Qawaid tafsir 2018 kaedah 007
Qawaid tafsir 2018 kaedah 007
قاعدة 7 إذَا تَعَقَبَتِ الضَّمَائِرُ فَالْأَصْلُ اَنْ يَتَّحِدَ مَرْجِعُهَا
Kaedah 7
Apabila beberapa dhamir datang selepas sesuatu isim, maka pada asalnya isim itulah merupakan marji' (tempat rujukan atau tempat kembali dhamir)bagi dhamir-dhamir tersebut.
-marji sama walaupun beberapa dhamir.
Qaedah ini berlaku apabila tidak ada qarinah(petunjuk)yang menunjukkan dhamir-dhamir itu
kembali kepada marji' yang berlainan, dan kembalinya kepada marji' yang sama pula
tidak menjejaskan kefasihan bahasa. Dalam keadaan ada qarinah dan menjejaskan
kefasihan bahasa, boleh saja dhamir-dhamir itu kembali kepada marji'-marji' yang
berlainan.
Qaedah 7 ini boleh diaplikasikan(tengok kegunaan-tatbik) pada beberapa firman Allah berikut:
(1)
Annisa 157-159
وَقَوۡلِهِمۡ إِنَّا قَتَلۡنَا ٱلۡمَسِیحَ عِیسَى ٱبۡنَ مَرۡیَمَ رَسُولَ ٱللَّهِ وَمَا قَتَلُوهُ وَمَا
صَلَبُوهُ وَلَـٰكِن شُبِّهَ لَهُمۡۚ وَإِنَّ ٱلَّذِینَ ٱخۡتَلَفُوا۟ فِیهِ لَفِی شَكٍّ مِّنۡهُۚ مَا لَهُم بِهِۦ مِنۡ عِلۡمٍ إِلَّا ٱتِّبَاعَ ٱلظَّنِّۚ وَمَا قَتَلُوهُ یَقِینَۢا(157)
بَل رَّفَعَهُ ٱللَّهُ إِلَیۡهِۚ وَكَانَ ٱللَّهُ عَزِیزًا حَكِیمًا(158)
وَإِن مِّنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَـٰبِ إِلَّا لَیُؤۡمِنَنَّ بِهِۦ قَبۡلَ مَوۡتِهِۦۖ وَیَوۡمَ ٱلۡقِیَـٰمَةِ یَكُونُ عَلَیۡهِمۡ شَهِیدًا(159)
157. Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: Sesungguhnya
kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Mariam, Rasul Allah. Padahal mereka tidak
membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang salib), tetapi diserupakan bagi
mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa) dan Sesungguhnya orang-
orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada
sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin.
158. Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadaNya dan adalah Allah Maha
Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
159.Dan tidak ada seorang pun dari kalangan ahli Kitab melainkan ia akan beriman kepada Nabi Isa sebelum matinya dan pada hari kiamat kelak Nabi Isa akan menjadi saksi terhadap mereka.
Di dalam tiga ayat di atas terdapat lapan dhamir yang kembali kepada Al-Masih Isa
Ibni Mariam.
وَقَوۡلِهِمۡ إِنَّا قَتَلۡنَا ٱلۡمَسِیحَ عِیسَى ٱبۡنَ مَرۡیَمَ رَسُولَ ٱللَّهِ وَمَا قَتَلُوهُ 1وَمَا صَلَبُوهُ 2وَلَـٰكِن شُبِّهَ 3لَهُمۡۚ وَإِنَّ ٱلَّذِینَ ٱخۡتَلَفُوا۟ فِیهِ 4لَفِی شَكٍّ مِّنۡهُۚ 5مَا لَهُم بِهِ6مِنۡ عِلۡمٍ إِلَّا ٱتِّبَاعَ ٱلظَّنِّۚ وَمَا قَتَلُوهُ 7یَقِینَۢا(157)
بَل رَّفَعَهُ8 ٱللَّهُ إِلَیۡهِۚ وَكَانَ ٱللَّهُ عَزِیزًا حَكِیمًا ُ(158)
وَإِن مِّنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَـٰبِ إِلَّا لَیُؤۡمِنَنَّ بِهِ9ۦ قَبۡلَ مَوۡتِهِۦۖ 10وَیَوۡمَ ٱلۡقِیَـٰمَةِ یَكُونُ عَلَیۡهِمۡ شَهِیدًا(159)
-dhamir مَوۡتِهِۦۖ ni ada 2 pendapat ,ada yg berpendapat kembali kepada nabi isa dan ada yg kata kepada ahli kitab. khilaf.
-kalu nya kembali kepada nabi Isa ,ini bererti nabi Isa belum mati.satu pendapat.
Satu lagi tuhan tunjuk kepada ahli kitab sebelum mati ,nabi Isa itu Islam.
-yg jadi mufasir kena tahu perkara ini.
(2)
أَنِ ٱقۡذِفِیهِ فِی ٱلتَّابُوتِ فَٱقۡذِفِیهِ فِی ٱلۡیَمِّ فَلۡیُلۡقِهِ ٱلۡیَمُّ بِٱلسَّاحِلِ یَأۡخُذۡهُ عَدُوٌّ لِّی وَعَدُوٌّ لَّهُۥۚ وَأَلۡقَیۡتُ عَلَیۡكَ مَحَبَّةً مِّنِّی وَلِتُصۡنَعَ عَلَىٰ عَیۡنِیۤ
39. Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.(Thaha:39).
أَنِ ٱقۡذِفِیهِ1 فِی ٱلتَّابُوتِ فَٱقۡذِفِیهِ 2فِی ٱلۡیَمِّ فَلۡیُلۡقِهِ3 ٱلۡیَمُّ بِٱلسَّاحِلِ یَأۡخُذۡه4
ُ عَدُوٌّ لِّی وَعَدُوٌّ لَّهُۥ5ۚ وَأَلۡقَیۡتُ عَلَیۡكَ 6مَحَبَّةً مِّنِّی وَلِتُصۡنَعَ 7عَلَىٰ عَیۡنِیۤ
Di dalam ayat ini pula terdapat tujuh dhamir yang kembali kepada (Nabi) Musa yang tersebut di dalam ayat sebelumnya.
Contoh dhamir-dhamir yang kembali kepada marji' yang berlainan pula dapat dilihat
pada firman Allah di bawah ini:
Al-Kahf:22
سَیَقُولُونَ ثَلَـٰثَةٌ رَّابِعُهُمۡ كَلۡبُهُمۡ وَیَقُولُونَ خَمۡسَةٌ سَادِسُهُمۡ كَلۡبُهُمۡ رَجۡمَۢا بِٱلۡغَیۡبِۖ وَیَقُولُونَ سَبۡعَةٌ وَثَامِنُهُمۡ كَلۡبُهُمۡۚ قُل رَّبِّیۤ أَعۡلَمُ بِعِدَّتِهِم مَّا یَعۡلَمُهُمۡ إِلَّا قَلِیلٌۗ فَلَا تُمَارِ فِیهِمۡ إِلَّا مِرَاۤءً ظَـٰهِرًا وَلَا تَسۡتَفۡتِ فِیهِم مِّنۡهُمۡ أَحَدًا
22. (Sebahagian dari) mereka akan berkata: Ashabul Kahfi itu tiga orang,
yang keempatnya ialah anjing mereka dan setengahnya pula berkata: Bilangan mereka
lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka secara meraba-raba dalam gelap
akan sesuatu yang tidak diketahui dan sesetengah yang lain berkata: Bilangan mereka
tujuh orang dan yang kedelapannya ialah anjing mereka. Katakanlah (wahai
Muhammad): Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang
mengetahui bilangannya melainkan sedikit. Oleh itu, janganlah engkau berbahas
dengan sesiapapun mengenai mereka melainkan dengan bahasan (secara sederhana)
yang nyata (keterangannya di dalam Al-Quran) dan janganlah engkau meminta penjelasan mengenai hal mereka kepada seseorangpun dari golongan (yang
membincangkannya).
(al-Kahf:22)
سَیَقُولُونَ ثَلَـٰثَةٌ رَّابِعُهُمۡ كَلۡبُهُمۡ وَیَقُولُونَ خَمۡسَةٌ سَادِسُهُمۡ كَلۡبُهُمۡ رَجۡمَۢا بِٱلۡغَیۡبِۖ وَیَقُولُونَ سَبۡعَةٌ وَثَامِنُهُمۡ كَلۡبُهُمۡۚ قُل رَّبِّیۤ أَعۡلَمُ بِعِدَّتِهِم مَّا یَعۡلَمُهُمۡ إِلَّا قَلِیلٌۗ فَلَا تُمَارِ فِیهِمۡ👉 إِلَّا مِرَاۤءً ظَـٰهِرًا وَلَا تَسۡتَفۡتِ فِیهِم👉 مِّنۡهُمۡ👉 أَحَدًا
Marji' dhamir pada فيهم ialah Ashaabul Kahfi. Sementara marji' dhamir pada منهم pula
adalah orang-orang Yahudi.
- ini kita akan selalu bertemu dalam alquran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan