Rabu, Mei 20, 2020

Qawaid tafsir 2018 nota 1(0008)

Qawaid tafsir 2018 nota 1(0008)

Maf'ulnya.Maka dalam keadaan ini perlu ditaqdirkan fiil lain yang sesuai dengan الإيمان sebagai mafulnya. Misalnya ditaqdirkan وأخلصوا sebelumnya. Dalam masalah ini terdapat khilaf di kalangan para 'ulama' tentang qaedah taqdirkah yang lebih baik dipakai atau qaedah tadhmin(تضمين) Kalau dipakai qaedah taqdir, maka taqdirnya adalah seperti yang diberikan tadi. Dan kalau qaedah tadhmin pula yang dipakai,maka semestinya perkataan  تبوءا itu dita'wilkan dengan fiil lain yang sesuai
menjadikan kedua-dua isim selepasnya sebagai mafulnya. Misalnya perkataan itu dita'wil (dipakai)dengan ma'na لزِمُوْا (melazimi), maka sesuailah kedua-dua isim yang tersebut selepasnya menjadi maful baginya.


Kaedah 7
قاعدة 7 إذَا تَعَقَبَتِ الضَّمَائِرُ فَالْأَصْلُ اَنْ يَتَّحِدَ مَرْجِعُهَا
Apabila beberapa dhamir datang selepas sesuatu isim, maka pada asalnya isim itulah merupakan marji' bagi dhamir-dhamir tersebut.

Qaedah ini berlaku apabila tidak ada qarinah yang menunjukkan dhamir-dhamir itu kembali kepada marji' yang berlainan, dan kembalinya kepada marji' yang sama pula tidak menjejaskan kefasihan bahasa. Dalam keadaan ada qarinah dan menjejaskan kefasihan bahasa, boleh saja dhamir-dhamir itu kembali kepada marji'-marji' yang berlainan.
Qaedah 7 ini boleh diaplikasikan pada beberapa firman Allah berikut:
(1)
An-Nisa' 4:157
وَقَوْلِهِمْ إِنَّا قَتَلْنَا ٱلْمَسِيحَ عِيسَى ٱبْنَ مَرْيَمَ رَسُولَ ٱللَّهِ وَمَا قَتَلُوهُ وَمَا صَلَبُوهُ وَلَٰكِن شُبِّهَ لَهُمْۚ وَإِنَّ ٱلَّذِينَ ٱخْتَلَفُوا۟ فِيهِ لَفِى شَكٍّ مِّنْهُۚ مَا لَهُم بِهِۦ مِنْ عِلْمٍ إِلَّا ٱتِّبَاعَ ٱلظَّنِّۚ وَمَا قَتَلُوهُ يَقِينًۢا 
An-Nisa' 4:158
بَل رَّفَعَهُ ٱللَّهُ إِلَيْهِۚ وَكَانَ ٱللَّهُ عَزِيزًا حَكِيمًا 
An-Nisa' 4:159
وَإِن مِّنْ أَهْلِ ٱلْكِتَٰبِ إِلَّا لَيُؤْمِنَنَّ بِهِۦ قَبْلَ مَوْتِهِۦۖ وَيَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِ يَكُونُ عَلَيْهِمْ شَهِيدًا 

Di dalam tiga ayat di atas terdapat lapan dhamir yang kembali kepada Al-Masih Isa Ibni Mariam.

157. Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Mariam, Rasul Allah. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa) dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada
sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut


8

Tiada ulasan:

Catat Ulasan