K026 Pendidikan Emosi Anak Awal Usia
--------------------------------------------------
Benar, antara solusi awal untuk pendidikan emosi anak sejak awal usia (bermula usia dekat 2 tahun) ialah:
.
1) RAIKAN / ACKNOWLEDGE apa jua perasaan anak, walau rasa sedih, gembira, takut, malu, cemburu, geram, kecewa, bangga dsb.
-- "adik rasa marah sebab ..... (mama tak bagi adik main guli guli tu)"
.
2) GALAKKAN anak luah perasaannya, jika anak tak pandai luah, boleh berikan ayat kita yang mengandungi VOKABULARI PERASAAN YANG TEPAT bagi mewakili luahan dirinya.
.
"Fateh nampak sangat marah bila ayah tak bagi beli mainan"
.
"Khairunnisa nampak sangat sedih sebab abang tak bagi kongsi mainan dia".
.
Kemudian step 3 wajib ada untuk bentuk positive coping skills mereka, iaitu :-
.
3) Adakah MEDIUM/SETTING LUAHAN EMOSI SECARA SELAMAT di rumah, kertas krayon, tranpoline, ruang kosong untuk berlari, ruang tumbuk /punching, sandtray (pasir dalam kotak), punching cushion, bagi emosi, sama da beri lepas bebas cepat kuat (lari, lompat, tumbuk) atau lepas perlahan (melukis menulis dsb).
.
Ini agar rumah kita penuh dengan ruang luah emosi bersesuaian dengan kadar segera. Usah tangguh.
.
Dari step 2, akhiri dengan idea solusi, atau tindakan susulan untuk bantu anak luah emosi dengan positif.
.
Contoh :
"Fateh nak lompat tranpoline atau joging keliling rumah. Bagi kurang marah". (Beri option)
"Fateh pi tumbuk bantal dalam khemah tu sampai rasa lega geram tu" (terus direct dia)
.
- Hasil, anak akan boleh luah perasaannya dengan vokab yang tepat.
.
- usia 3 pun anak sudah boleh verbalise his feelings :
"Fateh rasa marah ni dengan ayah dan mami. Sebab ayah dan mami asyik bercakap aja tak tengok Fateh".
.
4) Akhir sekali, penting dan cepat ialah MODELKAN CONTOH konversasi emosi dan solusi diri ibubapa sendiri (sejak anak bayi sekalipun)
.
Contoh:
Mami rasa amat sedih bila dapat tahu Fateh main main tak solat di sekolah.
Mami nak doa kat Allah agar Fateh suka dan ikut solat.
.
Kesan : anak rasa empati dengan feeling kita. Sebab kita berbicara level emosi bukan kognitif (pemikiran).
.
Anak akan rasa bersalah dan terkesan dengan emosi kita dan mungkin akan bawa kepada perubahan tingkahlaku yang kita inginkan.
.
AKHIR:
-----------
Ramai saya dapati, akhir remaja, sama pattern,
.
'tiada sokongan emosi dan tempat luahan genuin untuk emosi terkapai, dibiarkan, rindu, sedih sepanjang di asrama penuh/ 5 tahun pembesaran remajanya (13-17 thn)'.
.
Kesan mungkin lead kepada depresi dan juga anxiety (isu mental health seawal usia remaja sekitar 13-14 diagnos).
.
Tak semua, tapi antara punca utamanya, tiada sokongan emosi semasa tumbesarannya, ia lebih rapuh sebab ia pernah berlaku semasa tumbesaran usia 0-6 tahu dulu (luka sedih dan emosi marah, rasa left out, unheard, abondened triggered).
.
Ingat, emosi mula membuak-buak, bercampur aduk, roller coaster bila fasa remaja kerana faktor hormon dan tekanan rakan sebaya.
.
Namun pattern luahan rasa boleh kita mulakan sejak anak kecil lagi walau bayi.
.
Doa agar kita mampu menjadi emotional coach untuk emosi anak di sepanjang pembesarannya hingga dewasa.
Refleksi,
Maznah Ibrahim
*khemah ini disediakan masa anak pertama usia 4-5 tahun macam tu, seingat saya hanya diguna sekali saja sewaktu memerlukan. Lepas saya lihat ia tak berfungsi, saya tiadakan khemah release corner ini. Sebab, anak tahu dan ada cara lain nak release hehehe (biasa dia verbalise or lari jogging or berbasikal)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan