Khamis, Mei 14, 2020

Qawaid tafsir 2018 kaedah 0011

Qawaid tafsir 2018 kaedah 011

قاعدة 11   إِذَا  دَخَلَ حَرْفُ الاِسْتِفْهَامِ  عَلَى فِعْلِ  التَّرَجِّي اَفَادَ تَقْرِيْرَ مَا هُوَ مُتَوَقَّعٌ وَأَشْعَرَ بِأَنَّهُ كَائِنٌ

Apabila tersebut sebelum "fiil tarajji" kata tanya 
(yakni حرف الاستفهام),  ia menghilangkan ma'na tarajji (iaitu makna semoga;mudah-mudahan,barangkali) dan menukarnya dengan ma'na kepastian dan keyakinan.Selain itu ia juga menunjukkan apa yang tersebut selepasnya akan berlaku. 

Lihat aplikasi qaedah ini pada firman Allah berikut:
Muhammad 47:22
فَهَلْ عَسَيْتُمْ إِن تَوَلَّيْتُمْ أَن تُفْسِدُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ وَتُقَطِّعُوٓا۟ أَرْحَامَكُمْ 
Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan melakukan kerosakan dimuka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? 
(Muhammad:22).

فَهَل👈ْ عَسَيْتُمْ إِن تَوَلَّيْتُمْ أَن تُفْسِدُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ وَتُقَطِّعُوٓا۟ أَرْحَامَكُمْ 
-fiil tarajji عَسَيْتُمْsebelum fiil ini ada hal َهَل istifham .
Apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan melakukan kerosakan dimuka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? Jawabnya ya.Ini istifham taqriri.
Ia tidak member makna boleh jadi atau mudah2 an atau mungkin.Pada hal pada asalnya memberi makna begitu.
Sebab apa ?Sebab hal sebelum itu.
Jadi kita kena ingat fiil taraji ini ada berapa?
-laala لعل,laitaليت itu fiil taraji la tu..mudah2an,boleh jadi barangkali atau makna harapan.
yakni sebelum fiil taraji ada hal.
Maksudnya ialah kamu pasti akan melakukan kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan jika berkuasa.
Bukan boleh jadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan