi dengan siyaaq dan sibaaq kita akan nampak.
Kita kena tahu Quran ada beberapa makna 1,2 atau 3.
Dengan siyaaq dan sibaaq akan tahu makna 1.
Juga kita kena tahu bila tak ambil kira sebab nuzul boleh akan nampak sesuai.
(vi) Da'waan golongan sesat dan menyeleweng seperti Syiah Rafidhah dan lain-lain bahawa"sesetengah ayat al-Qur'an tergantung kerana ada beberapa ayat sebelum dan selepasnya telah dibuang oleh para Sahabat" dengan sendirinya akan lenyap apabila anda berjaya mempertautkan ayat berkenaan dengan siyaaq dan sibaaqnya'
Itu lah syiah boleh buat tuduhan quran yg ada sekarang adalah palsu.
Syiah pun ada tafsir qurannya tersendiri berjilid2.
Jika kita ada persiapan yg cukup kita boleh tahu dimana penyelewengannya.
(vii) Sebagaimana siyaaq dan sibaaq (ayat yang tersebut selepas dan sebelum sesuatu perkataan) banyak membantu kita memahami ma'na dan maksud sesuatu perkataan di
14
Tiada ulasan:
Catat Ulasan