Rabu, Mei 20, 2020

Qawaid tafsir 2018 nota 1(0007)

Qawaid tafsir 2018 nota 1(0007)

pula rancangkan balasannya dengan seburuk-buruk balasan, sedang mereka tidak menyedarinya.
51. Maka lihatlah bagaimana akibat rancangan jahat mereka, iaitu Kami telah hancurkan mereka dan kaum mereka semuanya.(an-Naml:50-51).

(3)Al-Furqan 25:45
أَلَمْ تَرَ إِلَىٰ رَبِّكَ كَيْفَ مَدَّ ٱلظِّلَّ وَلَوْ شَآءَ لَجَعَلَهُۥ سَاكِنًا ثُمَّ جَعَلْنَا ٱلشَّمْسَ عَلَيْهِ دَلِيلًا

45. Tidakkah engkau melihat kekuasaan Tuhanmu? Bagaimana Dia menjadikan bayang-bayang itu terbentang (luas kawasannya) dan jika Dia kehendaki tentulah Dia menjadikannya tetap (tidak bergerak dan tidak berubah)! Kemudian Kami jadikan matahari sebagai tanda yang menunjukkan perubahan bayang-bayang itu.


Kaedah 6 
قاعدة 6 إذَا اسْتُدِلَّ بِالْفِعْلِ لِشَيْئَيْنِ وَهُوَ فِيْ الحَقِيْقَةِ لِأَحَدِهِمَا يُقْدَّرُِ لِلْآخَرِ فِعْلٌ يُنَاسِبُهُ عَلَى الْأٌصَحِّ

Apabila sesuatu fi'il dikaitkan dengan dua isim, sedangkan fi'il itu hanya layak dikaitkan dengan satu sahaja daripada dua isim tersebut, maka mengikut pendapat yang lebih sahih (rajih), perlulah ditaqdirkan fi'il lain yang sesuai dengan isim yang satu lagi 

Qaedah ini boleh diaplikasikan pada firman Allah berikut:

Al-Hasyr 59:9
وَٱلَّذِينَ تَبَوَّءُو ٱلدَّارَ وَٱلْإِيمَٰنَ مِن قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلَا يَجِدُونَ فِى صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِّمَّآ أُوتُوا۟ وَيُؤْثِرُونَ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌۚ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِۦ فَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ 

9. Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang tetah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu
lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada
dipengaruhi oleh tabi'at bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.(al-Hasyr:9).

Perkataan  تبوءوا yang merupakan fi'il itu dikaitkan dengan dua isim sebagai maflulnya الإيمان dan الدار. Padahal perkataan الدار sahaja yang layak dijadikan sebagai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan